Written by Bella | April 12th, 2016

Mahkamah Rendah Syariah Petaling semalam telah membenarkan permohonan nusyuz yang difailkan oleh pelakon Ezany Nizariff terhadap isterinya, Lizda Nuryanti.

Keputusan itu dibuat oleh  Hakim Syarie, Mohd Azlan Mohd Azhar, selepas membenarkan permohonan nusyuz (perintah kembli taat) di bawah Seksyen 61 (3)(b)(1)(i) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang dibuat Ezany selaku plaintif terhadap isterinya itu pada 22 Julai 2014.

Pihak mahkamah juga sudah meniliti serta berpuas hati dengan segala bukti dan keterangan yang diberikan oleh Ezany dimana beliau mendakwa Lizda telah keluar daripada rumah tanpa kebenaran beliau selain berlaku curang terhadap Ezany.

Dengan keputusan tersebut, Lizda tidak berhak untuk menerima sebarang nafkah daripada Ezany berkuatkuasa semalam sehinggalah saat beliau kembali taat dengan Ezany.

Selepas beberapa tahun turun naik mahkamah, Ezany meluahkan rasa syukur kerana kes ini berpihak kepada beliau. Namun, Ezany tidak mempunyai sebarang niat untuk bersatu semula dengan Lizda dan kini akan meneruskan pula proses perceraian.

Peluang untuk dia (Lizda) mempertahankan diri atas permohonan yang saya buat tidak digunakan sebaik-baiknya sebaliknya menghilangkan diri dan enggan memberikan kerjasama. Saya lega dengan keputusan dibuat mahkamah dan ia satu kemenangan buat saya.

Rumah tangga mereka mula bergolak apabila mengakui isterinya minta diceraikan sebelum Ezany terpaksa membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada Julai 2014.

Ezany ketika itu memberitahu beliau  tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari.

Ezany Nizariff dan Lizda Nuryanti berkahwin pada 1 Julai 2007 dan  dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hayden Harraz yang berusia  dan Rayyan Harraz.

Sumber Berita : mStar Online

1 responses to Mahkamah Sabitkan Isteri Ezany Nizariff Nusyuz

  1. nil says:

    next…

    meluat lerr

    0

    0