Written by AbangNara | June 30th, 2015

Sepandai-pandai tupai melompat, akhir jatuh ke tanah jua. Sukar untuk melepaskan belenggu ketagihan dadah. Sekali dah pekena, memang payah nak bersihkan diri kita daripadanya. Ditangkap pada bulan Mac yang lalu, bekas penyanyi kumpulan Exist iaitu Mamat mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah.
mamat existMamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 37, turut dikenakan denda sebanyak RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda. Majistret Noor Farah Hazwani Osman pada Selasa turut memerintahkan penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu itu berada dalam pengawasan polis selama tiga tahun.

Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini pada pukul 11 malam 26 Mac lalu. Penyanyi itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.
mamat existSebelum ini Mamat Exist bakal meringkuk di dalam penjara selama 8 bulan selepas tidak mampu membayar denda RM4,500 selepas didapati bersalah atas dakwaan penggunaan dadah jenis Amphetamines ke dalam badan pada 19 Disember 2013.

Mamat kembali mencipta nama selepas mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan Gegar Vaganza. Namun begitu, pengurus Mamat yang bernama Mie Kuarters mendakwa penyanyi itu gelap mata akibat mempunyai wang yang banyak selepas pertandingan tersebut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Mamat Exist Mengaku Salah Ambil Dadah, Didenda RM4,000 Serta Pengawasan Polis 3 Tahun

  1. Anonymous says:

    Mamat Exist Mengaku Salah Ambil Dadah, Didenda RM4,000 Serta Pengawasan Polis 3 Tahun

    0

    0
  2. Anonymous says:

    teruknya muka. mcm nelayan.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Muka teruk mcm nelayan?hina sgt ke nelayan tu?skurang2nye diorang cr rezeki halal dan mungkin ko mencekik ikan pun hasil nelayan so jgn nk biadap sgt,bongoks!

      0

      0
  3. benci_DADAH! says:

    amik dadah nie mmg high masa permulaannya…dulu aku pun mcm tue jugak tp tkdelah smpai ketagih, effect lepas sehari, badan rasa lemah, muntah, tak makan sehari 2…so pade semua TOLONG JANGAN AMBIL DADAH….dadah nie merosakkan diri kita, effect sampai mati kecuali kita amalkan hidup sihat…tolong ye kwn2….ikhlas dari hamba Allah

    0

    0
  4. Kalsom says:

    Nasib la pompan pat mlsia Kalau pilih Mamat ni nk buat Laki !!!
    Org da kedepan ko masih perangai Ketiak Hangit lagi.
    MAMAT OO MAMAT!
    Biar muka tak kacak tapi perangai tu Biarlah ELOK ! Ni ko dua duanya BURUK !

    0

    0
  5. aku says:

    parah la dia ni

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Kalau anjing dah biasa makan taik, walau diberi makan nasi sesedap mana pun, dia akan kembali makan taik jugak.

    0

    0
  7. harap pihak yg berkenaan dapat bapat bawak mamat kembali 100% drug free..
    aku cuma musykil je kenapa mamat ni tak diambil macam radhi, macam zamani, yg mana ada org / badan yang betul2 bimbing diorg balik ke pangkal jalan..
    sebab dia ni dah teruk sangat ke? sebab dah diapproach tapi dia taknak ke? atau sebab dia ni tak sepopular mana? kenape ye?
    org mcm ni biasa mmg kena ada pembimbing sampai diorg betul2 sedar..
    sayang dengan bakat mamat ni, budak2 80s & 90s cuba korang tengok balik video2 lama exist yg ada mamat, suara ni lah yang pernah jadi ikutan dulu, yg digila2, yg dodoikan kita lagu penghargaan buat ibu..
    harap ada org / badan yg bukak mata sudi membantu & bimbing dia balik..
    mane le tau ada rezeki exist bangkit semula dengan mamat, buat comeback..
    kompem meletop..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    boleh geng dgn benjy anak arwah azean irdawaty

    0

    0