Written by AbangNara | January 4th, 2016

Sehingga ke saat ini, Abang Nara masih suka untuk memahami mengapakah Faradhiya masih single, tidak mempunyai kekasih, belum berkahwin, tak ada pakwe sehingga ke hari ini. Faradhiya cun melecun kot. Sekali mata memandang, memang boleh terus jatuh cinta. Tak masuk akal tiada lelaki yang mengorat Faradhiya. Namun itulah kenyataannya. Di usia 31 tahun, Faradhiya masih solo.
faradhiya

Pengakuan daripada Faradhiya ini pasti membuka mata para jejaka di luar sana. Mana tahu memang jodoh anda dengan penyanyi bersuara lantang ini. Namun ada beberapa ciri yang perlu anda penuhi. Paling penting, kena matang. Kata Faradhiya:-

Iya betul, saya masih single… saya tiada sesiapa yang istimewa, tiada teman lelaki yang serius buat masa ini. Rasanya ada segelintir lelaki yang dah naik menyampah nak ajak saya keluar dating. Sebab saya sibuk sangat, hingga tiada masa untuk keluar bersantai.

Nak serius berkawan dengan saya, lelaki itulah kenalah bersabar dan berusaha kuat memahami kerjaya saya. Lagipun saya mencari cinta yang matang daripada lelaki yang matang dalam segala segi, bukannya cinta budak-budak.

Sekarang saya bukannya perempuan yang suka bercakap telefon berjam-jam atau menelefon setiap masa. Saya tidak mahu cinta yang suka kontrol atau mengawal setiap pergerakan saya. Itu cinta buang masa

faradhiya

Rasa-rasa anda mampu bercinta secara matang? Abang Nara suka dengan kriteria-kriteria percintaan yang ditetapkan oleh Faradhiya. Tak perlu gayut lama-lama, tak perlu telefon setiap masa. Yang penting kepercayaan dan keikhlasan hati. Ada berani? Apa pun, semoga satu hari nanti, Faradhiya akan bertemu jua dengan lelaki yang mampu mencuri hatinya. Sama-sama kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to Masih Tiada Sesiapa Yang Istimewa, Faradhiya Mencari Cinta Yang Matang

  1. Anonymous says:

    lelaki matang= berduit=bergaya

    0

    0
  2. sukaawak says:

    bagus jawapan anda faradhiya. Matang dan berisi. Semoga awak jumpa jodoh dengan SiDia yang di idamkan.=)

    0

    0
  3. apelijo says:

    Lawa lagi tanpa makeup neutral beauty..suke tgk..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Semoga bertemu jodoh yg soleh dan terbaik untukmu si gadis ayu.

    0

    0
  5. AzamTahunBaruKakUbatKurus says:

    uollss-akak ada buat promosi pil penahan selera garcinia, harga normal rm90/100, now rm78/88 + freegift. boleh tgk fb akak fenomena kurus by greenaard ya….atau wassap 0142332635., jom azam baru nak turunkan berat badan supaya sihat dan cargass…. selamat tahun baru muah muahhh

    0

    0
  6. Julia says:

    “Cinta yang matang” = Lelaki yang ada pangkat Datuk/ Datuk Seri/ etc = sanggup jadi bini kedua/ketiga/keempat = lelaki kaya yang dah kawen tapi sanggup ceraikan bini.

    0

    0
    • Shhh says:

      tak semestinya yg matang tu yg berpangkat..yg berpangkat dato tu yg tak matang..dh da istri pun masih lgi nak cari yg lain..nak cari yg muda…mcm kes adira..

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Abg nara nak try le tu.opss.tak boleh.sbb ketot.

    0

    0
  8. Shhh says:

    I agreed dgn u faradhia, umur kita pun sebaya.. msih lgi belm berpunya, skrg ni bukan msa utk memain cari cinta aka cari suami sekali, sbb nak kawan dgn lelaki bukan dgn budak2..nk cri bofren mmg senang tpi nak cari sorg suami tu yg ssh..mmg kalo kita terlalu cerewet pun tak guna jugak..hope jumpa jodoh yg sesuai

    0

    0
  9. sweet 17 says:

    cutenye bl x make up

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Salam… u all ambil statement Farahdhiya ini dari mana ya…? Macam pernah baca di portal Mangga Online.

    0

    0
  11. Aku x suka perampas says:

    Fara biar lah lambat asal selamat….. paling penting jgn amek hak org yer…even masih status boyfriend org….. jgn pernah masuk group perampas/slut/betina……

    0

    0
  12. Anonymous says:

    skrg bole la ckp camtu..nnt bila dh jumpa chenta hati jiwang karatzz mai sehari tak jumpa mcm sthn rasanya, sejam tak dgr sore mcm org gila kekdahnya, cetttt!

    0

    0