Mahali Antara Lelaki Yang Paling Rapat Dengan Saya – Tasha Shilla

Hiburan

Mahali Antara Lelaki Yang Paling Rapat Dengan Saya – Tasha Shilla

Selepas ber”sayang-sayang” di Twitter baru-baru ini, Tasha Shilla tampil menerusi suratkhabar Kosmo hari ini untuk menjelaskan hubungannya dengan pemain bola sepak, Mahali Jasuli. Pasti ramai yang tertanya-tanya kan?

tasha mahali

Advertisement

Menurut Tasha, Mahali adalah antara lelaki yang paling rapat dengan dirinya. Kata Tasha:-

Seperti apa yang disebut Mahali (kami dalam proses mengenali hati budi), saya juga akui memang kami sedang berkawan. Dia juga merupakan antara lelaki yang paling rapat kerana saya memang jenis suka berkawan. Hubungan rapat saya dengan dia tidak akan membuatkan hati sesiapa yang tersinggung kerana gosip dengan Datuk J sebelum ini adalah tidak benar.

tasha

Mengenai penggunaan perkataan “sayang”, Tasha memberitahu yang dia sememangnya menggunakan perkataan tersebut kepada peminatnya.

Memang di Twitter, saya akan panggil semua peminat-peminat dengan perkataan sayang. Itu tanda penghargaan saya kepada peminat. Mahali juga salah seorang peminat saya. Sebab itulah itu saya memanggil dia sebagai sayang. Saya memang menghargai dan gembira apabila mendapat tahu seorang pemain bola sepak berbakat seperti Mahali meminati lakonan saya

Abang Nara lepas ini nak cuba nasib bermain Twitter dengan Tasha Shilla pulak. Mana tahu dapat berbalas menggunakan kata ganti diri “sayang”. Mahu kena pelempang dengan bini Abang Nara kalau dia tahu. Hehehe. Semoga hubungan Tasha dan Mahali akan berkembang dan mana tahu, berkahwin satu hari kelak. Sama-sama kita doakan.

pama

P.S: Buat anda yang tidak berkesempatan untuk membeli majalah Pa&Ma di kedai buku, boleh membelinya secara online di Emall Karangkraf. Selepas pembelian dilakukan, anda boleh membacanya di smartphone atau iPad anda. Lebih murah, lebih mudah dan lebih pantas. Cubalah sekarang!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...