Written by AbangNara | January 2nd, 2011

maher zain kena terjah melodi

Untuk sesiapa yang tengok Melodi tengah hari tadi (Ahad, 02.01.2011), pastinya agak bengang dengan cara wartawan Melodi menerjah Maher Zain. Kalau tengok artis Malaysia kena terjah pun korang confirm stress dengan soalan provokasi Melodi, ini korang bayangkan Maher Zain yang kena. Kesian mamat tue tak pasal-pasal dicop bangun lambat sampai tak dapat datang program Nasi Lemak Kopi O.

Nanti kalau ada video Maher Zain kena terjah kami akan updatekan di sini supaya anda boleh buat penilaian sendiri. Ikuti kenyataan penuh daripada admin Facebook Maher Zain Malaysian Fan Club:-

[note]
Rancangan hiburan Melodi TV3 yang bersiaran pada 2 hb Januari 2011 yang menampilkan Brother Wahid dan Brother Zizan sebagai pengacara benar-benar mencuri tumpuan penonton. Mana tidaknya, permulaan tahun baru diselitkan dengan isu-su yang cukup ‘matang’ dan ‘bermanfaat’.

Alhamdulillah, permulaan rancangan dimulai dengan laporan Anugerah Skrin yang baru sahaja berlangsung minggu lepas. Pelbagai trend pakaian yang ‘islamik’ ditunjukkan oleh artis dari event berkenaan. Saya amat-amat teruja dan berterima kasih kerana memperkenalkan kepada warga Muslim Malaysia inilah artis yang layak dijadikan ‘contoh’ oleh remaja Islam di Malaysia.

Kemudian, diselitkan pula kisah pemergian Allahyarham Faizal Yusof, seorang pelakon yang berbakat, juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana. Al-Fatihah untuk Allahyarham. Pengolahan dari kisah ini benar-benar membuatkan penonton seperti kami cukup terkesan dan mengharapkan pemergian beliau ini menjadi iktibar kepada kita yang masih hidup. Juga menjadi iktibar kepada semua artis baik penyanyi, pelakon dan wartawan hiburan (terutama wartawan Melodi) yang mati itu bukan atas faktor muda atau tua, sihat atau sakit, tetapi atas faktor ajal.

Seusai laporan mengenai Allahyarham Faizal Yusoff, terlitlah pula kisah Brother Maher Zain. Melalui wawancara yang dikeluarkan, dapat diringkaskan yang wartawan Melodi memulakan slot Sensasi Melodi dengan perkara ini :

1- Intro tag dengan satu persoalan adakah Maher Zain seorang yang tidak berdisiplin
2- Kemudian, menyatakan Maher Zain tidak ke Rancangan Nasi Lemak Kopi O pada 26hb Disember atas sebab bangun lambat
3- Seterusnya, wartawan Melodi bertanyakan adakah Maher Zain ke Malaysia untuk keuntungan semata-mata atau untuk dakwah
4- Dan slot Sensasi Melodi ini dirumuskan dengan kata-kata : “Betul atau tidak apa yang dikatakan Maher Zain, itu antara dia dan Allah”

WOW! Cukup ‘hebat’ soalan-soalan ini. Ini benar-benar satu ‘perubahan’ baru dari rancangan hiburan Melodi TV3. Amat-amat tepat dengan tagline Melodi : “Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi”, dan wartawan Melodi menterjemahkan ia dalam bentuk bentuk laporan berita untuk Slot Sensasi.

Saya mewakili teman-teman Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) amat-amat ‘berterima kasih’ kepada pihak Melodi TV3 atas liputan yang cukup bernas berkenaan. Semoga segala kekurangan Maher Zain menjadi kekuatannya satu hari nanti. Maaflah jika Maher Zain terlalu lama bersolat subuh berjemaah di Masjid Besar Shah Alam menyebabkan beliau keletihan, ‘tidur semula’ dan ‘lewat’ untuk bangun tidur kemudiannya. Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah.

Semoga tahun baru 2011, Melodi TV3 terus sukses dan menjadikan para artis semakin selesa ditemubual, yang hampir-hampir bercerai akan semakin akrab dan berbaik semula dengan pasangannya, mereka yang sudah bercerai akan rujuk semula, mereka yang suka mengumpat akan insaf dengan perbuatan mereka, artis yang berpakaian sendat akan terus berjubah, artis yang minum arak akan bertaubat dan minum air milo ais, artis yang berposing di kolam renang akan berposing di kolam wuduk masjid, dan artis yang suka bangun ‘lambat’ dan tidak solat Subuh bangun awal serta bersolat Subuh berjemaah di masjid.

