Written by AbangNara | June 5th, 2012

Tahukah anda, selepas anda memiliki anak sendiri, anak anda secara automatik akan menjadi bayi yang paling cute sekali di dunia ini? Mungkin ramai yang tak faham perasaan ini, tetapi Abang Nara percaya semua ibu bapa di luar sana mempunyai perasaan yang serupa dengan Abang Nara. Tak gitu?

aariz

Kelihatan di dalam gambar di atas, Abang Nara cuba ingin mencium anak sendiri. Namun buaian yang besar, cantik dan sangat awesome daripada Baby N Me (sila ke Facebook Baby N Me untuk lebih banyak buaian yang sangat cantik) itu membuatkan Abang Nara terhenti untuk terus posing bergambar. Jangan risau kerana selepas itu anak Abang Nara yang diberi nama Aariz berjaya dicium secara bertubi-tubi tanpa henti.

aariz

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa motif Abang Nara uploadkan gambar-gambar ini. Sebenarnya Abang Nara ingin berkongsi rasa terima kasih kepada rakan-rakan, saudara mara dan paling penting, Kak Fathin daripada Whatalovelywedding yang telah menghias buaian anak Abang Nara sehingga menjadi cantik sangat. Abang Nara, wife dan family semua sangat teruja melihat hiasan yang telah dilakukan oleh team Whatalovelywedding ini.

whatalovelywedding

Kepada ibu bapa yang ingin membuat majlis aqiqah anak mereka, Abang Nara sangat-sangat suggest team Whatalovelywedding ini. Orangnya sangat peramah, cekap, mesra alam dan paling penting hasil kerjanya sangat memuaskan. Selain daripada cradle aqiqah, Whatalovelywedding juga ada buat personalise Yassin, candy buffet dan macam-macam lagilah. Kalau berminat boleh ke Facebook Whatalovelywedding ataupun blog Whatalovelywedding.

whata lovely wedding

Terima kasih juga kepada team photographer Newborn Pixs yang bertungkus lumus daripada pagi sehingga ke petang mengambil gambar majlis aqiqah anak Abang Nara. Mereka pun sangat awesome jugak. Abang Nara kongsikan beberapa keping lagi gambar sekitar majlis aqiqah anak Abang Nara dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kalau nak tengok full album sila ke Facebook Newborn Pixs.

aariz
aariz
aariz
aariz
aariz
aariz

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

87 responses to Majlis Aqiqah Aariz, Anak Abang Nara Yang Super Duper Cute

  1. Anonymous says:

    1st…..

    0

    0
    • Anonymous says:

      tahniah.

      aariz mmg hensem..

      0

      0
      • hensem..macam saya!

        0

        0
      • Anonymous says:

        senyap la tetes!

        0

        0
      • Ustajah BN says:

        Assalamualaikum wbt muslimin / muslimat sekalian…

        Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

        “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya ada patung”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

        Rasulullah sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang non muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

        “Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”. Dalam riwayat lain dikatakan : “Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

        Allah melaknat dengan seksaan yang sangat berat kepada orang yang membuat dan meletakkan patung perhiasan dalam rumah dengan tujuan ingin mencantikkan rumah, menunjuk-nunjuk, kononnya kreatif, kononnya mampu membeli, bermegah-megah kerana mampu buat perkara yang haram atau sebagainya. Ini jelas dan dalil hadis yang terdapat di atas ini adalah merupakan dalil yang qat’i dan sahih tanpa dapat dipertikaikan lagi kesahihan hadis tersebut. Tiada alasan kepada orang-orang yang jahil mengatakan ada pendapat ulamak yang membolehkan dan ini merupakan masalah kontemporari atau 1000 alasan sekalipun untuk membolehkan perbuatan ini. Orang yang pandai-pandai merubah hukum yang telah di tetapkan oleh Allah dan Rasul, maka Allah akan memasukkan orang tersebut ke dalam neraka Allah.

        Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasan. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan.

        0

        0
      • Anonymous says:

        ustajah bn, kat bwh laaaa komen..

        0

        0
    • Mek nah says:

      Maaf abag nara….apa2 yg mneyerupai benda hidup/bernyawa adalah haram dijadikan perhiasan. Melainkan dijadikan permainan oleh kanak2. Tp apa yg sy nmpk teddy bear tu lebih kpd perhiasan.

