Written by AbangNara | March 3rd, 2010

[note]Layari www.bandofbrudders.com untuk mencipta band rock anda. Skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru[/note]

band rock kapa

Sebenarnya jiwa Bang Nara adalah jiwa rock. Memang kalau anda tak mengenali Bang Nara, anda akan menganggap dia adalah seorang jiwang, sentimental dan mat layan lagu leleh. Tapi sebenarnya Bang Nara dari dulu lagi memang seorang rockers sejati. Tapi rockers lagu Melayu jerlah. Setakat lagu Wings, Search ngan Lefthanded tue, memang lirik dia dah sebati ngan jiwa Bang Nara.

Tapi sayang, impian Bang Nara untuk berjinak-jinak main gitar lagu rock tak pernah tercapai. Tak pernah ada bakat muzik dalam diri nie. Dulu pernah gak try belajar main gitar. Jari dah naik kematu tapi satu lagu pun tak dapat main. Hampir-hampir gitar tue dihempuk ke tiang letrik tanda tunjuk perasaan.

Hari ini jiwa rock Bang Nara muncul kembali. Tengah syok main internet tetiba ada member tunjuk website BandofBrudders. Member Bang Nara tue bagitau cita-cita Bang Nara untuk buat rock band sendiri mungkin tercapai melalu website BandofBrudders nie. Apa lagi, terus la Bang Nara masuk website nie.

band of brudders

Pergh. Masuk-masuk je website BandofBrudders nie memang jiwa rock Bang Nara makin menggelegak. Tak sabar rasanya nak tubuhkan band rock Bang Nara, buat lagu ngan jadi femes seantero dunia. Tapi apa-apa hal pun Bang Nara daftarkan dulu akaun. Senang jer. Bang Nara klik je kat link “Register” kat atas belah kanan tue.

band of brudders

Bila dah abis register, maka bermulalah kehidupan Bang Nara sebagai seorang rockers. Bagi Bang Nara, imej seorang rockers tue tersangatlah penting. Tak perlu ganas sangat, tapi perlu ada gaya seorang yang macho dan jiwa kental. Sebab tuelah dalam BandofBrudders nie korang kena ciptakan avatar korang. Lagi cun kalau korang letak gambar real korang dalam avatar nie macam Bang Nara buat kat bawah nie:-

band of brudders

Bukan setakat muka jer korang boleh pilih, bentuk badan, tatoo, kasut, seluar jeans, jacket dan macam-macam lagilah. Korang jangan gelak tengok muka Bang Nara jambu je tersenyum kat atas tue. Itu time muda-muda dulu. Skang nie muka dah ganas sikit dah. Sesuai ngan jiwa rockers sejati.

Bang Nara paling suka create avatar nie sebab leh berangan letak tatoo, pakai jacket yang super cool, kasut yang reggae dan macam-macam lagilah. Banyak pilihan dia. Nampak kan ada pilihan tatoo, hair, tops, jackets kat atas tue? Cuba je tekan dan nanti macam-macam ada untuk korang pilih. Dan yang pentingnya semua pilihan pun akan membantu anda menjadi rockers sejati. Tapi part kegemaran Bang Nara sudah tentulah bahagian rambut (hair). Memang menarik. Dibantu dengan gel rambut Brycreem, gaya rambut Bang Nara memang stylo habis. Siap kaler biru lagi tue. Mencacak macam rambut penyanyi Linkin Park satu ketika dulu. Kelas kan?

band of brudders

Tapi korang jangan ingat bila dah ada muka hensem cam Bang Nara nie sesenang jer syarikat rakaman nak terima korang. Kena audition dulu beb. Mana la tau harap muka je ensem tapi main gitar hampeh tak reti. Itu yang dalam BandofBrudders nie ada audition untuk gitar, keyboard ngan drum. Nak tengok korang nie berbakat ke tak. Cuba korang tengok contoh audition kat bawah nie. Nampak jer kacang. Try buat la baru tau.

band of brudders

Lepas Bang Nara dah lulus dengan cemerlangnya ketiga-tiga audition nie, maka kini Bang Nara dah boleh tubuhkan satu band rock. Lama jugak pikir nak bagi nama apa band nie. Macam-macam idea. Antaranya macam “Band Rock Minyak Kapak”, “Band Rock Kugiran Kampung” dan Band Rock Terulung. Tapi akhirnya Bang Nara bagi nama band macam yang kat bawah nie:-

band of brudders

Kini impian Bang Nara untuk menyertai sebuah rock band dah pun tercapai. “Band Rock Kapak Nara” pasti akan menggegarkan dunia. Tapi sebelum nak kasik letup dunia rock, mesti la kena ada lagu ciptaan sendiri kan? Bang Nara tak mampu nak upah komposer-komposer cam M. Nasir, Eddie Hamid semua. Tapi sebelum kita leh start cipta lagu, kena pergi pick-up dulu member-member band yang lain. Diorang semua takder kereta nak drive gi recording studio. Terpaksalah Bang Nara gi amik.