Nota :

Maher Zain tidak mengecewakan peminatnya. Buktinya, beliau telah hadir ke rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada hari semalam (1 Januari 2011) dan meminta maaf akan ketidakhadirannya ke rancangan berkenaan pada 26 Disember 2010. Dan beliau juga telah menyatakan berlaku miss communication yang menyebabkan beliau tidak hadir pada tarikh berkenaan. Lain kali, kalau nak bikin isu macam ni, sila tanya dulu kepada pihak pengurusan Nasi Lemak Kopi O, juga kepada pihak KMG Globalzone. Bukan terus terjah Maher Zain dengan soalan-soalan yang tidak masuk akal. Nasib baiklah rancangan di televisyen bercorak 1 hala sahaja, paparkan isu tanpa ada ruang untuk dijawab secara terus oleh mana-mana pihak. Kalau rancangan melodi TV3 persis laman sosial facebook, ada pro dan kontra, alamatnya tutup la fanpage kalian. Akan jadi seperti kes penayangan Iklan Aidilfitri versi Krismas yang lepas.

Nota tambahan :

Benar, publisiti untuk Maher Zain perlu di media, namun ia persis percikan bunga api. Nampak cantik bukan, tetapi percikannya menyakitkan..

Ikhlas dari :

Akhi Fairuz | Admin MZM-FC[/note]

130 responses to Maher Zain Kena Terjah Dengan Melodi, Kenyataan Rasmi Dari Facebook Maher Zain Malaysian Fan Club

  1. oz says:

    maher zain!!

    0
    0
  2. fezal says:

    insyallah .

    0
    0
    • AKU DAH LAMA BOSAN DENGAN MELODI NIE !

      0
      0
      • Cumi Cumi says:

        Melodi – E H H

        Entah hape hape!

        0
        0
      • JUE says:

        ya ..memang melodi makin mengarut.Soalan2 yang ditanya pun menyakitkan hati aje.Masa gambar wartawan seorang tu bergambar dgn bf dia dengan aksi2 melampau tak ada pula dia orang nak keluarkan dalam melodi.

        0
        0
        • ez0ra says:

          betul tue jue.. taknak plak dorg tnya
          “u dah sangap ker smpai ambk gambr mcam nie dgn bf u”,
          “u nak cri publisiti muhan ker”

          klu org lain x makeup p0n nmpk je. inilah yg org kata SUKA JAGA TEPI KAIN ORG LAIN, TAPI KAIN SNDIRI YANG CARIK TAK TAHU….

          0
          0
        • oren84 says:

          wey wartawan tu sapa? bgtau la wey? michell ka? :P

          0
          0
  3. saya says:

    kasar sangat lah bahasa melodi pakai. tak suka dengar tadi. ingat lagi ayat satu tu dia ckp “ntah ye ke tak antara dia dgn Tuhan je la”. annoying sgt cara wartawan tu ckp. nampak sangat2 berburuk sangka. tak baik betol cakap mcm tu.. cubalah pakai bahasa yg sopan. bukan susah pun. hmm.

    0
    0
    • Melodi rancangan sampah says:

      Wartawan Melodi ……wartawan Gred D ! Suka sangat cari kesalahan artis2. Nak naikkan rating sehingga nampak wartawan pun jadi bangang.

      Sudah,hari Ahad lebih baik lepak kat Starbucks usha awek lagi bagus!

      0
      0
      • Goreng Mee je lah says:

        Macam mana generasi muda Malaysia nak sopan-santun kalau wartawan-wartawan Melodi sendiri bahasanya lebeh terok dari mat2 rempit ?

        Hanya TV yang mampu menjawab! :(

        0
        0
  4. ambek ko!!!tepat kena dgn batang hidung!!

    dah lama Melodi sebenarnya buat hal…cara interview je dah mcm ajak org bertumbuk…langsung xprofessional!!

    0
    0
    • Ayu Sari Rapat says:

      Kalau nak naikkan rating pon biarlah yang kreatif, bermotif dan menjana minda !!!!

      Produser Melodi kena ambil perhatian, dah jadi program sakit jiwa. Aku plak naik stress tengok artis2 kena interview.

      Aku ingat aku sorang jew yang ade problem ngan Melodi. Kalau aku jadi artis lah..aku tolak je microphone to dalam mulut wartawan2 tu..