      0

      0
      • Anonymous says:

        selagi ade bdk2 atau baby dlm rumah tu, x haram ade bear. unless klu xde budak.

        0

        0
      • Mek nah says:

        Dah letak kt pelamin sbg fungsi perhiasan…so tujuan perhiasan la. Haram. Xpenah lak terbaca “unless” bagai. Mcm tu jugak dgn al-Quran, kalau tak baca tp dijadikan perhiasan, boleh ke kata “xpe unless dlm rmh still ada org Islam”.

        0

        0
      • Pak oih says:

        Undekkkk…!! Teruk awk ni Anonymous. Lihat pd tujuan bear tu di letak, bkn tgk ada kanak2 ke tidak. Kalau xde kanak2 sekalipun tp org dewasa yg miliki bear tu buat bear tu untuk tumbuk2 setiap mlm sebelum tdo xdela haram. Sbb si dewasa gunakan bear bkn sbg perhiasan. Bongak!!

        0

        0
      • Anonymous says:

        wahh berpundek2 bagai, mengata pundek tu x haram ke? tlg check blk dgn ustazah2 anda. selagi rumah tu mempunyai budak, fungsi ape pun teddy bear, masih dibenarkan. jgn la nak perbesarkan isu kecik.. susah btul manusia yg asik nak betul ni.

        0

        0
      • Anonymous says:

        undek tu pundek ke? bongak tu bongok ke? bagusla memaki org.. hebat.. klu x reti nak tny ustaz, bwk2 google, selagi di dlm rumah tu ade anak2 yg belum akhil baligh, dibolehkan memiliki teddy bear..

        korg ni belajar ke x? perkataan unless tu mmg wujud, anda diwajibkan sembahyang dan berpuasa unless awk dtg bulan, salah ke?? betul xde unless dlm Quran?

        logik la, umur anak nara ni br bape bulan, mana reti main, so letak je la dulu, nnt dh besar sket dia main la, fungsi anak patung tu jika ada kanak2 dlm rumah mmg mainan walau hanya diletak ditepi , it doesnt mean klu letak mcm tu je tp x main tu haram.. xpercaya sila rujuk dgn ustaz2 yg lebih arif. tp jika ank2 semua dah baligh, semua patung2 tersebut hendaklah dibuang.

        0

        0
      • Anonymous says:

        Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Terengganu memutuskan :

        Adalah diharuskan patung daripada permainan kanak-kanak seperti yang dibuat daripada plastik, getah, kapas, kain dan sebagainya kerana baginda Rasulullah s.a.w. tidak mengingkarinya apabila baginda melihat dari Syaidatina Aishah r.a. sendiri. Dengan demikian, dapatIah dibuat kesimpulan bahawa membuat atau melukis gambar-gambar di papan hitam bagi tujuan mengajar untuk menerang atau menjelas sesuatu masalah yang berkait adalah suatu perkara yang harus lebih-Iebih lagi jika gambar-gambar yang dibuat itu merupakan gambar pokok, rumah dan sebagainya sekalipun ianya mempunyai rupa dan berjisim.

        Begitu juga tidaklah ada tegahan menggunakan patung yang berupa manusia atau haiwan umpamanya dalam keadaan yang tertentu sahaja bagi menerang dan memberi pelajaran kepada murid-murid kerana tidak didapati ada apa-apa syubhah penyembahan atau sebagainya kerana tujuannya semata-mata memberi pengetahuan dan pengajaran yang mungkin tidak baleh diatasi tanpa penggunaan gambar-gambar atau patung-patung. Adapun jika digunakan patung-patung itu bagi maksud memulia, membesar serta menyanjungnya atau kerana meniru perbuatan penyembah berhala maka itu adalah haram dan ditegah sama sekali, wallahua’lam.

        0

        0
      • Anonymous says:

        Hukum Memiliki Anak Patung dan ‘Teddy Bear’

        Para ulama berbeza pandangan mengenai perkara ini. Ini kerana, merujuk sejarah, pada zaman Nabi Sulaiman a.s. dibenarkan kegiatan membuat dan memiliki patung, tetapi pada zaman nabi-nabi lain aitu sebelum dan selepas beliau, patung adalah diharamkan termasuk pada zaman Nabi Nuh a.s. dan pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Manakala pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. pula diharamkan patung untuk disembah dan dipuja, tetapi diharuskan patung mainan untuk anak-anak.

