Written by AbangNara | January 26th, 2015

Akhirnya selepas turun naik mahkamah hampir 2 tahun, pihak mahkamah telah memutuskan yang Aidil Zafuan harus membayar RM3,000 sebulan kepada Rita Rudaini untuk nafkah anak-anak hasil perkahwinan mereka.

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling hari ini memerintahkan Aidil Zafuan Abdul Razak, membayar RM3,000 sebulan kepada bekas isterinya, pelakon, Rita Rudaini, sebagai nafkah anak- anaknya.

Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah membuat keputusan itu setelah meneliti tuntutan dan keterangan serta dokumen yang dikemukakan kedua dua pihak.

Mahkamah turut mengarahkan Aidil Zafuan membayar jumlah itu ke dalam akaun bank Maybank Rita Rudaini, 39, bermula Februari depan selewat- lewatnya 5 haribulan setiap bulan.

Selain itu, kedua- dua pihak plaintif dan defendan turut diperintahkan membayar kos.

rita rudaini

Dalam keputusannya, Abd Halim menolak tuntutan bayaran bagi susu, lampin pakai buang dan pengasuh.

“Keterangan plaintif (Rita Rudaini) tidak selari dengan dokumen yang dikemukakan,” katanya.

Abd Halim bagaimanapun bersetuju dengan plaintif bagi kos perubatan anak-anaknya.

“Walaupun defendan (Aidil Zafuan) dalam keterangannya memaklumkan bahawa beliau menyediakan kad perubatan dan akaun simpanan untuk anak- anak tersebut, namun ia tidak dibuktikan dengan sebarang dokumen,”katanya.

Mahkamah juga mendapati pemain bola sepak pasukan JDT itu tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membawa plaintif dan anak- anaknya tinggal bersama di rumah yang disediakan oleh majikannya.

“Itu menunjukkan defendan reda anak-anaknya tinggal bersama plaintif di rumah kelaminnya.

“Adalah menjadi kewajaran Aidil Zafuan untuk menyediakan rumah demi keselamatan mereka,” katanya.
rita rudainiRita Rudaini menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh, lampin pakai buang, tempat tinggal dan percutian.

Permohonan tersebut difailkan Rita Rudaini melalui peguamnya Datuk Zaidi Mohd Zain pada 8 November 2012 di sini.

Rita Rudaini hadir bersama ahli keluarganya manakala Aidil Zafuan ditemani peguamnya, Rushdan Sujak Rafee. Sumber Sinar Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

50 responses to Mahkamah Putuskan Aidil Zafuan Bayar RM3,000 Sebulan Kepada Rita Rudaini Sebagai Nafkan Anak-Anak

    • Ahkak Jemah says:

      3 ribu?? sikit tu..klou 10 ribu ckup la utk rita yg high claass tu..

      0

      0
      • nenek says:

        Rita memang high class ! mulut dan hati awak low class!

        0

        0
        • nenek ko rita ker says:

          aku ckp rita high class ko pulak sentap..jiwa er? duit 3000 skrg x spadan dgn taraf rita..anak rita mkn western food oii..blajar private school..kelas anak dato k tu..daddy diaorg stakat sepak bola,trkangkang la nk tngnung..demand la,alang2 sakit ati ye rita..org peluk tuan,ko peluk bayang..

          0

          0
        • nenek says:

          Awas awas datin semah, ada ‘saya perempuan’ psycho kat rotikayatu…dahlah psycho, bodoh lagi, mulut mcm longkang, kaum lelaki pun benci jijik

          0

          0
  1. MEE says:

    ap salahnye kalo rita tanggung skit2 kos percutian ank2…ank2 smae2 kn…harap2 aidil lebih bertanggungjawab..sume tutup buku lpas ni yeee..azam baru

    0

    0
    • HUHU says:

      Of coz lah Rita pun bayar kos percutian.. Yang dia tuntut dari Aidil ni kire untuk sama2 bayar la.. Ishh..

      0

      0
    • Wak Doyol English Hazab says:

      Macam aku tak percaya apa aku dengar ni.

      First, cuba ko bagi Adil tu jaga semua anak. Mau tak mau? Zarema kan feeling2 kawen dgn orang single. Kau ingat dia nak ada anak lagi dua orang? Dah sah2 dia pun mengandung lagi sorang.

      Kalau Rita bagi la anak2 tu semua kat Aidil, aku rasa sanggup Aidil tu bagi 10K agaknya sebab nak Rita yang jaga. Nak jenguk pun Zarema dah meroyan. Kena sorok2.