      0
      0
  5. mat karai says:

    Sorryy..!! Dah lama tak tengok Melodi… dan bertahun rasanya… Pasal rasa meluat..!!! Rancangan bak ‘sampah’ yang tak mengembangkan minda… wasting my time..!!

    0
    0
    • Melodi sucks says:

      Betul…aku cukup meluat dengan Melodi !!!!

      Baik baca blog2 aja…Melodi memang suka ‘cucuk’ artis2 sane sini. Tak mendatangkan faedah langsung. Wartwan over -acting plak. Tak ade kredibiliti. Budak bawah 16 tahun suka lah kot…?

      Kononnya Melodi nak cari kebenaran. Dah jadi macam rancangan untuk wartawan2 bodoh, poyo & soalan tolol.

      Aku sarankan Melodi ditukar kepada…’ Melebih’ !!!

      0
      0
  6. cik sal says:

    yeah, wasting my time gak la…tp tgk jugak sambil makan lunch, cuma nk tgk fafau je, x nk tgk content yg annoying! ;P

    0
    0
  7. af zackry says:

    “…Rancangan bak ‘sampah’ yang tak mengembangkan minda… wasting my time..!!….”

    aku sgt suke ayat ni~

    0
    0
  8. farveen says:

    abang nara memang terbaek! :)

    0
    0
  9. sha says:

    nak berdakwah pun susah…artis kafir yang dtg buat konsert terkinja2 tu jugak yang di agung2….tak plak di aju soalan mcm yang diaju pada maher zain…..

    0
    0
    • huahuahua says:

      tu la psal…yg duck gay adam lambert wat konsert langgar time maghrib tu helok sgat la kot?!!..ni le dia..bila hiburan di agung2kan..yg nk berdakwah tu di lekeh2 kan..hang x nak ikot…jgan nak buruk2 kan dia lak semata2 nk naekan rating rancangan serabot tuh!!!sepa2tnya bersyukur sebb de lagi manusia yg sudi mencari jlan yg lebeh menarek tuk berdakwah…ni x,keje2 dok cocok2 umah tngga artiske, sonok sgat, bile da cerai…sebok nk sensaaaasikan..org ke 3 le apelle…sebona eh melodi le org ke 3 tu dok nyucuk..melaga2kan sesama artis…mcam syial..anyway..wahid tu bukan da haji ke umrah ek? x rasa bersalah ke jadi part of org2 yg memecahbelahkan sesame manusia neh…herannnnnnnnnnnn aku!

      0
      0
  10. ntahlah labu says:

    bengang tul ngan cara wartawan melodi tu…kurang ajar sangat…hai korang wartawan melodi tu bangun subuh ke? pastu solat 5 waktu sehari semalam ke? setahu aku wartawan suma takleh pakai….

    0
    0
  11. mariam says:

    Alhamdulillah sejuh sket ati

    0
    0
  12. meluat says:

    tak tau lah samaada wartawan tv3 memang di train utk bercakap begitu, tapi bagi saya cara mereka memang kasar, mendesak dan tidak ada diplomasi langsung, kalau boleh mereka telanjangkan artis, mereka akan berbuat demikian tanpa tolak ansur..kadang2 rasa nak sepak je muka dorang ni

    0
    0
  13. Lynn says:

    wartawan melodi tuh suka maher zain la.. korg nih… korg jgn la menuduh dia yg bukan2. hanya dlm situ saja sbb mmg tugas dia utk interview..

    0
    0
    • huahuahua says:

      agak2 la tugas pun bai..akai dorang mana??lutot ka??x ley nk pk cra senonoh sket nk bertanye…x pernah kejesama ngan manusia ka???tu p’ngai cam hangsuang..KURANGKAN KONTROVERSI TINKATKAN PRESTASI??!!! ye la sgat… ke KURANGAJAR KAN KAMI? NI SEBB NAK RATING TINGGI!!!!

      sekian time kaseh..nak mrah melodi neh bukan hang.