        Para ulama terkenal masakini yang berbeza pandangan mengenai patung ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Syeikh Atia Saqr dan Dr. Mohammad Amarah.

        Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam “Fatawa Muasirah” berkata Islam mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu. Menurut beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan bahawa isteri
        baginda yang masih kecil, Aisyah cenderung dan suka bermain patung.

        Syeikh Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai pendapat yang sama dengan al-Qaradawi. Beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung mainan anak-anak dan
        berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau bahan-bahan lembut spt plastesin dll).

        Syeikh Atia Saqr dalam fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat rosak dan patung separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki orang Islam,
        tetapi hukumnya adalah makruh. (Kepala merupakan anggota penting bagi tubuh. Manakala kaki tidak penting, kerana manusia masih mampu hidup tanpanya).

        Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. (untuk mencacatkannya). Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan gedung-gedung pakaian.

        Dr. Amarah dalam fatwanya berkata, hukum syarak tentang hak pemilikan patung adalah merujuk kepada al-Quran. Pertama, patung dianggap termasuk daripada nikmat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman. Patung pada zaman Nabi Sulaiman tidak disembah dan tidak dianggap berbahaya terhadap akidah tauhid.

        Allah berfirman: Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba’34: 12-13)

        Kedua, patung yang dianggap berhala yang disembah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan zaman nabi-nabi lain. Pada zaman-zaman ini patung dimusnahkan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu kata Dr. Amarah, hukum mengenai patung adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Apakah ia merupakan hiasan yang termasuk daripada nikmat Allah ataupun ia merupakan sembahan seperti berhala?

        Menurut Dr. Amarah, seorang ulama dari Mazhab Maliki, Imam Ahmad Idris al-Qarafi, merupakan seorang yang pandai mengukir patung untuk kegunaan raja. Beliau mencipta patung yang menggunakan teknik pembakaran lilin bertujuan untuk mengejutkan raja ketika azan subuh.

        Secara dasarnya, ulama bersepakat bahawa patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.

        0

        0
      • Anonymous says:

        meknah, tu bukan pelamin, tu buaian, klu letak teddy bear dlm baby cot atau di bilik kanak2 dikira perhiasan kah atau permainan kah?

        hukum hakam ni kene bnyk belajar, kene bnyk membaca, bukan setakat cukup belajar pendidikan islam form 5. jgn cepat menjatuhkan haram pd bende2 yg kita x pasti, rujuk dgn pakar dulu.

        pak oih, sila check ceramah ustaz kazim tentang hukum mempunyai anak patung utk mereka yg sudah akhil baligh.

        0

        0
    • wooney rooney boney M says:

      mane si aminah ni? lambat tul die nk ckp 1st, kang meroyan lg sbb xdpt 1st, kang kuar la citer die bru blk masjid solat dhuha la, solat tahajjud kul 10pg la. hak3. APTB~!! kbai~

      0

      0
      • wooney rooney boney M says:

        lupe lak, TAHNIAH bg NARA. comelnye si aariz. mcm papa nyer. #kchow~

        0

        0
      • Anonymous says:

        wooney rooney boney 4rd…. hahahhahahahhahahhahahhaha.. bangang jer ko!

        0

        0
      • Anonymous says:

        alaaa tersalah tulis, ape la sgt 4rd tu, over sgt kutuk org ko niiiiii…

        0

        0
      • wooney rooney boney M says:

        ko meroyan ape anon? gile sedih~!!

        0

        0
      • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

        minah jambu suka ngan anak patong…..bila tido minah jambu pelok anak patong…..bis tkda mateair nk pelok….pelok anak patong pn jadi lah…..

