Lurve Is In The Air

Hiburan

Lurve Is In The Air

###Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru

lurve

Advertisement

Cinta atau dalam bahasa orang putihnya love sememangnya mengasyikkan. Tipulah kalau anda kata yang anda tak pernah bercinta. Tak kiralah cinta kepada jantina berlawanan, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada binatang peliharaan atau cinta kepada Yang Esa. Kesemuanya manis-manis belaka kan?

lurve

Abang Nara sekarang pun tengah dalam fasa bercinta jugak. Bukan bercinta dengan Lisa Surihani, Diana Danielle ataupun Scha Al Yahya macam yang Abang Nara selalu gembar-gemburkan. Tapi bercinta dengan seseorang yang Abang Nara cintai sepenuh jiwa dan raga. Dan semestinya dalam asyik memadu cinta, pastinya ada gaduh, rajuk, cemburu dan seribu satu ragam.

Mungkin video Lurve oleh Hamlet di atas dapat menggambarkan fasa percintaan yang pernah dialami setiap manusia. Hari ini gaduh, malam calling-calling untuk pujuk, esoknya dah berjiwang balik. Tapi Abang Nara tak adalah gaduh dan merajuk sampai baling-baling dan pecah-pecahkan barang seperti video di atas. Rajuk sikit-sikit tue adalah.

lurve

Setiap kali si dia merajuk memang agak stress jugak Abang Nara dibuatnya. Bukan apa, sebab terpaksa perah otak untuk fikirkan ayat-ayat romantis dan jiwang untuk pujuk balik buah hati. Kadang-kadang rasa putus asa dan tak mahu pujuk lagi dah sebab dah guna pelbagai cara tak berjaya. Tapi bila tengok video Lurve AkiraCeo kat bawah nie, Abang Nara terus bersemangat kembali untuk memujuk buah hati yang tersayang.

Memang Abang Nara respek dengan kekreatifan AkiraCeo buat video Lurve yang mencerminkan kasih sayang dengan binatang-binatang yang comel. Setiap kali tengok video nie, Abang Nara bayangkan yang diri ini adalah kucing dalam video tersebut. Abang Nara tak nak jadi sedih macam si kucing apabila kawan baiknya tak ada di sisi dia lagi. Sebab tuelah Abang Nara bersemangat waja untuk memujuk si dia sebab mahukan dia selamanya berada bersama Abang Nara.

lurve

Buat AkiraCeo dan snek Lurve, terima kasih atas video anda yang memberikan saya semangat untuk terus bercinta dengan si dia. Setiap kali saya menonton video anda, diri ini terasa yang LURVE IS IN THE AIR.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...