      0
      0
  14. zura says:

    melodi tu konon2 nak jd cm rancangan yg dpt cite panas dgn cepat , pehtu soklan plak suke dok tny yg pedas2.. kalau kt artis2 yg mmg problem x pe le .. ni dh ler artis barat , yg islamik lak tu … hormat le skit..
    kalau yg barat dok tayang hal2 dlmnan tu diog sokong sgt2… meluat

    0
    0
  15. luna says:

    ish..tak baik menuduh…dose..dose.. (azam baru ni0 hehe

    0
    0
  16. sara says:

    nasib baik ader yg nk ketengahkn isu nie… dh lamer bengang dgn care wartawan melodi nie interview org… mcm diorg yg paling baik dlm dunia nie…

    kpd wartawan melodi.. jgn bangga sangat dengan care korang terjah org… satu hari nnti kene balik kt muke korang baru padan muke… baru korang tau langit tu tinggi ker rendah…

    bahasa budaya bangsa… jgn nk rosakkn imej org melayu ok!!!!
    kutuk orang mmg sedap…

    0
    0
  17. gosipgurl_fea says:

    kalau artis yang ada wildlife, taknak pula ditegur pedas2 macam itu. nak juga dicari pasal dengan international islamic singer yang MEMPERJUANGKAN masyarakat islam . tak terasa kah si wartawan yang rasa bagus tu bila Maher Zain cakap, “itu urusan dia dengan Allah jika dia menipu atau etc “??? amat memalukan.. saya rasa elok juga kalau wartawan melodi ni, pergi terjah ustaz2 kat luar sana ataupun boleh aja terjah Dr.Danial Zainal Abidin ya. mungkin boleh TERJAH beliau juga. masa itu taulah kauorang ni bagus, bodoh atau tidak.

    0
    0
  18. tanpanama says:

    pandai maher zain jawab dengan cara bersahaja tp nampak kebijaksanaan die menebas soalan-soalan craps dr wartawan melodi tu. aishhh. next time selidik dulu melodi. jatuhkn kredibiliti melodi yg dah mmg ‘jatuh’.

    0
    0
  19. mjadammzmfc says:

    Salam…hurmmm, agak kureng myenangkanla Melodi ni… ntahla Melodi ni apa tujuan sebenarnya ya?? Nak cari kebenaran ke nak merosakkan kerjaya/rumahtangga org ni?? Cubala cari artis bermasalah pastu buat diorg supaya ke jln yg benar, pastu artis suami isteri xsebumbung cubala satukan ke atau apa2 sj yg ke arah yg baik yg xmbuatkn org bgaduh, marah, btekak lidah ke….haaa kn bagus tuhh, ni bkn cari kbenaran yg kearah kebaikan.. tp mcari kebenaran ke arah keburukan… btambahla kontroversinya….heee ntahla.. hanya kru2 Melodi dan Allah swt sj yg tahu…

    0
    0
  20. langsi says:

    rancangan melodi byk kbrukan drpd kebaikan..memecahkan belahkan msyrkt..wrtwn ikut ska hti ja tya..xgti siasat dlu kaa..men trjah ja..gred E++

    0
    0
  21. hajarul says:

    dalam byk2 komen diatas ade jer yang dislike..b**** punye makhluk..

    xrugi pon xtgk melodi tu..

    0
    0
    • hijau says:

      komen antimelodi semua aku like..aku pon tak pham ade gak yg dislike.padahal ape yg dikomen tu memang betul..org kuat tv3 or melodi or wartawan tu sndiri tu kot yg dislike…hahaha
      p/s:taknak jadikan isu ke kat melodi mggu dpan????

      0
      0
  22. idamin says:

    patutnyer Melodi ni dh bungkus dh….makin lama, makin merepek isu2 yg ditimbulkan…setakat alasan bodoh konon nk cari kebenaran, buat geli pankreas aku jer…dr hal2 rumah tgga smpi artis suam2 kuku semue nk amik tau…tu nama nyer bzbody…serius la…aku tgk wartawan2 yg interbiu artis2 tu, mmg mentality low class….perasan mcm bagus jer semua…nmpk sgt nk tiru style barat…kita ni org timur…beradab la sikit…

    0
    0
  23. eszol says:

    padan muka ko maher zain!

    x payah bajet hot sgt la!

    0
    0
  24. alya says:

    biasa la tu dah org luar dtg sni mesti jet lag..tk hairan la kalau dia letih sgt.

    0
    0
  25. Tah pape la korang nie says:

    gelabah giler la peminat fanatik Maher Zain nie sume..tau la Melodi tue sampah..tapi jangan la dorang pun ikut pangai sampah Melodit u skali..fans artis lain xda pun nak gelabah camnie..

    tah pape la..

