Maafkan Saya Kerana Terpaksa Merahsiakan Identiti Bakal Suami – Raja Farah

Hiburan

Maafkan Saya Kerana Terpaksa Merahsiakan Identiti Bakal Suami – Raja Farah

Rasanya sekarang ramai yang dengar ataupun membaca berita bahawa pelakon Raja Farah sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi selepas 3 bulan bercerai. Namun, sehingga kini tiada siapa tahu siapakah gerangan tunang beliaiu dan hanya mengetahui kerjayanya sebagai seorang ahli perniagaan.

Advertisement

Menerusi portal Harian Metro, Raja Farah telah memohon maaf kepada peminat kerana terpaksa merahsiakan identiti bakal suaminya bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sebelum perkahwinan mereka berlangsung.

Maafkan saya kerana terpaksa merahsiakan identiti bakal suami. Atas persetujuan bersama, saya perlu merahsiakan identiti bakal suami. Tujuannya untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku sebelum menjelang hari pernikahan.

Cukup saya perkenalkan dia sebagai II, masih bujang, berasal dari Ampang dan seorang ahli perniagaan. Dari mula dia mendapat nombor telefon saya, dia cuba mendekatkan diri dengan saya dan keluarga. Dari situ saya nampak keyakinannya. Tambahan pula, selepas bercerai hati saya kosong. Kehadirannya tepat pada masa dan merasakan dia mampu membahagiakan saya.

Baru sahaja bercerai pada bulan Mei lepas, timbul persoalan beberapa pihak adakah Raja Farah telah melanggar tempoh edah ketika melangsungkan pertunangan. Namun, Raja Farah menjelaskan beliau sudah merujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum membuat keputusan untuk bertunang.

Sebelum mengambil keputusan ini saya terlebih dulu merujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini. Selepas tiga kali suci bermakna tempoh edah tamat. Jadi, pada 8 Ogos lalu pihak lelaki menghantar rombongan merisik. Kirnya tiada isu saya mahu melangsungkan majlis pertunangan dan nikah dalam tempoh edah.

Tambah Raja Farah  lagi, pada mulanya bakal suami tidak tahu bahawa beliau adalah seorang pelakon. Walaubagaimanapun, keluarga tunangnya itu berfikiran terbuka dan dapat menerima kehadiran beliau dengan baik.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Raja Farah, semoga segala persiapan perkahwinan anda berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah SWT.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...