      3k?? Hahaha. Kau carik la mana2 budak kat Malaysia ni, kalau bapak gaji 20,000 takkan la anak tu nak hidup dengan 2,3 ribu sebulan. Orang gaji 6-7 ribu pun mak bapak usahakan yang terbaik. Ni sebab bini jaga, dia tau dah besar pun budak tu akan lebih baik dengan mak dia. Jadi tak mau la dia invest lebih2.

      Dan ketahui la, tanggungjawab carik nafkah tu bapak. Bukan Mak ye. Jadi kalau Mak dia tanak keluar satu sen pun Mak dia ada hak. Dah la menjaga dia sorang, belanja pun kongsi2 ke???

      Kat Malaysia ni bini semua kija sebab nak tolong laki, kalau laki gaji tinggi sikit semua bini sanggup berenti kije jaga anak. Ini Aidil, seorang bapak yang gaji besar tapi nak mintak discount??

      Bapak jenis apa la kau ni Aidil? Buat anak sana, buat anak sini..pastu keluar duit tanak. 3k sebulan tu lagi murah dari bag LV bini kau tu.

      0

      0
      • anak says:

        Parents aku bercerai dan nafkah yang ditentukan mahkamah pada 1998 adalah RM600 seorang anak (RM1800 total sebab 3 orang anak).. Gaji ayah aku waktu tu aku agak dalam RM4k – 5k lah kot.. Kot lah.. Sekrang 2015, ayah aku bergaji dah RM20k dan dia masih bayar RM600 seorang.. Mak aku tak pernah mintak lebih (which aku tak puas hati tp aku syg ayah aku), alasannya “eloklah lah tu ayah tak pernah miss bayar walau sebulan, ade lg bapak2 luar sana yg lgsg tak bayar ape”..

        Kesimpulan yg aku nak ckp, silalah perjuangkan RITA! Aku kesian tgk mak aku yg struggle bayar itu ini untuk kitorg adik beradik.. Ye, mak aku mampu.. tapi, ayah aku LAGII LEBIH PADA MAMPU.. Maka, aku tgk perjuangan rita ni sebagai mewakili ibu tunggal lain, termasuklah ibu aku.. Go RITA!

        *sebak*

        0

        0
      • Anonymous says:

        Betul tu saya so kong 110% kalo tak mampu jgn mengada nak ada girlfriend baru!

        0

        0
    • Anonymous says:

      sbb dia artis anak sama2..
      cuba kalo dia tu surirumah tgga x bkrja, ko nk suruh sp tanggung??bkn laki dia jgk ke??

      0

      0
  2. anon says:

    Elok la tu daripada duit tu membazir aje dgn majlis yg ntah ape2

    0

    0
    • Diva says:

      a’ah betul tu. elok sangat lah tu daripada duit tu membazir kepada majlis makan taik dalam lampin pakai buang. de meroyan crew jer yg sanggup makan taik! yer saya tau tu chocolate. takde bekas lain ker dijadikan tempat makan? bodoh betul otak de meroyan ni. low class!!

      0

      0
  3. minah jambu sayang nenek says:

    tkpe la rita dh sebanyak itu rezeki anak2 terima aje lah RM3ribu kire ok laaaa daripada RM300 lagi rabak tol tak rita …nanti anak2 u dh besar ha yg bahgia kan u bukan Nye si aidil tol takkk…lov u ritaaaaaaaaaa …!

    0

    0
  4. zietafus says:

    Alhamdulillah..amin
    akhirnye berjaye jugak
    ok la tu dr xdpt lansung..ye x

    0

    0
  5. eimza says:

    terima saja apa yg ada….nti tuntut lebih2 langsung xdpt pula…..RM3k tu dh kira cukup bagi 2 anak utk sebulan….

    0

    0
  6. upin & ipin says:

    Oklh tu dr xde langsung….peace…

    0

    0
  7. aku says:

    harap aidil patuhi arahan….. bukan boleh caya mamat tu…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Selalunya bila mahkamah dah tetapkan pun, si bapa buat tak tau je…dua tiga bulan bayarla . Lepas tu jangan harap la dapat especially macam orang yang liat nak bayar macam Aidil.

    0

    0
  9. Eyanti says:

    bila buat anak tak liat pulak memanjang keras aje tapi bila nak bayar nafkah liat la pulak, aduhhhhhhh

    0

    0
  10. ayu says:

    mmpu ke aidil nak bayar.. bini baru nak terberanak.. nk layan bini baru anak baru lagi.. anak lama wat bodo sudahh.. jantan tak guna!

    0

    0
  11. Biskut says:

    cukup la 3K tu rita. drpd takde apa2. bila anak2 dh besar nnti dorg tau juga sapa yg dh berpenat lelah jaga dorg slama ni. tak pyh nk dipanjangkan lagi kes ni. kesian anak2.

