Written by Bella | October 19th, 2015

Mengakui masih lagi menyimpan perasaan sayang selain tidak pernah bermusuhan walaupun sudah bercerai, pelakon popular Datuk Eizlan Yusof sedang dalam usaha untuk memujuk bekas isterinya  Vie Santhie Harun untuk kembali bersama.

Hubungan kami masih baik dan Vie juga banyak membantu dalam menjaga kebajikan anak-anak. Bahkan dia juga tidak pernah menghalang bila saya mahu bersama dengan anak-anak pada bila-bila masa.

Anak-anak juga pada saya cukup bertuah memiliki ibu seperti Vie yang menjaga sebaik mungkin kebajikan anak-anak. Memang saya mengharap untuk kembali dan berusaha ke arah itu. Doa-doakan ia berjaya.

Mereka berkahwin selama tujuh tahun sebelum disahkan bercerai sekitar bulan Februari tahun ini  selepas pihak mahkamah mendapati  lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia .

Jika masih ada perasaan kasih dan cinta, apa salahnya untuk memberikan peluang kedua untuk kembali bersama seperti dahulu. InshaAllah, kali ini mungkin masing-masing sudah sedar akan kesilapan dalam diri bukan? Harapnya harapan Datuk Eizlan Yusof untuk rujuk bersama bekas isterinya itu dipermudahkan.

Sumber Berita: Sinar Harian

9 responses to Masih Sayangkan Bekas Isteri : Eizlan Yusof Dalam Usaha Untuk Rujuk Kembali

  1. Xmas says:

    Good luck eizlan..
    .tapi bukan ka vie ni tgh baru nak bermain cinta dgn zizan Razak… Zizan syok gila dgn dia ni…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    whattt…zizan ohhh my my my….plzz..tak ada llki lain ker….huhu 1000x zizan baik vie pilih abgnara ekekeke

    0

    0
    • minah jambu says:

      zizan !! oh my goddddd kenape ngan zizan pulakk !!! laki hensem2 mintak di ceraikan..kalau laki tersalah cakap atau tersalah buat perkara tkan tk boleh di tolak ansur kan tol takkk ..ape sebenar Nye yg si vie ni nakan ? anak dh tiga ape lagi ? helo eizlan kalau macm gitu u tk payah lah nk pujok2 dia lagi ..dia kan dh tknak ngan u kenape u maseh lagi nk try pujok2 dia ???? nanti dia makin besar kepala..pasal u asek2 nk pujok n rujok aje ngan dia makin besar kepala lah dia nanti ! u jangan jadi bongok la eizlan !

      0

      0
      • Anonymous says:

        Rupa x kisah yg penting hati dan sikap. Setiap org ada kehensemannya pd yg melihat. Cuma janganlah jatuh kt lelaki kaki perempuan, rugi hidup. Zizan ada rekod itu. Bukan zizan nak kahwin dah ke, apesal mengorat org lain pulak, Harap2 x betul.

        0

        0
  3. Anonymous says:

    Demi anak anak…semoga di permudahkan ibu bapa nya utk kembali bersama. Doakan yg terbaik utk family ini. Krsian anak anak yg masih kecil lagi.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    yeke dgn zizan??urm…zizan tu sj je kot nk sakitkan hati si emma..nk tunjuk laa kat emma die blh dpt lg cntk dr emma…klu btl laa,muntah hijau aku…harap2 xlaa kann…cam x de laki len je..sam better dr zizan…dan eizlan better dr sam n zizan…

    0

    0
  5. Katija haron says:

    Vie ni mata duitan…dia nak kt dato seri laki org tu…tp dato seri nak sedap je dgn dio…last2 dia pening cari payung skrg

    0

    0