Written by Bella | November 9th, 2015

Baru sahaja ingin kembali kepada dunia lakonan, Sharifah Haslinda ataupu Lynn Al-Khaired khabarnya bakal bercerai dengan suaminya  Datuk Seri Reezal Merican iaitu Timbalan Menteri Luar.

Sebutan kes mereka juga telah diadakan kira-kira jam 3 petang tadi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Lynn bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili oleh peguam beliau.

Buat masa ini Lynn tidak mahu memberikan sebarang kenyataan lanjut berkaitan isu tersebut dan sebutan semula kes mereka telah ditetapkan pada 2 Disember hadapan.

Lynn dan Reezal mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2005. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Erm.. agak terkejut juga kami mendengar berita ini, rasanya baru sahaja haritu menonton rancangan Datin Masak Datuk Suka dan mereka kelihatan sangat menghargai antara satu sama lain.

Sumber Berita: mStar Online

39 responses to Lynn Al Khaired Dan Suami Reezal Merican Bakal Bercerai?

  1. minah jambu says:

    huh !

    0

    0
  2. minah jambu says:

    comel2 n hensem anak2 lynn…tkpe la lynn kalau dh tentukn untok becerai teruskn aje..dh suratan nk buat camana kan ape2 pon u jangan stress u maseh lagi jambu tinggi lampai n sweet..kerja untok idop ..idop untok kerja ..

    0

    0
  3. minah jambu says:

    hepi dpavali semua yg beragama hindu semoga perayaan dpavali di sambut dengan penuh meriah…hormat meghormati antara satu sama lain tk kire bangsa dn agama hepi holidayyyyyyyyyyy…!

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Suami tak izin berlakon kot? Anyway minat kat lynn n shahirah

    0

    0
  5. Cik mas says:

    Rasanya ni perceraian ke 3… Semoga tabah

    0

    0
  6. cik mas cotek says:

    teringat masa die ni lakon dgn fahrin ahmad dulu.

    0

    0
  7. ayoyo says:

    mohon pencerahan. ni bukan ke syarifah syahora. nape nama nya telah berubah mnjadi alkhared?

    0

    0
    • Anonymous says:

      sharifah shahora?..hehe..ni kakak shira & sakinah la..prkhwinn prtma dia dlu ngn yanzen rasanya

      0

      0
    • full name says:

      Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired

      0

      0
    • Anonymous says:

      Ayoyooo… Ayoyo byk minum tairu kot, sudah jd fenin lalat. Ini lain org daa…

      0

      0
      • ayoyo says:

        aiyo ma… tenkiu kerana pencerahan. maaf saya x perasan. so adiknya yang viral tunjuk pusat kat youtube dulu ke? dan apa mkna al-khaired tu. bahasa arab ye?

        0

        0
        • al-jefry says:

          al-khaired tu keturunan syed-sharifah dier..ade al-sagoff,shahrudin,al-qadri,al-jefry n mcm2 lg..cer google..

          0

          0
  8. Nab jual tapawe says:

    Dgr citer si lynn ni boros. Tu yg pak menteri ni x tahan. Tokey marijuana pun bungkus kalau cmni.

    0

    0
    • lara alana says:

      bukan ke semua bini bini menteri kita ni semua boros2, tengok rosmah takde pulak najib nk ceraikan sebab bini dia boros. anyway artiskan memang gitu pun barang nk brand taknak kalah.

      0

      0
  9. wadoyok says:

    Baru haritu baca posting dia nak berlakon balik. Siap dah minta izin suami. Dalam hati masa tu terdetik – ni mesti nak cerai. Betul pun!! Dah agak. Artis2 ni kalau senyap pastu aktif berseni balik confirm ada masalah. Siti fairuz.. amelina.. ramai lagi. Xkuasa nak menghafal nama. Tapi bila mula2 kuar kenyataan nk aktif semula, bila tanya ada masalah rumahtangga ke? Confirm deny. Puiihhh!!!

    0

    0
    • lara alana says:

      ala kau ni macam tau pulak monolog semua org kan. biarlah org lama nk aktif balik berlakon, nak gantikan balik pelakon baru yg kayu sangat tu.