        0

        0
    • KK vogue says:

      untunglaaa amik planner yg same dgn irma hasmie mase tunang…. kekekekeke

      0

      0
    • mamee monster says:

      tahniah nara…saya faham perasaan anda sebagai parent….mmg happy tu agak over skit…lantak la…janji xkaco org…

      0

      0
    • Cik Ketom says:

      Alamak kat rumah Cik Ketom ada banyak perhiasan ANGRY BIRD… macamana ni? Bantal busuk Cik Ketom pun ANGRY BIRD

      0

      0
      • Anonymous says:

        x silap saya kalau patung tu hanya sampai kepala sahaja @ x termasuk dada xpe(ada ustaz ckp)…sbb kalau sampai dada dikira mcm boleh bernyawa…takut tendency utk dipuja2 tinggi…

        0

        0
    • blitzenius says:

      biarpun saya terlewat, let me just say tahniah abang nara :)

      0

      0
  2. Eee says:

    1st…

    0

    0
  3. Baby says:

    super cute..!!!

    0

    0
  4. amirnawawi says:

    Wah, meriahnyer…

    0

    0
  5. gambar buaian lebih byk dr gmbr ank abg nara….
    motif abg nara sebenarnya nak promote buaian eaaaaa….hehehe

    0

    0
  6. Anonymous says:

    semua pun comeeeyyy!! baby Aariz bulat..geram tengok..

    0

    0
  7. anuar says:

    tahniah buat abg nara …………. moga terus maju kerjaya blogger

    0

    0
  8. ain says:

    ala.. bestnya ada anak
    ya Allah.. aku nak kawen
    aku nak anak!
    huhu

    0

    0
  9. Anonymous says:

    sori ye abg nara..cntik mmg cntik tp pengaruh barat tu ada..hmm..majlis aqiqah la plak

    0

    0
    • Anonymous says:

      kat barat xde org islam ke? tang mana kebaratannye?

      0

      0
      • miss prihatin says:

        yg pasti tak berapa islamik. Niat kena betul masa buat akikah tu. Tak perlulah nak berlebih2 sangat nampak macam nak menunjuk2 pulak. Tapi itulah realitinya masyarakat melayu kita sekarang ni…semuanya nak buat terover2…yg wajibnya buat kenduri akikah or sedekahkan sembelihan akikah kat jiran2 terdekat. Tak adalah pulak nampak kendurinya. Yg diuploadkan gambar buaian. Bukan nak menunjuk2 ke tu?sorry kalau terasa…just my personal observation.

        0

        0
      • Anonymous says:

        kita ni kan, klu hati baik, kita x mengata org tu riak, menunjuk2 etc.. cuba kita berhati baik. dah dia mampu, and ade org sponsor, ape salahnye. penyakit hati ni boleh dibendung dgn memperbnykkan berzikir. cubalah.

        0

        0
    • Prihatin ke ko? says:

      Miss Prihatin, apa yang ko kata aqiqah dia ni over sangat? Dah tentu la dia letak gambar buaian semua tu sebab nak promote bisnes orang. Dia tak letak gambar orang tengah sedap melantak makanan tu ko ingat dia takde buat jamuan makan ke? Akai ada?

      0

      0
      • miss prihatin says:

        alhamdulillah otak aku masih function…and tak rugi pun kalau nak tegur biarlah beradap sikit. Aku just sekadar melontarkan pendapat aku. Aku tak kata dia riak cuma lain org lain tafsirannya. Yes maybe gambar tu utk promote business org and at the same time promoting the so called new trend for akikah.yg aku nak highlight kat sini berhati2lah dlm melaksanakan ibadah kita tu. walau mampu sekalipun, buatlah tapi tak perlu diwar2 sangat. peace.

        0

        0
      • Anonymous says:

        dia war2kan bersebab, sbb tu deal dia dgn org yg sponsor. susah la kau ni, abis iklan kat tv semua tu, semua kira riak ke?

        0

        0
      • miss hipokrik says:

        miss prihatin,orang sponsor, amik je la, xyah hipokrik jadi bodoh bagai.. abg nara bersyukur org dh bagi xyah nak dungu sgt.. xyah panjang lebar, hipokrik membodohkan diri yg sudah bodoh..

        0

        0
  10. Prince Noob says:

    aariz… aaron + aziz ke?

