Makanan Punya Pasal, Nyanyian “Only You” di Smule Terus Berterabur.

Hiburan

Makanan Punya Pasal, Nyanyian “Only You” di Smule Terus Berterabur.

Dengan kecanggihan teknologi sekarang, ramai penyanyi yang muncul di indutri hiburan tanah air setelah menjadi viral di laman sosial. Antara feveret Abang Nara ialah Khai Bahar, Najwa Latif, Elizabeth Tan, Zee Avi dan ramai lagi. Suara diorang ini memang power rangers sungguh. Kalau dulu nak jadi penyanyi punyalah payah, namun dengan adanya YouTube, Smule, MySpace, Instagram dan Twitter, sekarang ini kalau anda berbakat memang mudah nak jadi popular. Yang penting bakat tue kena ada.

 photo 1_1.png

Khai Bahar sekarang meletop-letop namanya

Abang Nara sebenarnya pun memang suka menyanyi jugak. Cuma nyanyian Abang Nara hanya didengari oleh isteri, anak-anak dan juga kawan-kawan rapat sahaja. . Memang suara ke laut. Abang Nara cuma menyanyi dalam bilik air dan ketika berkaraoke dengan kawan-kawan je. Tak adalah simpan impian nak jadi penyanyi profesional. Sekadar suka-suka.sahaja. Sekarang ini, Abang Nara suka layan video-video nyanyian di applikasi Smule. Salah satu lagu feveret Abang Nara ialah duet di antara Khai Bahar dan Siti Nordiana menyanyikan lagu Memori Berkasih. Padu beb!! Meremang bulu roma dibuatnya.

Advertisement

Khai Bahar nie sekarang dah femes dan jadi penyanyi mainstream dah. Suara dia memang tip top first class. Boleh dikatakan setiap hari Abang Nara layan dengar nyanyian Khai Bahar di YouTube. Satu hari tue, tengah syok dengar Khai Bahar berduet dengan Siti Nordiana, tup-tup keluar iklan YouTube ada awek nyanyi lagu Only You.

Amboi, amboi, amboi. Boleh tahan cun awek ini. Tak jadi Abang Nara nak “skip ads”. Terpaksa dengar dia nyanyi. Nak tengok dia berduet dengan sapa. Sekali tue….

Kah, kah, kah. Adui tergelak Abang Nara tengok aksi si awek dan pakwe nie. Nak ber”Smule” pun tak jadi sebab ada KFC Cheezy Onion Crunch depan mata. Tak mampu menahan nafsu nak makan KFC Cheezy Onion Crunch. Kalau Abang Nara kemungkinan besar terus berhenti nyanyi untuk menikmati kesedapan KFC Cheezy Onion Crunch tanpa sebarang gangguan. Respek jugaklah kat si awek dan si lelaki ini sebab masih mampu makan dan menyany lagu Only Youi. Komited sungguh.

 photo KFC COC.jpg

Bila tengok aksi si awek dan lelaki ini meratah KFC Cheezy Onion Crunch, terus tertelan air liur Abang Nara. Kerangupannya terasa di tekak. Memang tak boleh tahan. Terpaksa Abang Nara pergi KFC sekejap lagi untuk merasai sendiri kesedapan Cheezy Onion Crunch ini. Korang pulak camner? Maklumat lanjut layari www.kfc.com.my dan jangan lupa LIKE Facebook KFC Malaysia.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...