Written by Bella | July 9th, 2015

Dua tahun bercinta dengan seorang jejaka Muslim yang berasal daripada Pulau Pinang, Marsha Milan memberitahu beliau enggan terburu-buru dalam membuat keputusan dan belum memikirkan untuk memeluk agama Islam. Buat Marsha beliau tidak mahu dipaksa dalam hal sebegini dan menyifatkan perkara yang melibatkan agama adalah satu hal yang sensitif serta serius.

Biarlah masa yang menentukan. Rancangan untuk memeluk agama Islam belum difikirkan buat masa ini walaupun ada yang tahu teman lelaki saya beragama Islam. Untuk menukar agama bukan sesuatu yang mudah. Isu agama sangat sensitif. Memang saya ada belajar tentang agama Islam tetapi itu hanya sebahagian dan secara umum sahaja.

Seboleh-bolehnya saya tidak mahu terburu-buru dan teruja sangat. Nanti salah cakap orang akan jadikan sebagai isu. Kalau jodoh itu datang secara tiba-tiba. Kita terima sahaja. Yang penting, saya selesa dengan situasi sekarang dan kekasih tidak memaksa .

Tambah Marsha lagi, pihak keluarga lelaki yang sudah mengenali dirinya tidak mempunyai masa untuk mempercepatkan perkahwinan mereka.

Walaubagaimanapun, jelas Marsha beliau masih lagi belum memaklumkan kepada keluarganya untuk berkahwin dengan lelaki Islam.

Mereka tahu kami perlukan masa untuk disatukan. Sebab itu, kahwin bukan soalan yang sentiasa ditanya. Memang saya pernah cakap sudah lama merancang untuk berkahwin tetapi banyak sebab membuatkan saya menangguhkan dahulu hasrat itu.

Saya juga belum bertanya keluarga untuk berkahwin dengan lelaki Islam. Saya kena lalui semua itu dahulu baru fikir untuk fasa seterusnya.

Kalau diri benar-benar sudah yakin bahawa si dia adalah lelaki yang terbaik buat anda, maka Marsha Milan harus persiapkan diri untuk memeluk agama Islam. Keizinan daripada ibu bapa serta keluarga juga penting agar mereka setuju untuk beliau berkahwin dengan jejaka beragama Islam.

Sumber Berita: Utusan Online

 

 

16 responses to Marsha Milan Belum Fikir Untuk Peluk Islam

  1. Anonymous says:

    …dan Pak Jib belum bersedia berundur. :(

    0

    0
    • orang gaji semah says:

      Kak Semah pulak nafi duit ada dlm akaun Pak Jib sebanyak UDS 700 juta. Mahu pembocor maklumat disiasat polis…. :(

      0

      0
  2. anti UMNGOK says:

    Kak Mah kata dia hanya mampu berdoa. Rasakan lah apa yg Wan Azizah rasa….dunia ni bulat. Ambil la iktibar di bulan puasa ni. Bukan saja penyokong pembangkang hentam suami Kak Mah, orang2 UMNO pun dah muak dgn pentadbiran suami Kak Mah. Teruskan berdoa Kak Mah…kot2 ada jalan keluar selain penjara!!!

    0

    0
  3. markonah says:

    so kau bercinta takda niat nk kawin tu buat apa ye bercinta? kikis duit jantan kaya?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dia dah plan lah tu tapi tak berani cakap lebih2 sebab segala kemungkinan boleh terjadi, cakap yakin2 nanti kahwinnya belum ada lagi kan buat malu dan cipta isu, bagitau familynya pun belum, fasa itu pun belum lepas, takkan nak confirmkan fasa yg kemudian.

      0

      0
  4. Anonymous says:

    Think thoroughly, my dear Marsha… It is one way street. U may convert and embrace it, u will be glorified by doing so… But once u have been converted, there is no way out… U will get beheaded for that. So called religion of peace.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Tak sangka sekarang ni Marsha lebih popular dari MAWI

    0

    0
  6. Anonymous says:

    menukar agama adalah suatu keputusan yg sgt sukar…doakan sja yg terbaik.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    tak perlu lah kalau sebab kwin semata2. nanti jd duri dlm daging kalau bukan sebab ikhlas terhadap agama tu sendiri.

    0

    0
  8. che ton says:

    carilah ilmu, dgn itu insyaallah marsha akan menemui jawapan… semoga mendapat hidayah dariNya… amin…

    0

    0
  9. Joyah Pok Pek says:

    What is the point being in love and wasting times for 2 years if you never has intended to get married? Sepatutnya sebelum bercinta pun dh fikir apa yg u mahu dlm perhubungan tu

    0

    0
  10. RINI says:

    Pelik la…kalu xmo convert…kalau takut dilambung ombak..jgn berumah ditepi pantai…jgn mendekati lelaki yg bukan seagama…jgn cuba kata dh jodoh jika belum ada kesudahan…dah akad nikah baru namanya berjodoh….to marsha and stacy : jika masih lagi berbolak balik soal agama. Y not take the 1st step..away from muslim guy. its better than bila org soal mengenai agama u cant give an answer. Bukan nak kasi contoh. Felixia..dia sendiri yg mahukan perubahan..jd make the step kalau benar2 mahu bercinta dgn muslim guy. Bukannya u olls melukakan hati masing2 utk hubungan yg xpasti tapi canang sana2..my2cents

    0

    0
  11. x says:

    Sempurnakah anda untk mengata dan myibuk hal org lain?perikaa dlu diri sndri bru la sibuk hal org lain….marsha yg couple..kau yg panas?

    0

    0