    0

    0
  11. GURL says:

    nape saya tengok pica bby tak banyak…. yg banyak pica buaian tu & aksesori nyee jew lebih…. nee majlis akikah anak kew iklan buaian tuk d sewa…. hehheee sowly, apa2 pom semoga bby tu jd anak yg soleh… amin

    0

    0
    • tott says:

      laaa bkn ker abg nara mmg tgh promote hasil keje planner2 dier tuh…kang duk tayang gamba anak sebuk kate tknampak pon hasil kerje…

      0

      0
  12. hambaNYA says:

    org skrg suka melebih-lebih..kos prsiapan sumer tu dh brapa..ribu2 pn sanggup brhabis….sbb nk mnunjuk2 ke? kalo org minta derma, RM5 pn takut nk hulur..brsederhana je la….yg untungnya Event Planner jgk…

    0

    0
    • Leha says:

      Kendian anak bila dewasa tah apa jadi…kuikui.
      (ni ada la satgi org ckp aku doakan yg bkn2)

      0

      0
      • Anonymous says:

        ape ye mak ayah ko buat dulu eh leha? dh besar suka mngata org? mesti ade dosa2 lampau diorg menjadikan kamu mcm ni..

        0

        0
    • tott says:

      klo dh smue nye tknk wat aper2…tkde ler keje n duit si event planner…cit tkde duit jgn byk bunyi

      0

      0
    • aku disini says:

      yg tak kasi derma kow.. xyah cakap org lain.. orang lain mampuko xyah nak dengki, awak tu miskin diam..

      0

      0
    • aquaria says:

      membazir2… membazir sahabat syaitan.. bersederhanalah..lebih baik duit yg digunakn utk perhiasan tu disedekah pada yg fakir…

      mcm org duk troll pasal no plet…WWW..tp tu figure 500k org nmpk..benda kecik2 mcm ni tp membazir org tak nmpk… sama jek..kecik besar..membazir tetap membazir…

      0

      0
  13. misswuteva says:

    nama nak mcm aaron aziz je.

    0

    0
  14. Cik Ain says:

    Cantik rumah abg nara. :)

    0

    0
  15. Cik Ain says:

    Cantik rumah Abg Nara :)

    0

    0
  16. irmaa zulaikha says:

    Congrats Abg Nara… semua baby comel coz ia adalah anugerah Allah yang paling besar n bermakna. Moga permata hati abg nara n wife menjadi insan yang beriman dan kebanggaan ibu bapa. Amin :)

    0

    0
  17. ika says:

    Baju baby nara Trudy and Teddy ke,,,memang comel baju2 tu,

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Mungkin dah satu trend org sekarang buat majlis aqiqah macam majlis org nikah. majlis btunang mcm majlis kawin. Rasanya macam membazir pulak tapi entahlah… mungkin lebih elok kalau yg mcm membazir tu kita salurkan kpd org2 miskin yg dpt makan sehari sekali je. Tapi bak kata org2 sekarang kalau mampu apa salahnya

    0

    0
  19. Sshh says:

    cantik la pelamin buaian dia…ank abg nara pn comell..mama dia mana..x ad kt gambr pn..bagi la gmbr masa cukur jambul n masa wife abg nara pegang ank abg nara..ni x gmbr buaian lak y lbh..

    0

    0
  20. zeze says:

    yg mengutuk2 n syik nk kondem kat ats ni,,sume mmg dengki memanjang,,dah org mampu,,buatla grand skit kn,,name pn ank first!!kalo korng mampu,,mesti wt bende smela,,smue parents nk yg da best & most expensive things for their children..suke ati abg nara nk wt cmne pn,,ank die n $ die..ko hado???!!

    ukur bj di bdn sendiri,,kalau x mampu,,xyah wt pelamin bagai…gendong je baby sendiri smpi bis majlis..xpn ltak kt buai spring tu kn..pas2 pkikn baby bj murah2 je..jgn jemput rmi org..kang membazir plak…kalo mmg xmampu,,xyah wt lngsung,,xwajib pn,,,pas2 jgn sebok plak nk kondem majlis org

    anyway congratulation abg nara n wife..pelamin aqiqah tu sgt cute…

    0

    0
    • Sokong Zeze says:

      betul tu..saya sokong kamu…yang asyik condemn tu semua dengki jer…suruh sedekah dekat yang memerlukan lah apa lah…macam lah sebelum nih si Nara nih tak pernah sedekah dekat orang miskin…kan Zeze :-)

      0

      0
  21. Kurus says:

    ya rabi
    selama ini ingatkan anak abang nara ni pompuan…

    tahniahlah abang nara atas majlis yg ceria n macho…ikikiki

    0

    0
  22. Observer says:

    Bosan! Banyak sangat ustazah2 and ustaz2 yang perasan diorang tahu sume benda… kalau baik sangat, tak payah bukak blog gossip, semata2 nak cari silap orang pastu nak post hukum2 yang diorang sendiri main cedok tang google.