    0
    0
    • mys abby says:

      ….klu wartawan melodi terjah artis2 yg aku tak minat n tak knal pon mmg diorang biadab..!!

      lg satu, yg dye interview tu artis antarabangsa…
      yg tak thu ape tu melodi..
      bab terjah menerjah ni…
      klu artis kt malaysia pon panas dgn soklan mcm tu,
      lg la dia artis antarabangsa yg tak thu ape2…
      wat malu negara je MELODI ni…

      0
      0
  26. […] Maher Zain Kena Terjah Dengan Melodi, Kenyataan Rasmi Dari Facebook Maher Zain Malaysian Fan Club […]

    0
    0
  27. hajimaru says:

    melodi sengal + haprak = busuk punya olang..!!!

    0
    0
  28. melodi adalah pemfitnah cukup besar di Malaysia. Konon terpaksa jalankan tugas tny ni, tny tu la. Dah salah tu salah la jugak, xpyh la nk join wartawan melodi lain kali.

    0
    0
  29. zeedaa says:

    melodi mmg poyo..suka cr salah artis dan suka perbesarkn isu..aku cukup benci dgn wartawan yg intvw maher zain smlm ngan michelle…bajet diorg tu bagos sgt..eiiii…pleasela…!!
    cara menyoal maher zain smlm mcm langsung xberadab…!!! tp maher zain ttp cool menjawab soalan…
    aku setuju dgn apa yg diorg smua ckp…melodi mcm rancangan sampah..ntah apa yg nk dimaksudkn dgn..kurangkn kontroversi..tingkatkn prestasi…makin baut kontroversi dan menurunkan prestasi adala….huh…!!!!

    0
    0
  30. entahape2 says:

    aku suka tgk Galaksi dari Melodi..busan giler.ade sape2 x sokong aku???

    0
    0
  31. kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi says:

    -” 3- Seterusnya, wartawan Melodi bertanyakan adakah Maher Zain ke Malaysia untuk keuntungan semata-mata atau untuk dakwah”

    SOALAN BODOH!!!!!!!!!! WARGHKAKAKAKAKA!
    (dorang harapkan jawapan ape?) budak sekolah boleh la dorang tnye soalan tahap tadika camni.
    MALU ARR!! WOI,MALU2,DAH LA TU TNYE ARTIS ANTARABANGSA,ARTIS YG DAH BIASA BERTEMU RAMAI WARTAWAN DARI PELBAGAI NEGARA.KDG2 SOALAN MELODI NI ADE YG SAJA NK BG SENSASI LEBIH2. KLAU SENSASI BERPRESTASI TKPE JGK, INI SENSASI TP PRESTASI LGSUNG TKDE?
    YG BUAT SOALAN TU MMG _________ (isi tmpt kosong), WARTAWAN YG TNYE TU LG ________isi tmpt kosong)-BUAT MUKA YAKIN SAMBIL TNYE SOALAN BODOH WAKAKAKA,KDG2 SOAL MCM BAGUS ALA2 GANGSTER TP SOALAN TADIKA WAKAKAKA

    0
    0
  32. jane hasan says:

    melodi????
    sorry laa…..dah lame campak ini punye busuk rancangan dlm my garbage.kesian..
    nak gossip pun cari la bahan yg class sikit..
    pitty for u TV3!!!

    0
    0
  33. Sengal says:

    rancangan melodi tu gosip..gosip tu mengumpat…mengumpat tu dosa….dosa tu neraka…..

    0
    0
  34. Aasha says:

    btul2…dlu wrtwan melodi prnh try laga2kn faizal tahir ngn mirwana..bnci gle..

    0
    0
  35. lalalalala says:

    mmg pun..cara die intebiu amy mastura smlm pun buat aku geram..dah org tu nk blakon..tanya soalan bkn2..sengaja nk cipta kontroversi la apela..mcm dah tade modal nak tanya

    0
    0
  36. axwa says:

    OHSEM GILA jawapan anda, bro!

    memang wartawan Melodi yang 4orang tu adalah golongan yang minta dilempang. Dah macam terjah pun ada. Mungkin Melodi pun patut direview semula. Mungkin patut batalkan je siarannya macam Terjah tu. Dah banyak la program/blog/website lain pasal gosip artis2 ni.

    Btw, sila simpan Zizan untuk program kemudian2 kat TV3, Wahid dan Fafau dah lemau.

