Written by Bella | June 6th, 2017

Mahu menerbitkan sebuah drama bagi mengenangkan arwah anaknya Memen, bekas penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar menerima pelbagai komen yang mempertikaikan keputusannya itu. Mereka menuduh Linda tidak boleh meneruskan hidup dan redha dengan ketentuan takdir buat arwah anaknya itu.

Bukan saya tak boleh ‘move on’ dari kesedihan tetapi mewakili insan yang pernah kehilangan orang tersayang, saya terpanggil untuk berkongsi rasa dan mahu mereka lebih kuat menempuh hari-hari mendatang menerusi drama ini.

Saya berharap selepas ini orang akan tahu tujuan saya menerbitkan drama ini bukan untuk terus meratap pemergian arwah seperti yang diperkatakan, sebaliknya mahu berkongsi bagaimana saya mula mendapat kekuatan menempuh hari-hari tanpa insan tersayang yang pergi secara tiba-tiba.

Mahu seorang pelakon yang mampu menyelami watak anaknya dengan lebih realistik, Linda sendiri akan turun padang dan mengetuai sesi uji bakat untuk memilih pelakon yang mempunyai persamaan dengan arwah anaknya.

Arwah Memen atau nama sebenarnya Rezaiman Keifli menghidap ketumbuhan kronik di dalam perut sebelum meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

Sumber Berita : mStar Online

34 responses to Mahu Terbitkan Drama Tentang Arwah Anak : Linda Rafar Dituduh Tidak Boleh “Move On”

  1. Kak Salasiah says:

    ibu mana x sayang anak…mesti teringat2.
    yg cakap x boleh move on the pernah merasa. kalau diberi pilihan diri ni dengan anak.. apapun anak dulu. sanggup gadai nyawa utk anak. itu lah.. ibu.

    69

    0
    • Anonymous says:

      i setuju. kalu cepat2 move on tu bukan ibu namanya na. itu robot.
      kenangan utk anak dia je kut.. bukan anak ikan atau kekasih.

      29

      0
      • LOL says:

        jgn mcm neelopah buat bideo…true love katanya.

        4

        0
        • Anonymous says:

          saya nak tujukn lagu ni pada anda semua yg telah kehilangan org yg tersayang. semoga dia tenang disana dan kehidupan kita harus diteruskan. jadikan kenangan2 indah bersama dia sebagai ingatan kasih dan sayang kita pada dia. lagu ni selalu aku dengar ketika aku ingt saat2 bersama arwah bapa saya.

          3

          0
        • Anonymous says:

          masyaallah ,,sedap nya sore shila amzah!!!!

          2

          0
        • AA says:

          syok nya lagu ni….daaaappppp!

          1

          0
        • Mira Faloza says:

          bukan tak boleh move on tapi job takde. tu yg create job sendiri. lps tu nak rating tinggi guna arwah anak. hmmm.. majlis birthday buat besar-besaran. buat tahlil pun nak minta sponsor. alahaaiii artis malaysia.

          0

          4
    • Miss Unibes says:

      Ni pun nak jadi isu ke? Biarlah dia nak buat drama tentang anak dia. Dia tak move on pun biarlah. Benda mcmni makan masa nak lupakan. Lagi anak sendiri ibu mana nak lupa mcmtu je? Bangsat betul yg kata LR takleh move on.

      22

      0
    • Anonymous says:

      betul tu…sedangkan saya pernah kehilangan adik yang sgt2 close dengan saya punnnn masih terasa sampai laaa ni..wlpun sudah 12 tahun tragedi berlaku tapi asal terlintas teringat arwah x semena2 air mata mengalir…ini kan anak…Allahurabbi berat hati sang ibu untuk menghadapinya kan

      22

      0
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      walau pon linda sedang bersedih m,ake up tetap tebal…sabar aje la linda dn banyak berdoa untok anak tersayang…semoga syurga lah untok nye…

      2

      0
  2. Anonymous says:

    org yg ckp xleh move on tu sbnrnya hati keras..hati batu. kalu korang ada anak korg kan paham perasaan dia. senang2 je cakap suruh move on..anak 9 buln dr perut sendiri kot bukan anak tekak.

    23

    0
  3. fromthe_truestory says:

    drama “from thetruestory”…mgkn akan mndpt smbutn dri penonton, lebih2 lagi jika si mak yg bawa watak ibu…mesti punyalh..x kn nk amek prg lain..betul x, tapi boleh dpt ke cari “rupa” mcm sebiji arwah….rasanya….kalau x ada kt M’sia…kena laburkan duitlh dn kena cari gak ke seberang sana., bila drama dpt sambutan maka “kuarga dia gk senang”…betul x.

    2

    0
  4. Vie says:

    dia kebas duit korang ke nk buat movie? biar je lah…

    7

    0
  5. belacan says:

    dulu aku lama mejanda dlm 17 thn, aku dh lama “move on” gn bkas laki, dlm masa 17 tahun tu bkas suami dh lama honeymooon gn bini dia, tetiba satu hari, dpt tau aku blum kawen lgi, dia nk berbalik semula gn aku, oh rupanyer suami tak leh “move on’ dgn aku, sbb apa aku tau…sbb bini dia dh menopuse. Masa aku kawen..umur 21, suami 27. Ceraikn aku masa umur 22 thn, sbb nk kwen gn andartu umur 38…kalau di hitung masa skrg, bini dia dh umur 65 tahun dn epf diapun dh habis, suami 50…aku masih muda.
    dn skrg aku dpt lki muda sikit dri aku..padan muka bekas suami aku.

