Written by Bella | November 6th, 2015

Beberapa hari lepas menerusi akaun Instagram Miss Kepoh terdapat individu yang melaporkan bahawa mereka sudah ditipu selepas membayar beribu ringgit dan masih belum menerima produk minyak wangi Rozita Che Wan seperti yang dijanjikan.

Malah, ada pihak yang cuba untuk mengadu masalah tersebut melalui Instagram Che Ta tetapi mereka akhirnya di block apabila memberikan komen tentang apa yang berlaku. Ramai yang tidak berpuas hati akan perkara ini dan meminta agar pihak Che Ta segera memberikan maklum balas berhubung kes berkenaan.

Tidak mahu terus dipersalahkan dan dihimpit kontroversi, Che Ta menerusi portal mStar Online menjelaskan masalah produksi di kilang antara punca kelewatan untuk stok minyak wangi beliau.

Masalah produksi berlaku daripada pihak kilang, saya tidak berpuas hati dengan reka bentuk penutup botol yang tidak seperti saya mahukan.

Saya tidak mahu perkara itu akan menimbulkan rasa kurang senang pihak pembeli apabila produk tersebut berbeza daripada produk sebelum ini yang dikeluarkan, oleh itu saya beri pihak kilang tempoh masa untuk tukar bentuk yang saya mahu.

Walaubagaimanapun menurut Che Ta beliau sudah memaklumkan kelewatan tersebut kepada semua stokis beliau dimana stok minyak wangi beliau akan dapat diselesaikan pada hujung bulan November.

Namun, rasa tidak puas hati berkaitan perkara ini timbul apabila ada sesetengah agen yang mengambil stok minyak wangi  melalui stokis telah mengambil bayaran terlebih dahulu daripada pembeli.

Saya sudah maklumkan hal sebenar kepada stokis-stokis kami dan mereka faham. Tetapi yang menjadi masalah adalah ejen yang berada di bawah stokis kerana mereka ambil duit bayaran terlebih dahulu daripada pembeli. Mereka juga perlu faham keadaan saya sekarang, ia bukan kerana saya sengaja suka-suka untuk melambatkan keluaran, saya pun kena tunggu pihak kilang.

Kalau mereka fikir terpaksa pulang balik duit pembeli, cuba fikir pula duit yang saya labur dan bayar kepada kilang, sudah tentu saya pun ingin ia dijual segera bagi mendapatkan pulangan.

Kerana rasa tidak puas hati juga ada pihak yang menuduh Che Ta hanya bersenang lenang menggunakan duit tersebut untuk bercuti baru-baru ini.

Agak sedih mendengar tuduhan sebegitu, Che Ta menafikan beliau menggunakan wang tersebut untuk bercuti bersama keluarganya baru-baru ini.

Mereka tuduh saya suka-suka pergi bercuti guna duit mereka, walhal percutian saya itu adalah atas dasar kerja dan tidak melibatkan duit mereka pun. Saya jelaskan di sini, saya tidak ambil duit mereka dalam perniagaan minyak wangi itu. Saya hanya mengambil duit daripada stokis setelah barang tersebut diserahkan sahaja.

Nampaknya setiap perkara sudah dijelaskan oleh Rozita Che Wan dengan terperinci. Harap tiada pihak yang akan menokok tambah cerita. Sepatutnya agen tidak perlu mengambil sebarang bayaran daripada pembeli jika tiada stok, bila pembeli sudah mengamuk disalahkan pula pihak atas. Sabarlah Che Ta inilah dugaan orang berniaga. Orang tahu kita bermewah sahaja tetapi tidak tahu usaha ataupun keperitan yang harus dilalui untuk berjaya.

Sumber Berita: mStar Online

56 responses to Masalah Produksi Kerana Tidak Puas Hati Dengan Rekaan Penutup Botol Punca Minyak Wangi Che Ta Tiada Stok

  1. Lara says:

    Inilah dia.. excuse excuse excuse, kenapa tak inform direct kat Insta awal2 so takder la pembeli pay for benda yang belum wujud. Tapi padan la jugak muka, yang hadap sangat nak beli perfuma Che Ta riak kan dah terkena.

