Mampukah Filem Ratu The Movie Mencecah Kutipan RM10 Juta?

Hiburan

Mampukah Filem Ratu The Movie Mencecah Kutipan RM10 Juta?

filem ratu the movie

Setakat ini kutipan  filem Malaysia kesemuanya bermain-main di angka RM8 juta. Paling tinggi sudah tentu filem Ngangkung dengan kutipan RM8.18 juta.  Dan pada 17 Mac 2011 ini, sebuah filem yang bertajuk Ratu The Movie bakal ditayangkan di pawagam Malaysia. Mampukah filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ini memecahkan rekod kutipan filem Malaysia?

Advertisement

Filem yang dibintangi oleh Fauziah Gous, Yasmin Hani dan ramai lagi mengisahkan sebuah program realiti yang diberi nama ‘Pesona Ratu’. Mencari gadis-gadis berkelayakan untuk diiktiraf sebagai ratu, akhirnya seramai 10 peserta berlatar belakangkan profesion yang berlainan dipilih untuk keperingkat akhir. Mereka akan dibawa belayar ke satu tempat untuk penilaian seterusnya.

Dua peserta terkeluar awal kerana gagal tiba ke lokasi perjumpaan seperti yang telah ditetapkan. Berlayarlah 8 peserta bersama tenaga kerja ‘PesonaRatu’ ke lokasi rahsia. Setiap seorang peserta mempunyai misi masing-masing dalam merebut takhta ratu yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, kapal mereka tersadai di sebuah pulau terpencil. Ini memaksa mereka tinggal sementara di pulau tersebut sementara menanti kapal mereka diperbaiki.

Bermulalah detik hitam yang melanda peserta-peserta yang memburu gelaran ratu ini. Kesukaran mengharungi hidup di pulau itu dengan ribut yang melanda, bekalan makanan yang semakin kehabisan dan kemunculan makhluk yang tidak diundang mula menampakkan sikap sebenar setiap seorang daripada mereka. Seorang demi seorang mula hilang dan mereka semakin cemas mencari jalan keluar.

Hanya yang bertahan mampu meneruskan hidup mereka di pulau itu. Seramai 10 pelakon baru (Bkay Nair, NurEina, Elya, Miera, Farah, Farahin, Sue, Shazlin, Jazzy, Tasha) diperkenalkan menerusi Ratu The Movie. Mereka ini dicungkil bakatnya menerusi ujibakat yang telah dilakukan oleh Line Clear Motion Pictures sebelum penggambaran filem ini dibuat.

Nampak sinopsis cerita ini agak menarik dan paling penting menampilkan bakat-bakat baru dalam industri perfileman tanah air. Mungkin ada yang agak skeptikal dengan filem arahan Prof Razak, tapi Abang Nara rasa mungkin filem ini ada sesuatu yang lain. Apa pun nantikan review dari Abang Nara mengenai filem ini. Abang Nara telah pun dijemput untuk menonton preview filem ini minggu hadapan.

Apa pendapat anda? Adakah Ratu The Movie mampu mencecah angka keramat RM10 juta? Atau ada filem lain yang anda rasa boleh mencapai kutipan tersebut? Sila kongsikan buah fikiran anda di ruangan komen.

P.S: Kat Malaysia nanti akan ada ke tempat pembuangan bayi sebegini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...