Mari Ramai-Ramai Tengok Filem Sini Ada Hantu

Hiburan

Mari Ramai-Ramai Tengok Filem Sini Ada Hantu

filem sini ada hantu

Abang Nara sebenarnya dah malas tengok filem hantu Malaysia. Bukannya taknak support filem tempatan, tetapi lepas tengok cerita Khurafat yang digembar-gemburkan hebat, Abang Nara terus kecewa. Ikhlas Abang Nara cakap, filem Khurafat jalan ceritanya banyak yang longgar. Cuma ending filem Khurafat sahaja yang boleh dibanggakan. Benda lain semuanya sama macam filem hantu yang pernah ditayangkan.

Advertisement

Tetapi kelmarin ada sepucuk email yang melayang ke inbox dan memberi review tentang filem Sini Ada Hantu. Membaca email tersebut, Abang Nara terus rasa teruja nak tengok. Nampak macam email yang dihantar jujur dan ikhlas. Di sini Abang Nara sertakan email tersebut untuk tatapan anda semua.

[note]Salam khas buat beautifulnara dan semua pembaca.

Saya ingin berkongsi rasa dan pendapat mengenai filem yang baru saya tontoni iaitu Sini Ada Hantu. Secara jujur dan ikhlas saya ingin menyatakan bahawa filem ini memang best dan boleh dianggap sebagai antara filem terbaik kita. Perjalanan cerita, skrip, permainan watak oleh para pelakon sangat membawa kesan yang baik. Lawak-lawak yang diselitkan juga segar dan bukan klise seperti kebanyakan filem yang bergenre sama yang lain. Saya sangat berharap, jika ada pembaca yang sedang, akan ke panggung wayang dan tercari-cari filem yang menghiburkan, filem Sini Ada Hantu adalah yang
terbaik.

Akhir kata, hanya mereka yang sudah menonton filem ini sahaja yang tahu ke’best’an filem ini. Sekian dulu karangan UPSR saya. Semoga admin BN dapat menyiarkannya sebagai publisiti untuk filem ini..

Jujur dan ikhlas,
Peminat filem melayu, bukan saudara mara penerbit filem ini [/note]

Ada sesiapa pembaca BeautifulNara yang dah tengok filem Sini Ada Hantu? Boleh sharekan review anda kalau dah tengok di ruangan komen. Mungkin minggu ini kalau tunang tersayang ada free time, Abang Nara akan pergi tengok filem ini dan sharekan reviewnya dengan anda semua.Klik sini untuk baca review blogger Liyana Lunia tentang filem ini.

P.S: Best jugak bersiar-siar dengan haiwan peliharaan masing-masing.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...