    0

    0
    • miss leha says:

      botol x cantik. mcm botol minyak angin mak aku je..

      0

      0
      • Esah says:

        masaalah communication breakdown ni. ckp la pd stokis2.
        fb, twitter dan insta kan ada. siapalah yg jdi ketua tu?
        sama mcm kes neelofa. terus terang pd joyah, peah dan munah stikis2 tu sume. mulut masing2 tahu la kan, mcm mana lak? bak kata ahmad nisfu dlm pendekar bujang lapok…cakaappppp, cakaaaaap!

        0

        0
        • sekadar menegur says:

          saya bukan jenis menghentam atau nk masuk sebelah sesiapa. org awan perlu paham. perniagaan yg dijalankan atas dasar “kecil” atau berskala sederhana selalunya.. stok2 mereka terhad. modal pula x tinggi. jadi kalau ada pemintaan barulah stok2 itu dikeluarkan drp pembeka. ini biasa dlm perniagaan. pergeluar… sesiapa sja yg jdi pemilik sykt xkan senang2 melabur n order byk2 takut stok x terjual. jgn kita bandingkan dgn brand2 besar. mereka punyai modal, stock dan finance reserve yg kukuh. sbb tu lah stock mereka selalu ada di toko2 atau kedai2. stockis2 perlu paham ini. masing2 mahu buat duit. sape pun mahu berniaga dpt untung. tapi jgn terlalu melatah. kita sama2 se islam cari makan. bersabar. mungkin pihak che ta terlepas pandang. tapi jgn sampai masing2 mahu tutup periuk nasi/ buka aib sesiapa. nabi pun buat business tapi ikutlah cara yg redha dan berkat. insya allah, duit yg kita dpt bersih 100%. ameen.

          0

          0
        • Camariah says:

          pengajaran kpd semua yg baru nk buat business. make sure your re 100% ready. soft launching dulu ke. jgn pakai jual je terus. test la market. jgn ambil stokis2 byk2. mcm akak dulu guna simplisiti la, pergi kedai, nk beli…itu xde, ini xde. stok x sampai. lama2 akak fedup, terus tukar kpd loreal- kerana…diri akak sebgitu berharga. :D

          0

          0
        • Anonymous says:

          Mcm2 masaalah melayu2 buat biznes!

          0

          0
        • Anonymous says:

          pedulikan monyet2 dlm fasebuk tu che tah. semuanya hati berkeladak. negatif je org2 melayu! X habis2 hasad dengki.

          0

          0
      • Bekas Pengedar Beras says:

        stokis2 pun bleh tahan perangai. dh xde brg/produk lagi mau iklankan dlm facebook pelbagai. lepas tu lak salahkan pihak hq dan distributor. aku msk sgt la perangai2 stokis2 mulut kak nam tu wei. aku dulu handle stok. pening layan. x paham ke container x sampai lagi kt pelabuhan? ingat jual betik ke? petik terus jual depan rumah?

        0

        0
        • Anonymous says:

          Perfume ni bau sedap…harga pun x mahal. You pay what u get lah!

          0

          0
        • Anonymous says:

          Klu dah tau brg xde,lambat sampai pg ambil duit org bt apa?dibuatnya org tu guna semua duit dia tp modal x dpt2 lg mcm mn?bkn semua org ada duit byk mcm che ta tu,ko marah juga klu bt keje tp gaji x dpt2 lg dgn alasan bos,payment x masuk lg.,

          0

          0
      • kereta Myvi Putih says:

        hodohnya botol minyak wangi….. sporty lagi kereta myvi aku. Kau mampu nak beli kereta myvi ????? tak mampu duduk diam2 okey . Orang sebelah selalu duk perhatikan kereta aku… jealous lah tu tengok kereta Myvi aku.

        0

        0
    • Haihhhh says:

      betul ke pelanggan2 maki hamun? kalau aku pergi kedai tanya barang, barang tu xde stok….belah balik buat drk je lah. nonsense lah stokis2 neh. lain la kalu ko yg ambil duit dulu. mestilah customers mengamuk barang x dpt? make sense or not?

      0

      0
      • Lala says:

        dh bukak order la tu. sbb tu menggelabah semacam. duit dah ambil. pelanggan menanya. panik la. hehehe.