    0

    0
    • Anonymous says:

      kalau dia x pnjgkn kes igt nk dpt ke??
      sbb dia kesian kat anak la dia wat camtu~

      0

      0
  12. .... says:

    alhamdulillah…tahniah rita dan anak2 :)

    0

    0
  13. gigi betty says:

    lelame kau bgi bini kau mkn taik yg dlm pampers baby shower tu.. menyampah tgk bini kau dgn kau.. btw tahniah rita sbb tak pernah putus asa !

    0

    0
  14. Anon says:

    Harap Aidil blh byar la tiap bulan..tp kata la Aidil tak byar mcm mna?

    0

    0
    • asdfg says:

      mahkamah=perintah aidil bayo
      aidil=tak mboh bayo/tak ikut perintah mahkamah=menghina mahkamah
      rita=mintak perintah committal
      aidil=masuk dalam

      0

      0
  15. gugu gaga says:

    macam mana ea orang dah buat anak. lepas tu kawin baru. buat family baru.
    lupakan aja anak2 tu mcm xde pape?

    0

    0
    • Anonymous says:

      haah kan…sanggup kan.
      apa la punya laki!
      tabor benih nerata pastu blah mcm tu jer.
      minta2 anak zarema tu pompuan…pastu beranak lg pon pompuan jer.
      baru dia tau anak rita pewaris kuat si aidil ..semua harta akan jatuh jgk ke tagn anak2 lelaki dia …hahahaha!

      0

      0
  16. gugu gaga says:

    mcm mane ea orang boleh lupekan anak mcm tuh je. kawin baru. buat family baru. anak lama lupakan aja mcm tuh. boleh ke lupekan mcm tuh je mcm lupekan bf lama?

    0

    0
  17. paish says:

    kesiannya anak2..patut ayah yg bertanggungjawab (katenyeee) siap sedia bg tiap bulan @ bila2 perlu..ni sampai nk ‘disuruh’ mahkamah br nak bagi..mohon bertaubat!!!!

    0

    0
  18. Ibu says:

    Alhamdulillah ok tu dpt 3K, tak semua ibu2 yg buat tuntutan nafkah senang nak dapat, nak nak pulak kalau si bapa kerja gaji tak seberapa, kita ibu2 kena jugak usaha lebih sama, dlm kes rita untung suami berkemampuan, dia hanya perlu top up yg perlu aje

    0

    0
  19. afina says:

    Adakala saya tak paham nape org slh kan Rita..Salahkan dia mempertahankan hak anak-anak dia?..Bagi kaum wanita yg memburuk-burukkan dia lagi saya tak paham..Bila Kita bergelar ibu baru kita akan sedar semua tu…Bagi sesi hak dan nafkah ni lah…Yang lain2 saya x nak komen lah..

    0

    0
    • Anon says:

      yeah btol fina, aku pn xbrapa nk pham knpa ada golongan wanita sndri yg kondem bila Rita fight tuntut nafkah anak2 dia..wlu kaya mana pun Rita, dia tetap berhak tuntut bahagian anak dia drpd si bapa.

      0

      0
    • sue says:

      yang mengutuk Rita tu belum kahwin kot. Tak pernah merasa keluar duit untuk bayar makan susu pampers sekolah anak2. Bercakap memanglah senangkan! Dia orang ingat senang ke nak membina keluarga, menjaga amanah Allah.

      0

      0
  20. sue says:

    Alhamdulillah…. sekurang2nya nasib anak2 tu terbela dgn keputusan mahkamah. & sedikit sebanyak keadilan utk Rita juga dapat ditegakkan dgn bukti2 & kenyataan2 yg dikeluarkan oleh mahkamah. Type Aidil ni dah byk dah kita tengok & dengar. Baik dr pengalaman diri sendiri atau org sekeliling. Kata jer dah buat & sedia itu ini, tapi bukti langsung takdak. Jual kata2 jer, harapkan untung atas angin. C’mon Aidil. You expect people to believe yg u tak mampu? Tak mampu tu bukan sebab takdak duit tapi ur lifestyle tu. Masa dgn Rita dulu, boleh lagi kita terima that you’re too young and therefore make foolish decisions. Ni dah cerai & kahwin lain dah pun takkan tak grow up & be wiser lagi? Don’t stay foolish! & grow up quick!

    0

    0
  21. Leoma says:

    Tremendous things here. I’m very happy to peer your article.
    Thanks so much and I’m having a look ahead to touch you.

    Will you please drop me a mail?

    0

    0
    • Anonymous says:

      jgn la cedok ayat2 omputih dr tpt lain semata2 nak tjk ko buat ayat omputih. dah la ayat ni tak berkaitan. bljr2 la tulis sendiri. sedar tak yg otak ko ni dah biol @ banggang?

