Written by AbangNara | January 7th, 2016

Seronok mendengar Marsha Milan Londoh bercerita tentang konsep pahala selepas bergelar isteri kepada Mohamed Shaiful Nizam baru-baru ini. Iyerlah, Marsha baru sahaja memeluk Islam. Sudah tentu banyak yang perlu dipelajari. Konsep pahala ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun bagi seorang isteri, senang sahaja nak dapat banyak pahala. Cuma perlu gembirakan hati suami, jaga suami elok-elok, dengar cakap suami dan sebagainya. Confirm banyak pahala dapat.

marsha pahala

Marsha jelas memahami kepentingan menjaga suami. Abang Nara juga rasa teruja apabila membaca keterujaan Marsha bergelar seorang isteri. Insya Allah bahagia sehingga ke akhir hayat. Kata Marsha:-

Baru saya tahu, kelebihan menjaga suami mendatangkan banyak pahala dan pahala itu juga adalah bekalan buat kita ke syurga. Itu membuatkan saya lebih seronok bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, syukur.

Satu permulaan yang baru dan banyak perkara baru saya perlu belajar. Maklumlah sebelum ini hidup sendiri, sekarang dah bersuami, jadi kenalah siapkan makan, pakaian suami dan perkara lain.

Apa-apapun saya sangat gembira dan berasa bertuah dan teruja untuk menjadi seorang isteri yang terbaik InsyaAllah

marsha pahala

Semoga rumahtangga yang dibina oleh Marsha dan Shaiful akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita doakan. Semoga Marsha dan suami bersatu hati membuat pahala sebanyak mungkin semampu yang boleh. Good luck and all the best. Sumber Mstar Online.

maleena

P.S: Yeah!!! Stock clearance kaw-kaw daripada www.maleena.my sehingga 9 Januari ini. Bertindak cepat stok dah semakin surut. Kalau terlambat memang menyesal. Memang murah sangat-sangat. Jangan lupa ikuti Facebook Maleena dan follow Instagram @maleenaofficial untuk tidak terlepas update terbaru.

17 responses to Marsha Mahu Jaga Suami Untuk Banyakkan Pahala Buat Bekalan Ke Syurga

  1. Anonymous says:

    alhamdullilah,syukur,insyallah perkataan yg digunakn marsha seolah ia mmg dah dilahirkn islam tidak kekok mngunakannya.. alhamdulliah…

    0

    0
    • Perempuan Lindungan Bulan says:

      Husband dia and family husband dia ni family orang baik2.. Harap dapat membimbing dia dengan elok.. Doakan la yang terbaik buat dia dan suami.. Takkan nak harap masuk Islam terus berubah pakai jubah dengan niqab semua.. Kita yang sediakala Islam pun belum ikut cara Islam yang betul.. Hairan betul dengan manusia2 ni.. Yang dok keluar statement apa yang Marsha pernah buat dulu tu otak bingai.. Dia masuk Islam takda dosa, hampa lagi dosa dok tuduh dia macam2.. Anyway aku bukan peminat dia pun, tapi sebagai seorang Islam kita doakan yang terbaik dia dan suami.. Rasa2 kalau aku dengan dia mati at the same time, dia lagi suci di mata Allah pada aku ni yang dah 29 tahun Islam..

      0

      0
    • minah jambu gerek says:

      kalau macm gitu nk jaga suami pasal nk banyakan pahala n nk masok syurga ha sila kan menutup aurat bertudung ok..macmana peminat2 lain cakap pasal artis lain lepas kawin mesti bertudung pasal nk selamatkn laki dari tangung dosa biniii…ok..

      0

      0
  2. rorokan says:

    kahkah

    0

    0
  3. bonus says:

    Tanya Keifli apa yang fresh? Melayu2. Janji bini lawa

    0

    0
  4. HerLadyShip says:

    Alhamdulilah…bertambah lagi umat Nabi Muhammad saw.
    Solat jgn tinggal..Kukuhkan Akidah ya saudara baru ku…
    Fahami dan bezakan…
    Culture and Religion…
    Kalau kurang pasti..
    Back to Basic
    Rukun Islam dan Iman
    Inshallah…. sama2 kita melangkah
    Menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad saw.
    For U Marsha..
    Selamat Sejahtera.

    0

    0
  5. anak nogori says:

    nak banyak pahala, tutup aurat… kebanyakkan non muslim ni yg converted ke muslim, pakai tudung mesti cantik

    0

    0
    • wanita berkalong sorban says:

      dia ni macam bayi baru lahir…xda dosa bila converted to muslim…jugak..mcm bayi baru belajar merangkak, belajar berjalan..slow2 perlahan…mungkin dia tahupasal tutup aurat..perlahan2…dia sendiri belajar..macm apa yg dia cakap..byk yg dia baru belaja…in shaa Allah doakan dia semoga hidayat kekal ..amin

      0

      0
      • minah jambu gerek says:

        tutop aurat bertudung tk payah belajar kalau nak seribu daya n kalau tknk seribu alasan ok..!

        0

        0
        • Who cares says:

          Org tu baru je revert islam..kau xreti sabar ke! Memangla sbg muslimat dia kena ttp aurat..but slowly la.mayb boleh start pakai baju yg loose sikit..yang labuh..pakai skirt labuh..doakan la yg elok2

          0

          0
        • Anonymous says:

          Ex-squeeze me….”REVERT” islam??? Ayo…convert islam lah…hahahaha
          Tulis melayu je lah… tak yah tulis omputih kalau English tak berapa power…

          0

          0
  6. nok gebuzzz says:

    marsha mmg dah biasa bergaul dgn org islam..xd masalah kalau dia cepat pandai dlm hal agama

    0

    0
  7. miss kepah says:

    bila dia ckap pasal nk jd isteri terbaik urus rumah tangga tu, aku terus terbayang elvira dgn lenggoknya pusing umah kmas umah smbil mngilai..hahah love u marsha…smoga kekal ke jannah..saya doakan Allah buka pintu hati marsha, dan suami membimbing marsha menjadi muslim yg sejati…aaminn

    0

    0
  8. kaki tabur says:

    bosan..statement klise sangat…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Tutup auratmu, sembahyang penuh, wajib puasa dan zakat, taat perintah suami. Yg sunat tu buat slow2 . InsyaAllah.

    0

    0
  10. mrs pip says:

    sweet ja marsha ni … i like.

    0

    0