        0

        0
    • Anonymous says:

      Ehh, lantak ke depa lah stokis2 ni sume. Penat melayan kerenah2 masing2! Next?!

      0

      0
    • ayin says:

      Duit oh duit. Tanpa duit hidup melarat tapi sebab duit hidup kucar kacir. Nasib kaulah duit.

      0

      0
    • Godek says:

      Dah tau ada masalah,kenapa tak bagitau public?Pegi bercuti bagai pandai pulak upload ke media social.Dah org dok bising baru terhegeh-hegeh nak bagitau ada mslh.Klu bgtau awal kan senang,xda la org ckp ko menipu mkn duit pembeli pegi bercuti.Tp mmg betul,botol perfume ko x cantik!

      0

      0
      • LOLA says:

        wehhh aku sokong sgt statement ko nihhh…hadiah rantai berlian kat esah buleh pulak bg tau…boooooooooooooooooo kat hang sampai esok la che ta oiiii…len kali jgn nak cek wi sgt…

        0

        0
    • Anonymous says:

      Yg ak pelik minah ni nk jgk block org yg komplen psal bisnes die. Die ni perfectionist sgt ke nk org lain nmpk hidup die smpurna dimata org. Silap ribulan smue stokis agen lari

      0

      0
  2. cik konah says:

    2 x 5 lopak

    0

    0
  3. Tak hingin says:

    Tak minat nak beli pun

    0

    0
  4. Anonymous says:

    kalu dh tau mcm gtu awat x habaq awai2? buat org tertunggu2..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Org nak meniaga ko nk meniaga lps tu aniaya pembeli n penjual bknya nk minta maaf blh pula kritik blk stokis2 dia,oit Che Ta bt malu jer ambil duit org pg bercuti tp brg2 org yg septtnya ko x bg2 lg,cite kemewahan sana sini tp ambil duit brg x bg ari tu x byr gaji pengurus la,bt malu jer..

      0

      0
  5. Anonymous says:

    dah nanti kalau penutup botol hodoh kang kata apa pulakk aduh korang ni.

    0

    0
  6. agent meluap says:

    xyah promote dulu kalo xda stok…klo stok ada bru belh promote…dlm islam ada bagthu bnda ni..jual bnda yg belum wujud (xda stok dlm tgn/readystok) xyah amik duit smua…..sungguhnya islam itu sempurna..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Lain kali ready ler dlm segala hal baik penutup botoi ker,botoi itu sendiri ke supaya menyenangkan semua pihak.buatler elok elok keje bisnes ni..duit customer dh bayor tapi produk x de…baik x payahlah Che Ta buat bisness gini kalau itu ini semua x ready…

    0

    0
  8. padayappa says:

    masalah mcm ni biasanya simple sje..kalo xde stok, cakap..kenapa xde stok,kenapa stok lambat masuk..die yg bt org bengang ni biasenye org atas x bg tau sebab kenapa, lepas tu diam je kat org bawah..komen,wasap x balas..mmg lah org mengamuk..sbb dorg lah yg kena menjawab, kena maki dgn customer..kalau alasannya jelas,x dibiarkan x bertali, customer pon insyaAllah boleh paham..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bila orang tanya kat ig dia kenapa lambat, dia cakap “kalau xsabar dlm berniaga, lebih baik duduk rumah masak & tunggu laki balek”…… kurang ajar nek ta ni!!!…. mesti lah orang tanya kalo order dah 2 bulan pun xsampai2…… aku xhingin pun nak beli…

      0

      0
      • Nek Ta Si Bodoh Nak Niaga says:

        kalau cmtu lah dia wat org bwh dia, mmg x lama lah niaga..doa org teraniaya ni makbul..bankrup lah ko Nek…!!!

        0

        0
        • Che Ros says:

          zain pun cabut muka che ta da bonyok. Orang da doakan nek ta tak elok lmbat laun hanyut business kau.

          Tunjok lagi gelang tangan gelang kaki rantai berlian so much of show off dalam hidup ah che tah…… Mcm kau tak de kan ahhh meh aku banyak duit….

