Written by Bella | March 24th, 2015

Lynn AlKhaired atau sebelum ini dikenali sebagai Sharifah Haslinda menafikan dakwaan beliau kini bermadu dengan aktres era 90 an Mas Anizan apabila suami beliau Datuk Seri Reezal Merican dikatakan sudah berkahwin untuk kali ketiga secara senyap-senyap serta Mas Anizan yang telah didakwa berkahwin kali kedua  dan selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada tanggan 7 November 2014.

Berikut adalah penjelasan daripada Lynn:-

Mas memang bukan madu saya. Semua yang timbul hanya spekulasi. Saya secara peribadi menyukainya. Dia seorang wanita yang sempurna di mata saya selain mempunyai hati yang baik.

Sesama wanita saya mendoakan supaya kehidupan rumah tangganya dirahmati dan bahagia.

Saya tidak mengenalinya secara rapat tetapi tahu menerusi kawan baik beliau iaitu Zarina Zainuddin. Saya harap selepas ini tak ada lagi yang membangkitkan hal ini kerana ia memang tak benar.

Sebelum ini,  Reezal Merican juga turut memberitahu beliau tidak pernah berkahwin dengan Mas Anizan dan menegaskan beliau cuma ada dua orang isteri sahaja.

Sudah hampir 10 tahun Lynn tidak melibatkan diri daripada dunia lakonan dan kini menumpukan kepada rumah tangganya. Hasil perkahwinan bersama suami Reezal mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki dan dua orang cahaya mata perempuan.

Kami pun pelik siapalah yang buat cerita kononya Lynn bermadu dengan Mas Anizan? Mesti ada sesuatu disebalik pertuduhan tersebut kan? Tidak mengapalah mungkin ada cerita yang tidak didedahkan.

Sumber Berita: Berita Harian

 

22 responses to Lynn Alkhaired Nafi Mas Anizan Madunya

  1. Anonymous says:

    Pulak habis sapa?

    0

    0
    • Anonymous says:

      kalau xde angin masakan pokok bergoyang? mungkin monyet tersorok sedang bergayut? jeng3..

      0

      0
      • Yahudi says:

        Anak2 dia dgn Reezal msti comel and handsome besar2 nnt sbb ada darah penang , harap2 tk ikut muka bapak depa hahaahah

        0

        0
    • misiku mee tarik says:

      jangan la betul2.. kesian dekat 1st wife dia Datin Ismalina.. baik sangat.. humble, buat even pun dia sesama borak2 beratur amik makan skali.. anak2 dia pun baik dan bertudung dah semua.. bini 2nd ni masih dgn cara lama.. dan jgn la tambah lg..huhuhu

      0

      1
  2. melati says:

    Anonymous lah..

    0

    0
  3. jamban says:

    Kesian..anak lynn dgn yantzen tu kena berdiri umpama pelayan saje..trok btul perangai lynn ni.mementang ex dia miskin ,anak dgn yg ex tu pun dilayan ‘miskin’

    0

    0
  4. cuntek says:

    Mas Anizan nie memang cantek… sesejuk mata memandang….

    0

    0
  5. Anonymous says:

    lynn ni dulu bukan berhijab ke?

    0

    0
  6. terkesima termaseki says:

    Yg berdiri kat tepi anak dia jugak ke???kesian..macam outcast je.

    0

    0
  7. wadoyok says:

    Gosip2 kat malaysia ni memang umpama kalau takde angin pokok takkan goyang. Tukang sampaikan citer2 rahsia artis ni pun kalangan org2 terdekat artis2 tu sendiri. So takyah la nk deny artis2 oi..
    Kalau ye pun mas anizan madu ko apa salahnya kan… ko pun no.2 kan… ok la tu… karma.

    0

    0
  8. Emmmm says:

    Sendu sendu sendu sekalian…..

    0

    0
  9. cencalok says:

    klako…satu kg mas anizan tau kot hsband baru dia reezal merican n dia bermadu ngan lyn…takkan dia lak x tau.

    0

    0
  10. Items says:

    It’s ok Lynn.. Kami memahami.. Tak ngaku tak apa.. ;))

    0

    0
  11. ann says:

    nanti kalau kuar statement yg mengatakan si mas anizan ni isteri ketiga, aku cari balik entry ni!!!

    0

    0
  12. mawar xde duri says:

    mana datangnya nama alkhaired lak ni??adik beradik shasha alkhaired tu ke??x paham aku

    0

    0
  13. aini says:

    biasalah….bila mengambil mmg seronok tp bila diambil sakit rasanya….

    0

    0
  14. sedare mas says:

    Secara Jujur nya memang betul Mas Anizan kawin ngan Dato’ sebagai bini ke3. Anak pun baru lahir.

    0

    0
  15. cikyam says:

    Awat? Betul ke chek nombor tiga?? Laaaa kasihan dekat istri2 datuk tu noooo…. kalo aku, baik la aku cari duda kaya ja….

    0

    0