    Majlis BERENDOI JE PONNNN! Bukan Majlis menari tiang!

    Tah pape!

    0

    0
  23. Anonymous says:

    semua org ada opinion masing2. tapi it is not fair bila tegur sikit terus dicop iri hati. teguran ni just nak mengingatkan sesama muslim supaya jangan terikut2 sangat dengan trend2 dlm masyarakat kita sekarang ni yg sometimes lari dari roh islam itu sendiri. takut nanti bila nak buat akikah dah kena prepare budget lebih utk benda2 yg tak diperlukan. Inilah yg dah berlaku dengan masjlis kawin. ada setengah tempat tu dah jadi kemestian utk bagi ole2 buat tetamu, bukan setakat bunga telur. kalau tak bagi masyarakat setempat mengata pula. ends up budget kawin kena prepare extra punya…so jadilah phenomena kawin lambat sebab tak cukup duit utk majlis kawin. banyak sangat unnecessary cost yg dah jadi norm in the malay society.

    0

    0
    • Anonymous says:

      buat la sekadar yg mampu, klu mampu buat, klu x, jgn. dan klu kita mampu, jgn la kita mengondem org yg mampu pula. itu motifnya. tiada apa yg perlu ditegur sbb asasnya di sini, ukur baju di badan sendiri ok.

      0

      0
  24. Reena says:

    “Tahukah anda, selepas anda memiliki anak sendiri, anak anda secara automatik akan menjadi bayi yang paling cute sekali di dunia ini? Mungkin ramai yang tak faham perasaan ini, tetapi Abang Nara percaya semua ibu bapa di luar sana mempunyai perasaan yang serupa dengan Abang Nara. Tak gitu?”

    Tak jugak..sebab lain parents lain sentiment. Kalo kita bajet anak kita comel, kita kena ingat ada org lain yg anak dorang jauh lebih comel..yg penting sihat dan cukup sifat sudaaahh..

    0

    0
    • Anonymous says:

      sian anak ko, sbb ko slalu comparekan anak org lain lg comel dr anak ko.. isk isk iskk… aku setuju ngan nara, bila ade anak sendiri, mmganak kita la yg plg comel dlm dunia.

      ke ko xde anak?

      0

      0
      • soon to have a 2nd baby says:

        emm, saya rasa saya faham maksud Reena tu..
        bab rasa anak comel ni.. mmg setiap parents akan rasa anak dia comel : fizikal & tingkah laku..
        tp yg kurang sedap di dgr/di baca.. apabila some parents yg terlalu obsess bercerita/memuji anak mcm anak dia sorg je yg bagus.. itu saja..
        nak puji ke bercerita ke boleh.. tp berpada2 la.. jgn sampai timbul riak smpi lupa diri.. kang Allah tarik nikmat tu, kuar air mata darah pon xde guna.. baik simpan rasa bersyukur dpt anak comel dlm hati je & mintak agar hidup anak kita dirahmati Allah & dipelihara dr musibah2..

        just my 20cent

        0

        0
      • Anonymous says:

        apa kata kita bersihkan hati dan berhenti bersangka buruk pada org, klu betul pun die membangga2kan anak sendiri, itu hak dia, jika anda rs x suka, jgn baca.. kdg2 pelik kenapa manusia suka cari dosa instead of mengelak dr buat dosa. org tu membangga anak die x dpt doa, kita yg duk mengata ni free je berdosa.

        0

        0
  25. siti says:

    BUDAYA DAN NILAI HIDUP BARAT ADALAH SEPERTI SEBUAH KAPAL YANG SEDANG TENGGELAM DAN UMAT ISLAM SEDANG BEREBUT-REBUT MEMBELI TIKET UNTUK MENAIKINYA – CAT STEVEN@YUSUF ISLAM

    0

    0
  26. Anonymous says:

    whatalovelywedding ni mahal betul quotationnye

    0

    0
  27. nurul says:

    whatalovelywedding ni mahal la quotationnye…org2 loaded2 boleh kot..org biase2 ni tak mampu

    0

    0
  28. Azydy says:

    haha..dah terkena.. selalu kenakan orang.. begutlah hidup di dunia ni..sekejap di atas sekejap di bawah.. kita tak bolehpun nak puaskan hati semua orang..