          Mampos kau

          0

          0
  9. Anonymous says:

    zalora pun sama lah. selalu xde size lah. xde stock la. biasa lah tu. ayoooo…kecoh!!!

    0

    0
  10. precious moment says:

    SAYA SUKA PERFUME CHE TA……..

    RASA GORGEOUS …RASA GORGEOUS….BAU SANGAT AWESOME !

    CHE TA YOU JANGAN TERKESAN DENGAN SIKAP HASAD DENGKI ORANG MELAYU….I SUPPORT YOU CHE TA…

    MELAYU NI BILA ORANG MISKIN DI HINA…BILA KAYA DIBENCI….!

    0

    0
    • Anonymous says:

      Wahai pro_cheta. Minyak wangi bgus mcm mn pn, klu servis truk alamatnya xlama lh tu berniaga. Klu beliau xamik pengajaran dr pristiwa ni.. Apa kes siap block customer yg komplen n nk penjelasan. Nmpk sgt smua psal diri nk perfect sgt.. berpijaklh pd bumi yg nyata nxt tme. Ni riak n nk perfect sgt last2 kne btg hidung sndr.

      0

      0
  11. Akoo says:

    Haah org melayu ni mmg mcm ni. Berniaga bru sikit tp bermewah mcm dah 20 tahun berniaga.

    0

    0
  12. Che Tos says:

    Ah kena jugak si nak menunjok nunjok bangga dengan rantai berlian anak

    Amek kau……. Padan muka… Si zain sayang bini banyak duit. Cuba kalau tak de duit
    Nak dia tunggu nenek ni… Tempel bedak terusl kau tahhhh

    0

    0
  13. blablabla says:

    sabar je la che ta. you are a strong person. ini semua hanya lah ujian dlm perniagaan. improve your production, jika kilang tu buat hal, cari kilang lain. atau much better, you buka kilang minyak wangi sendiri. mcm che ta ni senang je dpt loan bank. time tgh hot ni, use it to your advantage. good luck che ta.

    0

    0
  14. Yekeni says:

    Tapi……. Tutup botol yg sekarang ni pun tak cantik pe….. Jadi apa bezanye……

    Tapi…… Kenapa ada permintaan untuk minyak wangi brand Riak ni?….

    Takde minyak wangi lain ke yg korang boleh pakai?…..

    I setia dengan Poison. One of a kind scent.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    upload2 gambo2 boleh tapi upload info bgthu ttg reason kelambatan tak cepat lak upload

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Che ta..che ta..anggaplh ni stu ujian dlm berniaga. Xad bisnes yg xad mslh dlm dunia ni. Tp klu nk stay lama, kne perbaiki sistem especially komunikasi dgn customer. Lg stu tgk kelemahan yg wjud skrg ni dan perbaikinya. Nasihat sy, documentation black n white sgt pntg. Klu ad mslh dgn agen, mybe boleh add syarat agen xboleh jual pd pembeli selagi stock xad dsb. Buat lh apa2 yg ptut. Slagi mslh x selesai, usahlh sgt ni riak dlm instagram, mewah2 melancong bagai..nnti lg org marah.. psai bisnes hang problem, tp hang duk sonok2.

    0

    0
  17. melati says:

    Suka nya aku ..saper terkena gan Che Ta…korang tahu tk minyak2 Wangi ni semua dari Indon..cuma dibotol kan boleh letak namer sesiapa….itu lah lain kali berjalan lah jauh skit…ni terperap kat Umah jer buat per…Alasan penutup Botol tu tk logik…byk lagi perfume yg Branded yg penutup macam botol kicap tapi rege 2-3..ratus tapi org beli gak….ni sebab namer Che Ta..korang nk beli Perfume dia…tapi takper lah nanti Che Ta buat penutup botol tu gan Berlian..tunggu jer lah…saya tgh Gumbira ni pada sesiapa yg terkena……hahahahahaaaaa..

    0

    0
  18. nur says:

    Nk hmpir ke zmn kjatuhanlah tu…sbb tu hdup jgn berlagak..nk show off sana sini…cthnya dato ct nurhaliza…sahlah jutaean…tp xpnah blagak….

