Written by AbangNara | February 6th, 2015

Alhamdulillah. Murah rezeki bakal pengantin baru Yana Samsudin dan Fadzil Zahari ini. Bakal bergelar suami isteri pada 13 Februari ini, majlis perkahwinan mereka menerima tajaan sehingga 90%. Yana hanya mengeluarkan wang sendiri untuk belanja makanan buat para tetamu yang akan hadir. Memang jimat banyak sangat. Wang yang dijimatkan bolehlah diguna untuk menempuhi kehidupan selepas berkahwin.

yana samsudin

Bagi Abang Nara, kalau orang nak taja, kita terima je lah. Bukan senang nak dapat tajaan. Selagi boleh jimat, kita jimat. Tak gitu? Kata Yana:-

Buat masa sekarang persiapan sudah 60 peratus yang siap. Kad jemputan juga baru siap dan saya sedang menghantarnya. Soal penajaan, memang ramai pihak yang sudi menaja. Dari pelamin nikah, sanding, busana kahwin dan cenderahati untuk tetamu semuanya ditaja. Cuma, makanan sahaja saya bayar sendiri.

Saya rasa tidak ada salahnya mewar-warkan majlis perkahwinan ini. Lagi pula saya umumkannya selepas semuanya telah ‘confirm’. Memandangkan dalam tempoh tersebut adik saya dan Fadzil masing-masing sedang bercuti semester, jadi kami sepakat memilih tarikh berkenaan.

Tidak ada sebarang pantang larang seperti orang-orang tua kata yang mana tidak boleh bertemu bakal suami seminggu sebelum bernikah. Bagi saya, dalam soal perkahwinan apa yang penting adalah pernikahan. Saya mengharapkan agar semuanya berjalan lancar

yana samsudin

Semoga segalanya berjalan lancar buat Yana dan Fadzil. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum tarikh pernikahan mereka. Sama-samalah kita doakan. Sumber Media Hiburan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to Majlis Perkahwinan Yana Samsudin & Fadzil Zahari Ditaja 90%

    • lily says:

      dulu aku lebih dari 40 hari sebelum nikah x jumpa bakal suami aku.. bukan sbb percaya pantang larang.. tp sbb nk elak fitnah dan menghindari nafsu..

      0

      0
    • Mamajemah bukan batu api says:

      Dd lagi cntik dari yana ..mcm ayu raudhah dgn rita dlu,lagi cntik rita..kikikiki…

      0

      0
    • Anonymous says:

      Amende yg sampai syurga neraka nih? Gmbr org pegi bercuti dgn fmly pun smpai camtu sekali kena judge? Kt fb berlambak sampai nk termuntah aku tgk gmbr yg lebih daring. Kalau takat camni, come on la.. Mmg ada eh golongan manusia yg konon alim tp sbnrnye berselindung di balik nama agama je untuk judge org dgn niat untuk malukan dan downgrade org lain. Then ckp “kene la tegur sesama muslim” kononnye la.. Give me a break. Judge org mcm org tu post gmbr tgh kongkek pdhal bersentuhan pun tak.

      0

      0
    • peah says:

      good yana, dah confirm baru war warkan, dgn pre-wedding bagai nye semua takde..cmni baru best.

      0

      0
  1. Anonymous says:

    berkat gambar idung

    0

    0
  2. alamanda says:

    untung jadi artis semua org sponsor..rezeki masing2 kan. org bukan artis ni nganga je la tgk.

    0

    0
  3. me says:

    hensem si fadzil ni lagi dari abg die si farid tu…tahniah yana…betul la tuh..dah “confirm” baru war warkan….jangan couple beriye dah kecoh sane sini lamar terbuka la ape lah…good job yana n fadzil….sweet couple! kekal hingga syurga Allah

    0

    0
  4. Anonymous says:

    rezeki dorg.. lg pun sama2 bujg.. org pun sng ati nk taja… kesian hanez beriya kontoversi tahap ketahian.. org maki sumpah.. last dpt tajaan inai je.. huhuuuu… sori peminat hanez noh…

    0

    0
  5. anum says:

    apasal aku tgk muka yana dulu n skrg byk berubah ya? botoks ke?

    0

    0
    • anon says:

      Toksah bersangka buruk. Muka kita mmg akan berubah sikit sebanyak dari masa ke masa. Dont tell me, wajah kamu tak berubah2 dari dulu sampai skrg…

      0

      0
      • Anonymous says:

        muka dier tak berubah cuma idung dia ajer berubah dulu kembang idung bawang sekarang kecut kecik sikit & tinggi sikit. dulu yana pernah cakap dia terjatuh terus hidung dia jadi mancung kah kah kah kah. jawaban tak boleh angkat……

        0

        0
        • batu giling cuma jwbn anon. says:

          Kakakakkakakaka kelakar giler …. Jawaban x leh angkat ????. Berat sngt ke?. Bape kilo tu???. Bawang??? Besar ke kecik?? Bwg merah ke putih???

          Dia ckp sbb ada masalah idun lah. Ada sinus. Jd kene besarkn sikit rongga idun tu. Takkn nk bg kembang lagiiiiii. Dah tentu lah idun tu di besarkn dgn ke atasskn idun tu sket jd mancunglah idun tu sket. Tak kan nk besarkn dngn mendatar …. lg tambah besar lah idun tu. Jd mcm idun jambu madu. Hehehehehe …. masalah kesihatan lerrr.

          0

          0
    • keknos says:

      dia inject filler laa..

      0

      0
  6. annonymous says:

    mancung hidung…tak kalah ngan Diana Daniele

    0

    0
  7. rora says:

    yana fake . untung dpt org ‘ori’ :))

    0

    0
  8. rora says:

    yana ‘fake’ . untunglah dpt yg ‘ori’ . sakai much bila tk ngku buat hidung . terang2 hidung kembang . ohmak aiiii

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Memang la jimat tapi nanti pening kepala terpaksa ikut karenah orang yang menaja. Tengok macam Che Ta masa kawin. Dah macam Drag queen jadinya.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Penaja ni bila memberi tajaan mesti banyak kerenah. Kena ikut kehendak mereka je. Memang la free tapi sakit jiwa la dibuatnya.Kita tak de say . Apa dia kasi terpaksa ikutkan je. Tanya la orang yang biasa dapat tajaan. Kalau dapat yang ok tak pe la tapi kalau dapat yang banyak songeh….pening kepala dibuatnya. Kesian tengok masa Che Ta kawin dulu…

    0

    0