Malaysia Tuan Rumah Anugerah Muzik Kpop Golden Disk Awards

Hiburan

Malaysia Tuan Rumah Anugerah Muzik Kpop Golden Disk Awards

Nampaknya peminat Kpop Malaysia pastinya akan melonjak sakan mendengar berita gembira ini. Anugerah Muzik Kpop yang terhebat iaitu Golden Disk Awards yang ke 27 akan dianjurkan di Malaysia pada 15 dan 16 Januari 2013 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang(SIC).

golden disk awards

Advertisement

Sebelum ini, Golden Disk Awards ke 26 telah dilangsungkan di Osaka, Jepun. Antara nama besar yang bakal turun Malaysia untuk membuat persembahan ialah PSY, Big Bang, Super Junior, KARA, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, Girls Generation dan Beast.

golden disk awards

Acara tahunan Golden Disk Awards yang dianggap sebagai Anugerah Grammy Korea paling berprestij adalah anugerah muzik K-Pop begitu berprestij bagi pencapaian terkemuka dalam industri muzik. Jadi kalau anda seorang peminat Kpop, jangan lepaskan peluang untuk melihat acara berprestij ini dengan mata anda sendiri.

golden disk awards

Tiket-tiket berharga RM688 dan RM999 untuk kedua-dua hari acara tersebut boleh dibeli melalui www.ticketpro.com.my, [email protected], atau telefon 03-78807999 mulai 9 Disember.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...