Written by Bella | October 20th, 2016

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tanggal 18 Oktober lepas telah menolak saman yang dikemukan oleh penulis novel popular, Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari terhadap Grup Buku Karangkraf dan syarikat penerbitan filem Tarantella Pictures tahun lepas.

Sekitar bulan Februari tahun lepas, Fauziah telah mendakwa pihak Grup Karangkraf dan Tarantella Pictures tidak meminta beliau sebarang kebenaran untuk mengadaptasi novel tersebut kepada filem sedangkan beliau adalah pemilik hak cipta karya Ombak Rindu.

Fauziah juga mendakwa jalan cerita Ombak Rindu telah diubahsuai tanpa kebenaran bliau juga.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak saman Fauziah selaku plaintif atas alasan plaintif telah menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Grup Buku Karangkraf yang ketika itu dikenali sebagai Alaf 21 Sdn Bhd.

Amelia turut memerintahkan Fauziah membayar kos RM40,000 kepada Grup Buku Karangkraf dan Tarantella Pictures Sdn Bhd masing-masing selaku defendan pertama dan kedua.

Melalui perjanjian yang ditandatangani oleh Fauziah dengan Alaf 21 pada 2002, Fauziah sebenarnya telah menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Alaf 21.

Mahkamah juga memutuskan berdasarkan perjanjian tersebut, Alaf 21 mempunyai hak mutlak untuk mengedit, menerbitkan dan menjual karya tersebut dalam apa juga bentuk, termasuk memberikan kebenaran kepada Tarantella Pictures untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, pada 2002 Fauziah menandatangani perjanjian dengan Alaf 21 berkenaan karya Ombak Rindu.

Alaf 21 Sdn Bhd pada tahun yang sama menerbitkan buku Ombak Rindu sebelum memberikan kebenaran kepada Tarantella Pictures (M) Sdn Bhd untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem pada tahun 2009.

Filem Ombak Rindu ditayangkan di pawagam sekitar Disember 2011 dan dibintangi pelakon hebat Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani. Filem itu  mendapat kutipan hampir RM10 juta.

Sumber Berita : Astro Gempak

23 responses to Mahkamah Tolak Saman Novelis Ombak Rindu

  1. lobakungu says:

    Terbit sendiri senang cerita.

    2

    0
  2. think says:

    Lain kali sblm sign agreement baca btol2..Tak faham kena tanya..Bila dh sign agreement, manuskrip mmg dh jadi hak cipta publisher..Ada penulis manuskrip bayar lumpsum, dok meroyan claim royalti..#editor+penulis

    36

    0
  3. Malu2 says:

    HAHAHAHAHAHAHAHA

    4

    1
  4. A. Maniammuthu says:

    Aiyo tadak baca contract before sign ka?

    15

    0
  5. Ryna says:

    That fine prints yang selalu orang malas nak baca.

    15

    0
  6. rozita says:

    terus terang aku rasa ömbak rindu citer sampah
    hero tu perogol, langgan GRO
    tetiba jadi malaikat
    Apa effect pada remaja?
    diorang akan pikir, oh kita “main2” takpa, asal hati baik
    puih!

    67

    0
  7. takde Ombak says:

    ku sangka kan seorgang penulis msti rajin menulis & membaca tp terbukti penulis ni seorg yg malas membaca..sain je rajin mate nmpk duit jer…nsib ko la kak pojia

    15

    0
    • lynn says:

      penulis rajin baca karya sendiri je

      6

      0
    • cilimanis says:

      kritik biar berasas…seorang penulis lazimnya memang seorang yg rajin dan membaca…kalau tidak tak mungkin dia boleh siapkan naskhah-naskhah novel…semua tu menuntur kerajinan dan tekad…..kalau tak tau cerita sebenar, tak perlulah nk pertikaikan…tak semua yg kita baca tu, the truth..

      5

      5
  8. yo says:

    x pasal2 terbang 40k

    22

    0
  9. ong bak says:

    sndiri yg sign, sndiri yg meroyan??

    9

    0
  10. X says:

    Filem kisah kemaruk celah kangkangSudah2 la

    5

    0
  11. Ngeee says:

    Skrg klu dlm mhkmah..mncuri atau merompak tidak akn d brikn sbrang hukuman.jd klu rsa dri anda d rompak ,pkir lh 2-3 kli sblm nk report atau saman.sbb hnya di mlaysia sj..u cn do everything.

    5

    4
    • jibai mahkamah JIBBY says:

      malaysiakan ,undang2 n mahkamah akan terlalu lebihkan facts bodoh cam…dah sign..sapa suruh x baca…kompeni besar mesti akan menang…yg di tipu ni…kene lak kalau org miskin yg x cerdik etc, lagi la akan diguna gunakan pnye..

      patut kasi jek win win situation.. cam kes camni…over sangat nk protect sebelah pihak walaupun mmg btol pn dia sign…tp kalau di beri lagi beberapa puluh ribu kepada penulis asal tu…syarikat tu still untung banyak jugak pn…tamak btol

      7

      3
  12. seri melur says:

    ksian plak… sbb nk duit..last2 diri sdiri yg ilang 40k sbb x baca kntrak…

    4

    1
  13. melati says:

    Alhamdullilah , tak pernah tgk pun citer ni , walaupun 541 x tayang kt Astro….!!! kikiki

    5

    0
  14. ayop al-muhajirin says:

    Undang2 tetap undang2 namun pihak yg mengatur undang2 juga perlu ada budi bicara dlm menjalankannya. Penulis tu mungkin bersalah sbb dia sendiri tak faham pada kontrak yg telah dia tanda tangani namun menjatuhkan hukuman suruh dia bayar kos sebanyak RM40K tu rasanya tak adil dan tak relevan langsung. Sudahlah karya dia sendiri terlepas buta kpd org lain pastu siap kena denda lagi…. mmg sadis sungguh.

    4

    1
  15. Khatija Haron says:

    Org melayu bodoh nak cepat kaya amik duit org mcm nilah..padan muka..lain kali.buat agreement mcm penulis harry potter…

    0

    0
  16. anon says:

    Hmm….tak pernah nak baca novel2 bodoh mcm ni or tengok filem dia. Buang masa je..Hmm…by the way, aaron duk rapat2 /berpelok dgn maya tu, selesa ke, kan maya ni berbau busuk…..uweeek..

    4

    0
  17. mek says:

    sabar je la,jadikan pengajaran,
    undang2 tetap undang,bila sudah ada hitam putih sign surat perjanjian,sudah x boleh nak cakap apa,hakim makan gaji,so kena la bayar,

    0

    0