Written by Bella | December 2nd, 2015

Jika bulan lepas Lynn Al- Khaired ataupun sebelum ini dikenali sebagai Sharifah Haslinda dikhabarkan bakal bercerai dengan suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican, terbaru aktres itu telah menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya itu selepas kedua-duanya bersetuju untuk berbincang mengenai rumah tangga mereka.

Lynn selaku  plaintif membuat penarikan balik itu melalui penguamnya Ummi Kartini Abd Latiff hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan didengar oleh Hakim Syarie Abdul Fattah.

Abdul Fattah Kkemudiannya meluluskan permohonan palintif dengan kebebasan untuk memfailkan semula namun atas alasan dan fakta yang berbeza.

Aktres yang sedang hangat dengan watak Dolly menerusi  drama Dhia Sofea  itu sebelum ini telah memfailkan penceraian terhadap Reezal Merican pada 1 Oktober lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Lynn dan Reezal mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2005. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Harapnya perbincangan tersebut akan dapat menyelamatkan rumah tangga yang dibina. Semoga jodoh Lynn dan suaminya masih kuat. InshaAllah.

Sumber Berita: mStar Online

16 responses to Lynn Al Khaired Tarik Balik Permohonan Cerai Terhadap Suami

  1. moooo says:

    berumahtngga ni kne byk toleransi.
    jgn mcm budak2. dh bernikah bukan mcm main pondok atau main dokter2.
    sume nye kne ikut landasan agama.
    berubahlah sikit.
    dh berusia.
    Allah beri jodoh yg berpngkat dan beruang, jgn lah wasting idup ini.

    0

    0
    • Puteri says:

      Beruang? Hihiii
      Berwang la… :)

      0

      0
      • annoyma says:

        Asal cukup makan dan pakaian…gi holiday overseas dia bagi….syukur alhamdulillah. Jangan banyak songel nak demand lebih2.

        0

        0
        • Pekerja Gomen says:

          Relax la Lin….
          Watpe nak bercerai…
          Yg menjanda skang pun dah takde stok laki bujang..
          Semua laki org je yg tinggal…
          Yg laki bujang… nak kahwin ngan janda mak plak tak bagi…
          Ada retis janda yang Kengkadang desperate giler… laki kawan baik pun dirembatnya..
          Yg ada laki ni tak payah nak pk bercerai… kita belajar tolak ansur udah yek.

          0

          0
        • Enter Your Name says:

          aku cume nak cakap..aku nyampah dengar slang die bercakap dalam crite dhia sofea. macam siakk

          0

          0
  2. Batuapi says:

    Sendu ni ke? Sombong sangat takmacam adik2 dia… g farmasi potong queue orang.. marah cashier sbb lmbt.. padahal beli ubat kutu je kot… rambut serabai mcm hantu

    0

    0
  3. anon says:

    kesian sendu nak popular balik tapi org nyampah tengok..tua kedu

    0

    0
  4. Ibu says:

    Proceed atau tarik balik permohonan cerai guna lawyer tetap kena bayar lawyer fees, mungkin duit tak de masalah bagi golongan mereka ni kalau berkali kali pun failkan kes, rezeki lawyer tu

    0

    0
  5. Baby Pink Sikit says:

    Merahnya!!!!!!!! Warna favourite kot!!! Memang garang dia ni!!

    Nak cerai lagi?! Concentrate besarkan anak2, make yourself busy, go travel, manjakan diri, take up hobby, muhasabah diri …. tak yah think so much.

    Hidup di dunia ni singkat!

    0

    0
  6. Minah senget says:

    aha… baik jaga laki and anak2
    sibuk nak bercerai…
    dia rampas laki org sampai sanggup jadi bini no 2… Tp time laki dia nak tambah bini no 3… buat kacau pulak…

    0

    0
  7. mak tiri says:

    tapi lakonan lynn mantap…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    oh lama dah depa ni kawen. aku ingatkan baru 3-4thn kawen

    0

    0
  9. nonaaaa says:

    alaaaa….. baru nak ngorat dato…… :(

    0

    0