band of brudders

Senang jer game dia. Bang Nara sekali try dah lepas dah. Sambil on the way Bang Nara pick up member-member Bang Nara, Bang Nara tambah masa dengan cara langgar lambang Brylcreem merah. Korang pun kena langgar tau logo tue. Baru cukup masa dan top up Street Credit. Street Credit nie nanti banyak gunanya. Boleh digunakan untuk beli aksesori-aksesori best demi avatar korang dan boleh jugak guna untuk beli petikan gitar, dram dan keyboard yang best-best.

band of brudders

Sesampai jer kitorang bertiga (sebab tue korang kena invite 2 kawan korang lagi untuk join band nie) kat studio, terus dengan pantasnya Bang Nara amik gitar dan start petik-petik. Amik idea nak cipta lagu. Amik feel skit. Pastue terus Bang Nara klik link “Song Maker” kat bahagia atas website BandofBrudders nie untuk start luahkan emosi dalam jiwa. Mula-mula nak cipta lagu memang blur, tapi bila dah dapat feel dia sampai 5 lagu terus Bang Nara rasa boleh cipta. Tapi buat masa nie baru ada 1 lagu jer. Bang Nara lebih pentingkan kualiti daripada kuantiti.

band of brudders

Ada 5 jenis background lagu yang BandofBrudders nie dah kasik sebagai starting point untuk Bang Nara cipta lagu. Apa yang perlu dibuat ialah drag jer gambar-gambar gitar, keyboard ngan dram macam gambar kat atas tue. Pastu tekan butang play untuk preview lagu yang direka. Kalau rasa dah puas hati, leh tekan butang Submit. Tapi Bang Nara nasihatkan korang cuba jaya banyak kali dulu sebelum submit. Kasik betul-betul rock dulu baru la antarkan.

band of brudders

Tapikan game BandofBrudders nie kalau makin ramai member kita yang memang lagi best. Masing-masing buat band sendiri pastue leh lawan band sapa lagi best. Camner nak tau band sapa lagi best? Band mana yang lagi banyak peminat itulah band yang paling best. Sebab tue ada link “Invite Friends” kat website nie. Bila ramai-ramai join memang makin havoc dan makin meriah. Memang ROCK THE WORLD la omputeh kata.

band of brudders

Jangan lupa yang korang kena invite minimum 2 orang lagi member korang untuk lengkapkan band masing-masing. 2 orang nie sama ada untuk goreng gitar, ketuk dram ataupun main keyboard. Macam gambar kat atas tue, ada 2 lagi team member Band Rock Kapak Nara yang perlu diisi. Ada sesesiapa yang nak join? Meh tinggalkan email korang kat ruangan komen nanti. Kami cadangkan korang invite seramai mana yang boleh sebab lagi ramai lagi meriah. Boleh compete sesama sendiri. Itu yang menarik. Lagi ramai member-member join, lagi kreatif dan lagi menarik la persaingan untuk masuk carta Top 10 BandofBrudders nie.

band of brudders

Jangan main-main dengan website BandofBrudders nie sebab ada carta Top 10. Bila korang dah ada band sendiri dan dah cipta lagu sendiri, mesti la kena buat promosi sikit. Kita kena ada peminat-peminat yang sanggup untuk vote lagu-lagu ciptaan kita. Makin ramai yang vote, makin tinggi la kemungkinan lagu ciptaan kita untuk masuk Top 10. Bila anda tekan link Band Archives, anda boleh tengok kesemua lagu ciptaan korang, jumlah fans korang dan yang paling penting boleh invite member-member supaya vote lagu korang. Senang ajer. Masukkan jer email member-member korang tue bila gambar kat bawah nie kuar.

band of brudders

Dan benda yang terpaling best bagi Bang Nara dalam BandofBrudders nie ialah kita pun boleh reka video klip kita sendiri. Bang Nara sebenarnya dah lama bengang dan tak puas hati dengan video klip kumpulan rock Malaysia nie. Tak menarik langsung. Tak ada jiwa rockers. Nasib baik BandofBrudders nie bagi can untuk Bang Nara buat video klip sendiri untuk Band Rock Kapak Nara. Korang pun leh join wat sekali. Tapi pastikan diri sendiri hensem sehensemnya sebelum klik link “Music Videos” tue.

