Mana Janji-Janji Mu Wahai Rozita Che Wan?

Hiburan

Mana Janji-Janji Mu Wahai Rozita Che Wan?

rcw

Ingat lagi tak satu ketika dahulu Rozita Che Wan berkata yang dia bakal berhenti daripada dunia lakonan pada tahun 2011? Kalau tak ingat, sila baca entri RCW ingin bersara daripada dunia lakonan ini semula. Tapi nampaknya janji hanya tinggal janji. Mungkin dunia lakonan dah terlalu sebati dengan Rozita Che Wan sampai tak sanggup nak bersara.

Advertisement

Namun begitu (alamak skema gila ayat) kira oklah lagi sebab Rozita kata dia cuma berlakon sahaja dan tak mahu keluar di mana-mana majalah atau pun suratkhabar lagi.

[note]Walaupun saya hanya berlakon sikit-sikit, apa yang pasti saya enggan menjadi seorang selebriti yang akan ditemu ramah oleh pihak media atau keluar di mana-mana akhbar juga majalah. Begitu juga dengan segala acara-acara hiburan, saya tidak akan muncul seperti sebelum ini. Saya tidak mahu lagi publisiti supaya privasi saya tidak akan diganggu. cara ini juga dapat menepis gosip yang membabitkan saya. [/note]

Kami sebenarnya tak kisah pun kalau RCW hendak bersara ataupun tidak dalam bidang lakonan ini. Macam tak ada impak sangat pun. Bukan nak perlekehkan kehebatan RCW, cuma kami rasa RCW ini lebih popular dengan gosip-gosip liar berbanding dengan lakonannya. Mungkin elok jugak lepas nie tak keluar majalah dan suratkhabar. Kurang sikit kontroversi.

Kami tamatkan entri ini dengan satu peribahasa yang berbunyi “Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya”. Sekian terima kasih.

P.S: Apa yang korang nampak dalam gambar nie?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...