    0
    0
  37. iza says:

    akhi fairuz memang terbaik!
    dah lama menyampah dgn melodi..
    dah lama tak tengok melodi
    cerita gosip sampah…
    pengacara yang tak bes…

    dan lagi…pengomen2 kat atas, kalau rasa nak merepek, tak yah komen…..hidung besar lah, jari besar lah.tah hape2….maaf, teremo sikit…..

    0
    0
  38. BlackBerry00 says:

    kurang sesuai la melodi tnye soklan2 yg cmtu
    MZ ni taraf international
    dye bwk lagu secara dakwah
    mmg itu dh terang2 dh dye bgtau dr awal pembabitan MZ
    tp takkan la sbb benda yg kecik pun melodi nk bsar2kan

    jaga jerla artis2 msia yg kurang tahap disiplinnyer
    drpda kita menegur artis dari luar

    tak suker la melodi nie…..propa jer lebih!!!!

    0
    0
  39. mat gosip says:

    maher zain memang best…

    0
    0
  40. anyss says:

    mak aihhh…aku bce pon dh sakit ati..ni kn plak aku jd maher zain..adoiii…kuang ajo btol wartawan melodi nih!!
    klu artis tmptn leh la terjah bagai..cz dh sinonim dgn terjah nih wlpn cre 2 memg melh ampau…! maher zain mst terase sgt2 dgn kata2 biadap wartawan sampah nih..!
    huiiiihhhhhhhh!

    0
    0
  41. Roooney says:

    Kecoh.

    Maher Zain ni internation artis, dia datang melawat Malaysia kira cukup bagus la tu.

    Nak sound dia sebab tak datang talk show yang ala-ala lagi sebulan dua nak tenggelam tu pun nak kecoh?

    Di ulangi, rancangan TV yang lagi sebulan-dua nak tutup kedai!

    Lain la OPRAH ke, David Letterman ke etc etc.

    Rancangan Kopi O yang kau nak kecoh kan? Rancangan murahan yang di pengacarakan oleh dua artis yang langsung tak professional tu?

    You must be kidding me lepas tu nak kecoh kenapa Maher Zain tak nak end up? I think at last Maher Zain end-up is sebab dia dah sign to attend to the show.

    Aku rasa kalau dia tak sign, boleh pergi blah la rancanga cheap-crap talk show tu.

    Come on, berapa ramai sangat yang menonton rancangan tu? Lagi sebulan dua rancangan tu gulung tikar bro! Rancangan tu tak ada planning untuk future, hanya borak-borak kosong, no focus.

    CRAP!

    0
    0
  42. hadi says:

    KORANG TAK TAHU KER WARTAWAN2 TU BODOH2 BELAKA..KAKI AMPU BOS…SAPE DAPAT COVET HOT NEWS…bos suka la……aku jumpa aku baling jer aper yg ade kat tangan aku…..gelas ker…bata ker….

    sebab undang2 kat malaysia ni wartawan boleh masuk rumah artis2 n tgok seluar dalam artis tu dah tak basuh berapa hari…melodi rubbish….

    0
    0
    • hahahah mmg bdoh pun…

      lagi muka bulat rambut punk tu poyo jer soalan…;p

      soalan artis kaw condemn;p tp bila soal menteri ada x cmtu;p klu rs hebat sgt glh soal menteri camner ko soal artis tgk brani ker x;p poyo jer lebih…

      ko soal artis lebih2 pn dpt perrr;p bek ko soal menteri2 2 kaw2 condemn untung2 dpt penmbah baikkn kat rakyat;p

      ni artis dia condemn hahah dpt perrr?dpt dosa jerrr

      ngn maher zain brani…ngn artis indeonesia brani ka;p

      wartawan melodi truk nk tny psal Allah.. .tgklh dri tu dlu ahjumma wartawan oi…diri 2 bersepah de hati nk komplen tgk ko wat lirik camner ok x cam lagu maher zain…pakaian wartawan pn teruk…werkkk muntah skrg ni aku xtgk melodi poyo jer soalan…aku rs klu artis tu leh tny balik kat mamat wartawan tu aku rs mmg dia tny balik…tp kang dia ckp kurang hajar ngn wartawan LOL knon dia wat publisiti;p pi gi daaa…

      kpd kru nasi lemak kopi O…ko paggil mamat wartawan tu dtg NLKO tgk bleh x dtg pagi…

      aku respect lg wartawan korea…drpd wartawan malaysia…

      0
      0
  43. edy says:

    cukup la tu mengagungkan artis lua..malaysia ada artis nasyid sendiri jugak…

    0
    0
    • sapa yg mengagungkn artis luar;p

      dh lagunya sedap…n lirik pn kaw2…xkn dkira mengagung kot;p

      adoi yai…artis nasyid skrg aku dgr melodi muzik pn dh pelik2…

      lgsug dh xdgr dh…layan pun nasyid lama2…;p

      0
      0
      • mys abby says:

        ini bkn soal mengagungkan artis luar,,,
        kita suka pendekatan dakwah yg dibawa oleh maher zain..
        bkn bermakna nasyid kt malaysia tak bagus..
        dalam dakwah, kita tak mengenal bangsa atau negara…
        tidaklah rase b’salah utk mengatakan tiap bait kata dlm lagu maher zain sgt menyentuh perasaan…
        berbanding utk kita berkejar2 lagu2 korea,indonesia,hollywood n byk lg…
        yg kebanyakkannye hanya hiburan kosong….
        terasa b’salah ke jika kita mencari melodi2 maher zain yg sememangnye mengingatkan kita kpd Pencipta kita & dlm mase yg same menghiburkan…

        0
        0
  44. Melodi MELOYAKAN. TV3 lah perosak bangsa dengan memaparkan berita sensasi artis seksi. Lihat sahaja ARTIS BERKEMBAN di ASK2010. Tiada tapisan langsung!!

    Tapi masih tak sedar-sedar yang TV3 lah yang sebenarnya melacurkan Bangsa dan Agama.

    0
    0
  45. orgtgkorg says:

    melodi n tv3 suku x dpt dpisahkn…..smkin jd sewel dgn sinetron indon…..mari boikottt tv3 suku….

    0
    0
  46. bilis goreng says:

    wartawan melodi sbijik cam wartawan indon…..suka selak dlm kain smua org….memalukan sungguh…langsung x mmbangunkn minda pnonton.

    0
    0
  47. lulu says:

    maka terserlah kejahilan dan kebodohan mereka itu.

    0
    0
  48. irina says:

    nasib baik i tak tgk melodi (sampah)

    0
    0
  49. iekan78 says:

    benci melodi….

    jom wat FB group i hate melodi nk????

    0
    0
  50. honey says:

    bagi aku,bkn isu wartawan tu saja yg membangkitkan rasa kecewa aku,tapi bila korang tgk pada pengacara yg memulakan tajuk mengenai topik Maher Zain pun ckp menunjukkan pada kita tentang adab org Melayu kita sendiri.

    Bagi aku,nak melawak boleh tapi bukan dgn cara memperlekehkan perkataan dalam lagu Nasyeed.Cara dia menyebut ‘Insyaallah’ sambil menari-nari memang tak wajar.Apatah lagi perkataan yg disebut tu mengandungi kalimah Allah.

    Pada Zizan n Wahid,harap anda sedar tentang tingkah laku anda.Kalau pun tak minat dgn Maher Zain,tapi hayatilah lirik lagunya secara mendalam.

    ‘I’m walking with my head lowered in shame from my place
    I’m walking with my head from my race
    Yes it’s easy to blame everything on the west
    When in fact all focus should be on ourselves’

    Pada wartawan MELODI,lihatlah diri anda dahulu sebelum menilai diri org lain.

    0
    0
  51. akubenci melodi says:

    soalan sampah sesuai di tanya oleh wartawan sampah dan diterbitkan oleh rancangan sampah!!! bodoh pnye jamsari

    0
    0
  52. naz says:

    really like the admin’s feed back, so intelligent but sort of sindiran yang penuh berhikmah.

    takperlu nak put any harsh word ke ape, kita doakan agar maher zain terus berjaya dalam career nya..

    melodi tue nothing, takpenting untuk diperdebatkan sebab everybody seems already clear with cerita2 yg diorg keluarkan kan?

    seni itu halus, dan dakwah melalui seni ini bisa menyerap ke dalam setiap hati umat manusia. =)

    0
    0
  53. ooo says:

    MelODI…sangat2 sampah Fuck off la…saya tak minat tgk bahan sampah dgn wartawan yg ala2 paparazi sampah