      0

      0
  10. enot says:

    Cerai orang UMNO dulu, nanti kita cerai pulak dengan parti UMNO pulak do pilihanraya akan datang…..

    0

    0
  11. krik krik says:

    Yang ni Sharifah Haslinda…skrg dah tukar jd alkhaired

    0

    0
  12. me says:

    da besa hdp mewah kena la pndai2 bdkari cr duit sndr pasni..ank2 tu ex husband x lupa tu msih tggjwb dia

    0

    0
  13. anon says:

    umur tak berapa tua,tapi muka nmpak tua sunggoh..ist wife dato ni intelektual dan kelas mana lyn boleh challenge dgn dia

    0

    0
  14. kiah says:

    kenapa muka lin mcm micheal jackson

    0

    0
  15. anon says:

    Agaknya dia marah sb laki dia kawin lain hari tu ….dgn si Mas ape tah…

    0

    0
  16. annoyma says:

    Apasal nak cerai?!….kesian anak2..nnti terjejas masa depan diaorang….kalo suami buat hal pun, asal kehidupan kau dan anak2 dia jaga, biarkan jer..lagipun kau bukan bole demand pun sb 2nd wife….omputeh kata ‘what goes round..must come round’

    0

    0
  17. Mak esah says:

    Lyn ni dulu bekas ex penyanyi Rusty blade tu kan ??

    0

    0
  18. lulu says:

    Kn Dato Seri dh kawin lg kali ke 3….dh x sanggup la tu…dulu dia yg isteri muda la ni ada lg isteri yg lbh muda…memang lg muda pn bru dlm 20 an & lg cantik… begitulh klau kawin dgn org yg kaya ni…sanggup & tk sanggup jer…

    0

    0
  19. nil says:

    Tumpang lalu yer..
    Di manakah silapnya kita tidak tahu. Kenapa perlu bercerai berai,..anak2 masih memerlukan kasih syg dan perhatian. Sana isteri sini isteri,..kahwinlah jika anda mampu.
    Jika suami tdak mngizinkn sesuatu perkara,..mngapa hendak dilakukan juga. Mungkin depan reporter dlm media hiburan boleh mngatakan telah minta izin suami utk itu dan ini,..tapi adakah suami benar2 mngizin@mmbenarkn. Pada para suami pula..mentang2 talak ditangan anda sesuka hati je utk lafazkan..cuba bawa bertenang dan berbincang.
    Ada beberapa artis yg diundang dlm rancangan semanis kurma..tak lama selepas itu bercerai..haishhh…baru saja dijemput dlm rancangan motivasi begitu…dh bercerai..KENAPA YE..?..apa lgi yg tak kena dgn mereka2 seperti ini…
    Saranan sayalah…ada baiknya wanita di luar sana bila ada kerjaya, sudah ada kerja yg bagus..bekerjalh selagi termampu…setdak2nya ada bekalan utk kita tdak terlalu mnghrapkn si suami, andai si suami ok alhamdulillah. jika sebaliknya..?
    …sikit2 nk berlakon sikit2 nk jadi artis,..errggg

    0

    0
  20. moi says:

    Erm muka si pak menteri ni tak semegah. Nasib la ko banyak duit. Huh!

    0

    0
  21. Minah says:

    Retis retis…. dah dapat lubuk emas pon x bahagia lagi. Apa yang dicari?

    0

    0
  22. bedah bedot says:

    Dulu berkahwin dengan suami orang….pastu orang kahwin dengan suami dia pulak….macam roda. Sakit hatikan???? Untuk wanita2 semua, tolonglah jangan ambil laki orang….perit, pedih dan terhiris….

    0

    0
  23. bb says:

    tula…skrg allah bayar cash je…dulu ko amik laki org..ms 1st wife dlm pantang rasanya…baru kawin je pakai tudung konon..bagus berjumpa di mekah terus kawin…kesian 1stwife cari suami dlm pantang ms tu bila tau laki nak kawin lain

    0

    0