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Bkn nk ckp pd che ta. Tp sluruh manusia as a whole. Bila dh berjaya jgn berlagak..krn putaran hidup kt kdgkala diatas, kdgkala di bwah. Bila diatas, jenguk2 lh dibawah. Bila dibawah, tgktkn lh usaha lg dn jgn berputus asa. Simple aja. Klu nak kaya tp dgn niat nk berlagak, maka Tuhan pn x bg ko kaya lama2 dik…ingt pesan syed mokhtar hartawan malaysia tu. Niat nk berniaga n nk kaya tu kena betul (tolg org, bantu org). rilex2 sudah..xpyah over2 sgt. Cam jakon je ak tgk org2 kaya_bodoh ni.

    Since last time abg nara prnh dlete artikle psal isu che ta mula2 dlu. Makanya ak suspek msti ad sedara mara, keluarga or che ta bc ruang ni. Yela..klu x, xdela abg nara smpai nk delete artikle tu kn.. makanya..klu terbc komen ak ni..pesan2 lh pd kluarga nek ta tu.

    0

    0
  20. ayoyo says:

    patutla atok aku ckp, melayu nk buat jarum pun x lepas. byk hasad dengki dan jatuh mnjatuhkan antara sesama sendiri. korang ingat brand2 yg kat pasaraya tu sume syampoo contohnya berbeza? botol je berbeza. yg isinya satu kedai.. sama mcm pemutih2 tu. gi google contract manufacturing. jgn tau gigih dengki sesama sendiri

    0

    0
    • nim says:

      ha aku penah dgr cite nih..waktu dr M umumkan nk bangunkan kereta buatan malysia ade suare sumbang yg dgn sinisnye cakp ‘ org malayu nk buat jarum pon tak lepas inikan pulak nk buat kereta sendiri’ atok hang ka yg ckp sedemikian?

      0

      0
  21. Anonymous says:

    Aku nak tanya satu je….kenapa ig cikta bertudung tapi pakai jubah nampak tangan?…

    0

    0
  22. Cikgu BM says:

    Semakin hari gaya penulisan Bella semakin lemah. Produksi ke pengeluaran? Susunan ayat tunggang langgang jangan cakaplah… Untuk entry Kamal Adli pun ke lauuuutttt. Kalau ada duit lebih pi lah mengaji cara-cara menulis dgn bail okay, Bella?

    0

    0
  23. anonymous says:

    Tak berminat, klu dah benda bkualiti tu packaging apa pun urg suka mcm moschino pkai botol pncuci tingkap

    0

    0
  24. Anonymous says:

    Nxt time riak la byk2 lg che ta ooii
    .

    0

    0
  25. b says:

    Gossip pasal kau beli ITU, INI, pergi sana, sink boleh pulak ko blast dekat bloggers, reporter kan? Announcement penting pasal branding kau, kau ambil sambil lewa je? Pastu, ko main blame stockist kau? Asal kau x blast pasal perfume kau delay distribution as manufacture fails to follow ur design? kan semua blog selalu jjer cover citerr kau. Ini citer samppah tunjuk kaya kau pung pang. Kau ade SOP x? Kau ade nk berkenalan dgm agent kau yg tlg promote sana sini? Aku bukan agent, ker stockist ker, tapi aku tgok bnyak ads kat fb gigih mereka promote perfume ko nk close deal, tapi kesian last2 doorang jugak kau blame bile terang2 communication kau yg lemah.

    0

    0
  26. Jojie says:

    Sian stockist dan agen2…kena kentut lah ngan Che Ta…! Dia apa risau..duit gerenti masuk ribu ribu tau…! Stokis dan agen bawahan yang terpaksa bertungkus lumus buat kerja kotor Che Ta ni. Sekali sekala dia pergi lah buat seminar…dapatlah si stockist dan agen posing ngan Che Ta…letak lah gamba lam FB masing2…gembira tak terkata. Tapi end of the day Che Ta jugak yang kaya raya!!

    0

    0
  27. eeyuww says:

    pernh tnye nk jd agent..tp trus x jd,,aq malas nak jual perfume cheta ni sebab untung ciput giler..rm4 je kot untung jd agent,..

    0

    0