    0

    0
  29. Aku~makcikyghot!! says:

    Wei..wei.. Geli geleman la byk nooo kondem atas2ni!! Ni blog dia, anak dia, majlis dia, duit dia.. Sukahati encik nara ni la!! Eiii…. Busuk hati tul la! X maju2!!!

    0

    0
  30. adrianne says:

    tahniah nara… betul tu nara, kalau dah ada anak sendiri, anak kita la yg paling comel.

    0

    0
  31. kuyom says:

    abg nara nie orang kaya rupanya…tgk rumah dengan siling pun dah tahu dah

    0

    0
  32. tukang ajar budak says:

    kepada pengomen2 yg mungkin budak tingkatan satu yg belum baligh atau mmg mental mcm budak form 1, ini namanya bisnes, dh mmg kerja nara…this is what he’s doing for living ok..dia promote planner tuh, dia dapat percuma semua, korg ingat murah nak buat semua tuh, soal nak menunjuk2 ke ape, kita jgn persoalkan, hati masing2 Allah jer yg tahu..tp setiap parents nak yg terbaik utk anak masing2, percayalah..contohnya aku ni berkenan sgt dgn tshirt baby guess utk anak aku, tp sayang nak beli mahal2, pastu ada org nak sponsor bg baju free suh aku tayang kt blog..haruslah aku rela sambil senyum sepuas hati..ada faham??

    0

    0
  33. yoyu says:

    lg cntik kalau xda bear bear semua itu…

    0

    0
  34. NFI says:

    Abang Nara,
    Bertuah Abg Nara..Cantik perancangan Allah untuk kehidupan Abg Nara..serba serbi sempurna..Mula2 kawin.dapat isteri cantik..tak lama lepas tu isteri mengandung..next dapat baby…Tapi tak semua insan berpeluang menikmati perancangan yg sangat teratur sebagaimana yg Abg Nara lalaui..Misalan saya..lama berkahwin tp tidak ada rezeki menimang cahaya mata…serius sy sgt cemburu melihat2 org2 mcm abg nara yg terlalu excited ‘menayang’ isteri mengandung dan anak..Mcm dalam FB tu..Pesanan saya abg Nara..jgnla terlalu excited dgn apa yg kita miliki..bila kita sempurna,tgk2la kt bawah insan2 yg kurang sempurna..fikir perasaan org lain..yg tak kawin2..yg takda anak wlpun dah bertahun2 kawin.sebenarnye spesis mcm abg nara ni memang banyak dalam masyarakat kita..hati2 ye Abg Nara..apa yg penting didik anak dengan sempurna dunia dan akhirat:P

    0

    0
    • Anonymous says:

      sy nasihatkan anda bnyk2 beristighfar, berzikir, supaya anda bersih dr perasaan cemburu dan iri hati, ni penyakit hati, akibatnye nnt bleh makan diri. cuba bwk2 belajar berkongsi kegembiraan, mana la tau kot2 satu hari sbb kita hati baik, kita pun dikurniakan rezeki yg sama.

      0

      0
  35. nara perasan says:

    nara…anak ko tak kiut ponnnnnnnn… -.-

    0

    0
  36. […] Ala sebut sebab cerita majlis berendoi baby En. Nara yang berlangsung hari tu. Kalau nak baca boleh baca kat sini. […]

    0

    0
  37. julia says:

    Tahniah bang nara..
    Saya jeles juga ni..
    Hehe..
    Semoga berbahagia..=)

    0

    0
  38. anak angkat bang nara says:

    tahniah bang nara….tok sah dok heran mulut org yg dok mengata..

    0

    0
  39. Anonymous says:

    alah kalau bang nara buat amal jariah pun x kan dia nak publish kat blog dia…nnti ada lagi org mengata bukan2….menunjuk2 lah, x ikhlas la….mana kita tau yg dia ada sedekah ke tak…mana tau kan…kita hanya tau mengata…cuba tya balik kat diri sendiri, adakah kita sudah bersedekah…

    0

    0