band of brudders

Tapi macam biasa la sebelum Bang Nara start shoot muzik video nie mestilah penampilan kena tampan bergaya dulu. Baru nampak macho dalam TV nanti. Sebab tue BandofBrudders nie sediakan pencuci muka yang banyak gila. Power cleansing, deep cleansing, oil controls dan cleanses dan conditions. Semuanya Bang Nara tepek kat muka. Nak kasik hensem punya pasal.

band of brudders

Setelah menghensemkan diri, Bang Nara dan band rock Bang Nara telah dibawa ke Spotlight Film Studio. Kat sinilah kami akan rekod muzik video kitorang. Nervous beb. Gementar gila nie. Tapi nasib baik diorang nie semuanya sporting belaka. Banyak tunjur ajar yang diberi untuk kasik Bang Nara rileks depan kamera. Diorang tunjuk cara satu-satu. Yang first sudah tentu kena pilih salah satu lagu yang Bang Nara dah pilih tadi untuk dijadikan muzik video.

band of brudders

Langkah kedua plak adalah masa untuk kita mula shooting untuk muzik video. Ada 3 lapisan semuanya. Lapisan first dan yang paling penting mestilah Band Rock Kapak Nara. Yang nie mesti yang paling depan skali. Lapisan kedua dan ketiga tue korang anggaplah macam background yang bergerak-gerak. Boleh letak gambar, movie clip dan macam-macam lagilah. Lapisan kedua dan ketiga nie lah yang bakal membuatkan muzik video korang gempak tak hengat.

band of brudders

Kalau dah puas hati dengan hasilnya, apa lagi save la muzik video korang tue. Tapi Bang Nara nasihatkan preview dulu dan edit sepuas-puas hati sebelum save. Korang nampak kan butang “play” tue. Kat situ korang boleh preview hasil usaha korang. Kalau tak puas hati delete je. Dan kalau dah siap untuk 1 lagu, buat lagi video klip untuk lagu-lagu lain ciptaan korang. Best kan kalau setiap lagu ada video klip masing-masing?

band of brudders

Cuba bayangkan betapa sempurnya hidup korang bila ada band rock sendiri, lagu rock ciptaan sendiri dan yang terpaling best, video klip rock sendiri. Kena ada ketiga-tiga benda nie barulah lengkap jiwa seorang rockers sejati. Mana tau korang boleh kalahkan Ramli Sarip si Papa Rock tue. Dan mana tau tiba-tiba ada syarikat rakaman yang berminat nak amik korang jadi recording artis dia lepas tengok video musik korang. Teruja tak? Kami tau anda teruja jadi jom lah kita meng”rock” jiwa rockers anda di BandofBrudders. Jangan lupa ajak member-member lain untuk join skali.

band of brudders

Apa lagi jom join Bang Nara menge”ROCK”kan diri di www.bandofbrudders.com. Dan jangan lupa undi Band Rock Kapak Nara supaya kitaorang leh masuk carta Top 10.

Sila layan lagu-lagu ciptaan kitorang, gua kompem lu tangkap leleh punyaa~~~~~~

MP3: BandRockKapakNara – RockTheWorld

21 responses to Mari Membina Band Rock Kapak Anda Sendiri

  1. fifie says:

    mak oiiii….pnjg gile post nih..almost 1page!!
    heheh ooo abg nara jiwa rock rupenye…ingatkan jiwang lentok..hehehe

  2. aizuddin says:

    macam kenal gambar avatar tu..hehe

  3. Ryta says:

    Eii..apada…ingatkan bikin band rock bebetol….sekali rock di alam maya aje daa….hmmmm….
    Anyway, gambar Bang Nara yg tu je ke yg ada? Gambar tuanya mana? Hehehe…

  4. Fofoth says:

    Bang Nara, add r sy as friend. sy dah buat band sendiri..

  5. mak lijah says:

    alahai dah try dah susahnya bang nara

  6. Lolcats says:

    how old is bn?…..47 or 37 or 27?

  7. entahlah says:

    boringlah nara ni… lambat sangat nak update citer artis. dah tak ada idea lagi ker

  8. PERGH..!!
    Gus mesti pilih..!!

  9. Beautiful blog with nice informational content. This is a really interesting and informative post. Good job! keep it up, hope to read your other updates. Thanks for this nice sharing.

  10. It looks like a hurricane came through Tuscaloosa.Where can I get doughnuts? What can I do to help?