Makcik Abang Nara Penghidap Kanser Payudara, Ini 4 Nasihatnya Untuk Kami Suami Isteri

Hiburan

Makcik Abang Nara Penghidap Kanser Payudara, Ini 4 Nasihatnya Untuk Kami Suami Isteri

Pejam celik pejam celik, tahun 2017 sudah pun memasuki bulan Februari. Fuh!!! Pantas sungguh masa berlalu. Bila bercakap tentang bulan Februari, satu perkara yang penting ialah bulan ini ialah Bulan Kesedaran Kanser Sedunia.
aia canerSebut sahaja kanser, memang seriau dan naik bulu roma Abang Nara dibuatnya. Memang minta dijauhkan sangat-sangat. Tapi dengan gaya hidup sekarang, pemakanan hari-hari dan pencemaran alam sekitar, kita memang lebih terdedah kepada bahaya kanser. Makcik Abang Nara pernah disahkan menghidap kanser payudara. Memang masa dapat berita itu tersangatlah sedih. Mengalir air mata dibuatnya. Iyerlah, makcik Abang Nara tue masih muda. Anak-anak pun kecil lagi. Memang terkesima semua orang dibuatnya ketika doktor mengesahkan perkara tersebut. Namun Alhamdulillah sekarang makcik Abang Nara dah semakin pulih selepas menjalani rawatan.

world cancer month

antara jenis-jenis kanser. Tak cukup jari kalau nak kira jumlahnya

Kadang-kadang bila pergi melawat makcik Abang Nara tue, hati rasa pilu dan sedih melihat keadaannya yang agak lemah. Namun dia tetap ceria, bersemangat dan aktif menjalani kehidupan seharian. Sambil-sambil minum petang, sempatlah makcik Abang Nara bagi nasihat serta tips untuk mengurangkan risiko terkena kanser kepada diri ini dan wife. Katanya “Korang yang muda lagi cubalah amalkan apa yang makcik pesan nie. Hidup tue biar sihat sikit. Fikir masa depan anak-anak.” Antara tips-tipsnya ialah:-

Advertisement

1. Makan tue jangan melantak sangat

cancer aia

makanan feveret Abang Nara – nasi lemak dan teh tarik. Fuh!!!

Orang Melayu nie kalau bab makan, memang champion. Pagi-pagi makan nasi lemak, roti canai, teh tarik. Tengah hari pulak bantai nasi campur dengan teh ais. Minum petang pulak pulun kuih muih, pisang goreng dan keropok lekor. Malam pulak telan nasi lagi. Lepas tue tengah malam kalau lapar makan pulak mee segera. Senang cerita, kita ini makan memang tak berhenti. Semua ini memang mengundang kanser lagi-lagi kalau jenis yang tak makan buah, sayur-sayuran dan jarang minum air kosong. Jadi makan tue biar berpada-pada. Jangan sampai asyik terbongkang kekenyangan je.

2. Berhentilah hisap rokok tue

aia caner

tengok perbezaan paru-paru perokok dan bukan perokok. Seram kan?

Masa makcik Abang Nara cakap bab ini, memang merah padam muka dibuatnya sebab Abang Nara seorang perokok. Masih terngiang kata-kata makcik tercinta “merokok nie dah la bazirkan duit, paru-paru kau pun nanti jadi hitam tak sihat. Tetiba nanti dah tak boleh nafas. Pastue kena kanser paru-paru pulak. Kau tak kesian ke kat anak-anak kau?”. Memang terus terasa insaf. Jadi tahun 2017 ini, Abang Nara berazam untuk berhenti merokok sepenuhnya demi paru-paru yang sihat dan kuat!!!

3.Jangan jadi pemalas, banyakkan bersenam

aia caner

rasa-rasa macam nak start angkat besi la tahun nie. Ada berani nak join?

Makcik: Aku tengok perut kau tue dah boroi semacam je. Kau nie tak pergi gim ke?

Abang Nara: Mana sempat makcik nak gi gim, nak jaga anak, nak buat kerja lagi.

Makcik: Eleh alasan je semua tue. Kau tengok makcik sekarang tetiap petang mesti gi jogging satu taman. Peluh tue jangan buat pekasam. Kena kasik keluar. Barulah sihat sikit badan.

Abang Nara: Saya bersenam gak makcik. Malam-malam bersenam dengan dia nie (sambil mencuit bahu wife tercinta)

Makcik: Kau nie buat lawak pulak. Yang tue memang le bersenam tapi kalau boleh buat la aktiviti yang kasik keluar peluh jantan kau tue. Makin gemuk dah makcik tengok kau nie.

Esoknya Abang Nara terus pergi daftar gim. Dengan wife Abang Nara sekali kena paksa masuk gim bersama-sama. Hehehe.

4. Buat check up kanser payudara setahun sekali

cancer aia

sekarang nie teknologi dah canggih. Boleh kesan awal kalau kita ada tanda-tanda kanser payudara

Ini adalah part yang paling sedih sepanjang Abang Nara berborak dengan makcik tercinta. Dengan detailsnya dia bercerita tentang macam mana dia terperasan ada benjolan di payudaranya. Tapi dia ingat benda biasa tak ada apa-apa dan membiarkannya sahaja.

“Biasalah bila dah tua macam-macam sakit nak datang. Setakat benjol nie apalah sangat,” kata makcik Abang Nara.

Tup-tup 5,6 bulan benjol tak hilang dan payudara mula rasa sakit. Bila pergi check hospital, disahkan kanser payudara dah sampai tahap 2. Masa itu nak menyesal pun dah tak guna.

“Kau tue kuarkan duit sikit tiap-tiap tahun bawak bini pergi check kanser payudara ada ke tak. Jangan dah kena macam makcik nie baru nak menyesal. Menangis air mata darah pun tak ada gunanya”.

Esoknya Abang Nara terus booking nak buat screening breast cancer untuk wife tercinta. Sapa tak sayang bini weeiiiiiiiii.

Abang Nara percaya korang pun tentu ada seseorang dikenali yang merupakan pesakit kanser. Diorang ini memang tabah menghadapi dugaan yang cukup berat ini.

Kita ini pun kena sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dan amalkan gaya hidup yang sihat untuk menghalang kehadiran kanser. AIA Vitality memberikan kita motivasi untuk menjaga kesihatan tubuh badan dengan memberikan ganjaran 50% bonus tunai tahunan dan juga pelbagai ganjaran hebat lain apabila kita menggabungkan AIA Vitality dengan plan perlindungan A-Life Cancer 360. Untuk maklumat lanjut dan lebih banyak tips pencegahan kanser, layari  https://www.aia.com.my/en/our-products/cancer-campaign.html.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...