    0
    0
  54. adoyai says:

    mmg x stuju lngsung dgn cara wrtawan melodi terjah artis2 malaysia, bt0l2 xde adab, s0alan p0wn menjurus kpd nk aibkn n malukan org…hel0 artis p0wn manusia 0k bkn bnduan…tgkla betape xde adabnye wrtawan melodi smpaikn artis luar pown diorg wt cm2 bkn nk double stndard ke ap tp dlm mind d0rg msti terdetik betape kurang ajrnye rkyat malaysia…tgkla cre diorg terjah adira, pdahal cme nk tnye knpe adira dress up cm org x siap..tp tnye adira cm adira 2 membunuh…wartwn melodi rate2 nk tnjuk dr 2 bgos n dye la plg hebat…poyo…lol…

    0
    0
  55. sara says:

    biadappppp…..
    henti2 la perangai mcm tu….
    komen org mcm dier tu dagus sangat…

    0
    0
  56. hampeh says:

    melodi patot diharamkan lama dah…

    0
    0
  57. kim says:

    Boikot Melodi!!!

    0
    0
  58. kim says:

    No! just boikot TV3 terus!!! Ingat ye hampir 1 juta peminat Maher Zain ada di Malaysia……

    0
    0
  59. Abdul says:

    Saya sudah menonton Maher Zain menyanyi lagu Islam secara live dan saya merasa kagum di atas kebolehan beliau sebagai penyanyi Islam dan lagu-lagu keislaman beliau yang banyak membawa kesedaran kepada orang Islam. Beliau telah berjaya menarik perhatian orang bukan Islam kepada Islam !

    Apakah sumbangan Melodi terhadap Islam? Apakah mengumpat orang dan mengaibkan orang merupakan satu perkara positif? Sudahlah khayal dengan glamour palsu, sekarang berani pula menjatuhkan imej penyanyi lagu Islam ! MELODI CAN GO TO HELL !

    0
    0
  60. Abdul says:

    Hey Melodi who the hell do you think you are? Your immoral comments against Maher Zain reflect your own personality and I really and truely pity you ! If you are true Muslims, you should support Maher Zain for the sake of Islam instead of slandering him! Shame on you Melodi.

    0
    0
  61. Abdul says:

    MELODI = SAMPAH @ GARBAGE

    0
    0
  62. wrtawan Melodi tu bajet Hot says:

    mamat yg ask Maher Zain tu..bajet hot and cm artis konon..tgok klu dia gi dressing ke mana2 majlis..ingat artis ke hape? kerja cam smpah je kot

    0
    0
  63. Miqdad says:

    Nobody perfect n even he is Maher Zain.

    0
    0
    • Abdul says:

      Yeah nobody is perfect but as Muslims we must strive to be good Muslims. Maher zain is a good example for he is striving to be a better Muslim.

      What does melodi contribute to Islam and Muslims? Nothing ! And now Melodi has shamelessly slandered Maher Zain !

      0
      0
  64. lolyat gang says:

    melodi = indon

    0
    0
  65. krazix says:

    prestasi dimana

    0
    0
  66. kiroro says:

    Maher Zain ni international artist. adam lambak pn international artist. tp kenapa MELODI HAPRAK boleh bias dlm menerjah soalan pd kedua2 artis ni? sgt ingat tgk byk pics in FB (kwn2 tag), ramai gile artis media prima ni p konsert adam lambak. org melodi pn melompat2. pastu cakap adam lambak punyer show marvelous la, best la (lebey kurang gitu la), takde pulak nak kasi sokla kontroversi mcm, ‘anda dtg ke malaysia untuk mencari keuntungan atau mencari partner gay?”. nak sgt kontroversi kan. seingat aku la, tak pernah sekali pn melodi utarakan soklan provokasi pd hollywood artist. takut kene saman kot.
    yang selalu dgr indowood tu slalu la.

    “BERANI KERANA BENAR”. it’s between them and Allah.

    Sekian

    0
    0
  67. adikmanis123 says:

    Bagus jgkla wartawan melodi ni terjah Maher Zain,yelh klu selama ni asyik terjah artis kita jer…so jgn mrh yerk adik manis xder b’mksd nak perlekehkan maher zain tp kira oklh tu sekurang-kurangnya dpt jgk kita tahu keadaan sbnr maher zain yelh klu x sia2 jer dah kena cop artis nasyid tp bgn tido lmbt….

    0
    0
  68. mama says:

    Sgt suka jawapan Akhi Fairuz yg sangat berlapik dan sopan..mungkin wartawan Melodi boleh belajar serba sedikit cara2 nak interview artis supaya tak nampak sgt ‘kurang ajar’

    0
    0
  69. En.Jung says:

    aku rase dah la aku menyampah dan x tgk MELODI. paling menyampah, mechelle

    0
    0