      0

      0
  22. Nonna says:

    Gongrats Rita. Now to make sure he pays you RM3,000 a month without fail, make a “standing order” with his bank then he has no STUPID EXCUSES NOT TO PAY. Get yr lawyer to do it. I have been following yr case RM 3,000 a month is better than nothing. Lastly, nonna wish you the best n jaga yr sons baik2. They are yr assets for life!!!

    0

    0
  23. unknown says:

    rita adalah contoh yg terbaek buat wanita yg berdepan dgn masalah yg sama.. fight for the rite.. rita tahu kemampuan aidil sebab tu rita x pernah mengalah.. kalau bapanya mampu hidup mewah kenapa tidak anak2.. kalau bapanya mampu utk memewahkan keluarga baru kenapa tidak dgn anak2 bekas isterinya.. hubungan bapa & anak xkan pernah putus.. tunjukkan pada lelaki2 di luar sana jangan sesekali memandang rendah pada kemampuan seorang wanita..

    0

    0
  24. Anonymous says:

    alhamdulillah.. yang baik jadikan teladan.. hmm.. manusia.. baik lelaki baik perempuan.. sudah namanya manusia.. sentiasa berubah.. samada baik ke jahat.. jahat ke baik.. moga kita semua dilindungi Nya.. ameen..

    0

    0
  25. Heroine Filem says:

    Mcm ni lh spatutnya pompuan. Perjuang hak anak2. Biar org kta ko garang dan bmulut jht tkpe, yg pnting ko bkn pmbohong. Rita jauh lbh bgus dr mak J yg nmpak lmbut dan traniaya tp diam2 nafsu buas smpai otak tk bfungsi. Aku kesal dgn mak j yg lain ny smpai ank kna bunuh/dera/rogol kekasih. Dan lbh mlg didiamkn je, ada yg siap skongkol. Tp yg lbh myakitkn hti mak J yg ckp kt paper yg dia msh syg kekasih yg dh bnuh ank dia. Memalukn org pompuan jer!

    0

    0
  26. Anonymous says:

    utk nara.. jgnla diltk pic zarema yg dah x bertudung tooo… org to dah bertudung kot..

    0

    0
  27. sue says:

    Aidil ni memang tak malu. ubah jadi 3k je baru ko sanggup bayar nafkah anak2. Kesian, sampai bila2 pun orang akan bercakap pasal ni. Ko cakap kat bini baru ko tu, kurang2 kanlah expose kemewahan dalam insta, kurang2 kanlah menyelit dalam insta artis. ko dengan bini ko bukan artis pun.meluat ku tengok. Lagi ko pamerkan kemewahan ko, lagi lah orang mengutuk ko dengan bini ko. Kata tak mampu, tapi bini baru disimbah kemewahan. Walaupun bini ko tu asal anak org kaya, orang tak peduli. orang akan sentiasa membandingkan layanan ko terhadap anak2 dengan Rita dgn anak bini baru ko tu. Ni baru Phase I. Belum masuk Phase II, III, IV lagi. Masih jauh perjalanan hidup Aidil. Baliklah jengok anak2 ko dengan Rita tu sekali sekala.terubat jugak hati Rita dengan anak2. Rita dah tak kisah pun dengan bini baru ko tu. Jaga je anak2. Saham akhirat tu.

    0

    0
  28. bini no 1 says:

    3 ribu celah bedah dah hbis, 2 orng plak tue….ingt hidup zaman 50sen boleh guna seminggu ke???budak2 tgh membesar die tahu apa, die tau nak makan bila lapar sbb die tgh membesar..

    0

    0
  29. […] mahkamah semalam yang mengarahkan Aidil Zafuan membayar RM3,000 sebulan kepada bekas isterinya, Rita Rudaini sebagai nafkah anak-anak mereka bolehlah dikatakan satu kemenangan kepada pelakon tersebut. Selama […]

    0

    0
  30. Door says:

    Ni belum kuar lg sekor dlm perut tu.. Dh kuar nnti lg liat nk bg nafkah kat anak2 rita. Tuntut lebih sket.. Bior meroyan si betina tu. nnti baru kuar true colours.. Hakkk ptuiii!!!

    0

    0
    • paish says:

      istigfar sikit..’yg sekor dalam perut’ tu x sesuai la..anak tu x berdosa..kalo lahir mati terus masuk syurga..kau hado?

      0

      0
    • Anonymous says:

      anak zarema lngsung x bdosa..yg ko emo sgt ni knapa?kita org luar yg hnya tahu pasall mreka dlm media,x boleh nk kata org tu bagus,org ni busuk..hanya Allah dan yg terlibat je tahu..

      0

      0