Masa Mengorat Adalah Masa Paling Best Ketika Bercinta – Kamal Adli

Hiburan

Masa Mengorat Adalah Masa Paling Best Ketika Bercinta – Kamal Adli

Kamal Adli dan Emma Maembong apabila ditanya masing-masing enggan mengaku sedang bercinta. Biasalah mungkin masih dalam fasa perkenalan, fasa pengoratan dan fasa penjatuhan kecintaan. Namun melihat kemesraan mereka berdua ketika di majlis berbuka puasa Astro baru-baru ini, Abang Nara dapat rasakan ‘love is in the air’ antara Kamal dan Emma. Dua-dua pun sama cantik sama padan. Dua-dua pun pernah gagal bercinta. Jadi apa salahnya masing-masing menampal hati yang terluka? Amboi!!!

kamal dan emma

Advertisement

Mendengar Kamal Adli bercerita tentang percintaan, terutama ketika dalam fasa mengorat (tanpa mengakui sedang mengorat Emma Maembong), Abang Nara terus teringat teknik-teknik yang digunakan ketika me’nackle’ isteri tercinta. SMS selang 5 saat, telefon sehari dekat 20 kali, malam-malam bergayut sampai ke pagi, hujung minggu dating dan macam-macam lagilah. Memang satu kenangan yang terindah. Bak kata Kamal Adli:-

Kami masih tidak declare secara rasmi sebagai pasangan kekasih. Kalau sudah declare nanti saya tak nak buat biasa-biasa, saya nak buat yang gempak. Sekarang bukan tak berani (untuk declare) tapi saya seronok melalui momen-momen begini. Saat-saat mula kenal adalah fasa yang seronok untuk saya jalani.

Jangan terlalu cepat untuk ke fasa seterusnya. Masa tengah bercinta ni, masa paling best adalah masa tengah mengorat. Saya tak nak terkejar-kejar. Mak saya sendiri ada nasihat saya supaya bersabar untuk perkara lalu tidak berulang lagi. Saya pun hormat mak, jadi nasihat mak saya sentiasa saya jadi pegangan

kamal dan emma

Romantik juga si Kamal ini kan? Ayat power beb!!! Memang kalau Abang Nara jadi Emma Maembong, terus cair dibuatnya. Namun pesanan untuk Kamal, seseronok mana pun fasa mengorat, tak boleh lawan keseronokan fasa sudah berkahwin. Itu lebih mengujakan. Lepas itu fasa ada anak pulak. Fuh!!! Itu lagi lah cabaran. Namun ia berbaloi dengan segala pengorbanan, usaha dan kecekalan yang kita sebagai suami isteri korbankan. Nak tahu kenalah kahwin cepat-cepat. Hehehe. Sumber Tonton Extra.

P.S: Kerajaan tak umum harga minyak untuk elak panik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...