Maria Farida Tidak Tolak Kemungkinan Bekas Anak Tiri Suami Dihasut Untuk Memburukkannya

Maria Farida Tidak Tolak Kemungkinan Bekas Anak Tiri Suami Dihasut Untuk Memburukkannya

Datin Maria Farida, 47, menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal dalam tempoh yang lama sebelum berkahwin dengan Datuk Rahman Shakur, 63. Namun begitu, setelah perkahwinan mereka, bekas anak tiri Rahman telah tampil baru-baru ini dengan cerita bahawa Maria ialah punca dia dan empat adiknya yang merupakan anak kandung bekas isteri Rahman terabai.
 photo 917841_319946201462557_1333315931_n.jpgBercakap pada Utusan Online, Maria memberitahu anak-anak tiri Rahman mungkin telah dihasut:

Saya sendiri tidak faham apa yang berlaku sebenarnya. Sehari sebelum saya dan suami pergi menyambut tahun baharu, saya ada melawat Anis (Nurshazleen Anis) di hospital. Ketika itu semua baik, malah saya dan dia sendiri memang sangat rapat. Bila perkara ini timbul, saya dan suami agak bingung sebenarnya. Tidak tahu apa yang dia mahu. Memang ikutkan suami saya ada memarahi dia, tetapi itu juga selepas adik-beradik dia yang lain mengadu tentang apa yang kakak mereka sudah lakukan. Jadi saya fikir mungkin dia marah sebab soal itu.

Maria juga menjawab dakwaan bahawa suaminya tidak lagi menanggung kehidupan mereka seperti sebelumnya:

Dia berbohong, sebetulnya selepas kami bernikah, memang saya dan suami sudah bersetuju hanya mengambil dua anak kandung suami, Aisyhea dan ?Qalif Ryan tinggal bersama. Namun bukanlah kami membiarkan mereka begitu sahaja kerana dalam masa yang sama suami turut menyediakan sebuah kediaman mewah untuk dia (Anis) tinggal bersama adik-beradiknya yang lain.

Malah setiap minggu juga suami dan saya akan membelikan keperluan rumah untuk mereka. Tidak sekadar itu, untuk keselesaan mereka juga, suami turut memberikan sebuah kereta mewah buat kegunaan harian mereka. Sehingga ke hari ini juga, suami saya tidak mahu mereka terasa hati dengan apa yang berlaku. Jadi dia ambil tanggungjawab menyediakan kehidupan yang sama seperti sebelum ini. Jadi di bahagian mana, suami saya atau bekas bapa tiri mereka ini membiarkan mereka?

Maria juga dituduh mengawal keputusan Rahman. Menjawab dakwaan itu:

Antara sebab saya jatuh cinta dengan suami kerana sikap penyayangnya. Bayangkan walaupun keempat-empat anak tersebut bukan darah dagingnya. Namun dia tetap mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka seperti seorang ayah kandung. Malah selepas bercerai dengan bekas isterinya sebelum ini, mereka lebih jelas sebenarnya suami saya hanya bertindak sebagai penjaga sahaja.

Dalam keadaan ini saya tidak pernah mahu menghalang suami meneruskan tanggungjawabnya seperti yang dilakukannya sebelum ini iaitu menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan menyediakan segala keperluan, itu yang tetap diberikan suami saya sehingga saat ini. Malah saya sendiri cukup selesa dengan hubungan yang terjalin sebelum ini dengan anak tiri suami saya. Sebab saya tahu suami terlalu sayangkan mereka.


 photo 12356319_1494019404237244_973750547_n.jpg
Sementara itu, Maria mengakui dia berasa sangat bahagia setelah bekahwin dengan Rahman:

Saya sangat bahagia, malah memang berbaloi sebenarnya untuk saya solo dalam tempoh yang panjang. Mungkin jika berkahwin awal saya tidak akan bertemu dengan suami saya kini. Bagaimanapun bukan mudah sebenarnya, kalau ikutkan rumah tangga saya memang selalu diganggu bekas isteri suami saya.

Bayangkan ada suatu hari dia boleh menghantar pesanan ringkas maki hamun, dan keesokan hari dia merayu pula.

Mujur suami saya seorang yang sangat penyabar, malah dia langsung tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku kerana fikirnya fokus dia kini adalah untuk membekalkan kasih sayangnya sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya sahaja.

Untuk tahun 2016 fokus Maria adalah untuk menjalani kehidupan baharu sebagai isteri dan ibu. Maria juga berharap anak-anak tiri Rahman akan meneruskan kehidupan dengan perasaan yang lebih positif kerana masing-masing juga sudah besar dan matang.

Memang nampak bahawa Datuk Rahman seorang yang bertimbang rasa kerana tetap menyediakan keperluan seperti rumah dan kereta untuk anak-anak tirinya yang tiada pertalian darah sedangkan ramai anak anak-anak muda lain perlu berusaha sendiri untuk membeli rumah dan kereta buat diri mereka. Semoga Maria dan Rahman bertabah menghadapi dugaan ini.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...