    13

    1
    • IpMan says:

      Kak, honestly im proud of u. But istilah “move on” utk akak n kak linda berbeza.
      Anyway, sya terhibur dgn komen kakak, semoga akak berbahagia disamping suami baru.
      Selamat berpuasa. Peace.

      7

      0
  6. Anonymous says:

    sy penah rasa kehilangan anak…wlaupun dh 12 tahun… masa tu umur dia bru 20 hari…
    ni dia dh jaga lama…of coz tak boleh lupa
    sy yang sekejap pun x blh move on…ni kan dia….
    tak rasa jangan cakap…

    12

    0
  7. cik green says:

    u ask a mother to ‘move on’ from her memories with her son??crazy la.. until death pun ibu x kan lupa anak dia. kasih sayang x kan pudar weh.

    16

    0
  8. ain suzana says:

    tak move on pun takpe…bukan dia kacau sesapa. Alfatihah buat arwah memen

    6

    0
  9. Anonymous says:

    Ko ingat senang nk lupa anak dh tkde?
    Kalau die ckp nk terbitkan drama kes fattah ngn lofa ye lah bangang
    Ni psl ank die kot…bodoh sape yg suruh move on tu

    4

    0
  10. Aida Musa says:

    move on? .. apa maksud move on? anak dia meninggal sakit kronik. sampai mati pun dia memang tak patut move on .. sesedap mulut saja yang bercakap nih! ..
    takpe, aku doa kan kau lebih tenang and redha Linda .. god bless you & family .. insyallah ..

    9

    0
  11. Anonymous says:

    sedih pulak topik ni… :(

    1

    0
  12. Anonymous says:

    Sapa yg suruh mve on utk benda2 mcm gini?? Pada aku kalau hilang orang tersayang takkan punya blh move on. Lagi2 anak, mak, pak, adik bradik, suami. Redha mmg redha dgn ketentuan Nya, tapi tetap kekal abadi dlm ingatan. Tak swlah kot apa dia buat tu.

    4

    0
  13. greenfingers says:

    Igt mcm cerai ngan laki ka move on, move on ni. Walaupun aku xpnh berada kat tmpt Linda, tp aku dpt bayangkan perasaan dia n kenapa dia nk buat movie psl anak dia. Mungkin movie ni saja dpt jadi kenang-kenangan utk dia n family n something yg dia nk share ngan masyarakat mcm mana nk hadapi situasi mcm tu. Redha tu mmg redha, tp hati sorg ibu smpi bila2 akan pedih bila teringatkan anak sndiri. Inikan pula dia sndiri yg saksikan mcm mana anak dia hadapi hari2 terakhir, kata2 terakhir, mmg Allah, dugaan berat tu.

    3

    0
  14. memen anak syurga says:

    bagus la kt komen ni masih banyak yg rasional waalupun ada segelintir yang bodow piang. Ada pulak move on? ko ingat ni kes cerai ke nak move on? anak tu. Sape yg x pernah duduk tempat dia x berhak bagi komen.

    3

    0
  15. memen anak syurga says:

    bagus la kt komen ni masih banyak yg rasional walaupun ada segelintir yang bodow piang. Ada pulak move on? ko ingat ni kes cerai ke nak move on? anak tu. Sape yg x pernah duduk tempat dia x berhak bagi komen.

    0

    0
  16. popper98 says:

    laaa..apa salahnya pun kalau dia terbit drama psl arwah anak? mengada la nak kecam2 tak move on bagai..dah linda ni keluarga dia penerbit, suka hati la nak terbuitkan apa pun..yg penting balik modal/untung..kalau olahan ceritanya menarik, pelakon bagus, yes please do so..apa nak heran mulut org..

    1

    0
  17. anon says:

    Putus cinta, blh lah move on, kematian anak nak move on mcm mana. Org2 yg mengutuk dia tu tak pernah kematian anak agaknya. Anak adalah anugerah terbesar, seorg ibu sanggup gadai nyawa kerana seorg anak. Bagi aku, benda lain blh hilang dlm dunia tapi jgn hilang anak.
    Jiran aku kat kampung dulu sampai jadi tak betul selama setahun selepas anak dia meninggal. Lama2 baru dia ok. Penderitaan seorg ibu takde siapa yg tau. Hari2 duk cium baju anak sambil menangis, berbulan2, bertahun2.

    3

    0
  18. bob says:

    setuju k.linda…agar bleh jd kekuatan pd ibu2 yg lain…

    1

    0
  19. Joy Aries says:

    alahai biarlah dia nk terbit drama psl anak dia. Ibu mana x sygkan anak weyh,kekasih bleh ditukar ganti tp anak tu adalah satu anugerah yg x ternilai dan tidak bleh diganti dgn apa2 pun.Pemikiran org Malaysia ni sempit lah.

    1

    0
  20. Bell says:

    The ironic thing about loss is that it stays, no?

    0

    0

Leave a Comment

Optional