Written by Bella | July 25th, 2016

Minggu lepas beberapa keping foto Lufya Omar bersama seorang jejaka yang dipercayai tunangnya telah tersebar di media sosial.

Untuk mendapatkan kepastian adakah benar Lufya sudah bergelar tunangan orang, pihak Media Hiburan telah menghubungi jejaka berkenaan iaitu Muhammad Hafiz Che Baharum.

Menurut Hafiz, beliau mengakui sudah pun mengikat tali pertunangan bersama Lufya pada awal bulan sebelum Ramadhan lepas. Mereka berdua sudah bercinta hampir setahun lamanya.

Majlis pertunangan mereka berlangsung secara sederhana sahaja di kediaman Lufya yang terletak di Damansara.

Kami telah berkenalan hampir setahun dan tahun kedua 2016 ini pada awal bulan sebelum puasa kami sudah pun mengikat tali pertunangan dengan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga kami sahaja. Majlis sederhana itu diadakan bertempat di kediaman rumah Lufya sendiri di Damansara.

Walau bagaimanapun untuk resepsi persandingan yang bakal diadakan pada hujung tahun ini kami akan menjemput pihak media juga. Pun begitu, tempat dan lokasi resepsi masih lagi dalam perancangan, sampai masanya akan kami umumkan.

Antara sifat Lufya yang memikat hati Hafiz ialah wanita itu seorang yang ikhlas, amanah, jujur serta boleh bertolak ansur. Malah, Lufya juga memahami kerjayanya sebagai seorang doktor.

Lufya merupakan seorang yang jujur dan pegang amanah, bertolak ansur serta ikhlas dalam membuat sesuatu keputusan. Paling menambat hati saya, Lufya seorang yang sangat dekat dengan aktiviti dan pengajian agama Islam. Ada masanya ketika saya hubungi Lufya, dia sedang mengikuti kelas agama.

Soal kerjaya saya pun Lufya juga sudah faham. Walaupun sesibuk mana saya akan curi masa untuk menghubunginya.

Sama cantik dan sama padan Hafiz dan Lufya. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua. Semoga segala perancangan untuk majlis raja sehari mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Media Hiburan

27 responses to Lufya Sah Sudah Bertunang Dengan Seorang Doktor

  1. minah jambu - safety first says:

    macm mat arab arab aje hensem..

    0

    0
  2. kentut sate ayam... wow.. wow !!!! says:

    sapa nak bau kentut sate ayam freeeeee ?????!!!!

    0

    0
  3. Wawa says:

    Hensem bakal laki. Lufya ni yg pernah gado dgn ketiak lecak tu kan nara?

    0

    0
    • afeg says:

      yg ketiak lecak dia. yg marah sbb disamakan dgn lufya ni zarina anjoulie. dah insaf dah dia skrg. Alhamdulillah..

      0

      0
  4. Mimi says:

    Rezeki Lufya sebab bersabar.
    Haritu aib terbuka pasal ketiak la, lepastu dengan kerabat la,
    bagus nasib Lufya dapat doktor hensem :”)
    She’s not bad at acting too, teringat yang dia berlakon bisu/guna bahasa isyarat tu memang menjadi

    0

    0
    • lol says:

      Awekku Bukan Awekmu … aku pun sukerrr gila cite tu.. Johan masa muda2.. :D

      0

      0
      • kakmona says:

        Ha3.. bila dia kata ada masanya dia call lufya, dia sedang mengikuti kelas agama kan.. terigt aku kat ex supervisor ms prektikel.. a single father.. dia kata “ms aku bcinta dgn ex wife dulu.. asal aku call je tgh solat.. tgh ngaji. Lps kawin langsonggg aku xpnh nmpk dia solat” kih3
        *dia cite camtu kat aku sbb ms tu aku ckp boifren aku baik, bla bla bla. Tu dia bg example ex dia tu.

        0

        0
  5. Hajar rahman says:

    Lepas satu satu ..
    Apahal la bujang2 pekeja GOMEN ?
    Artis artis tak nk ke buat suami…:-(

    Kesian

    0

    0
  6. DOKTOR PAKAR TERHEBAT DI DUNIA says:

    CHE MUHAMMAD HAFIZ BIN CHE BAHARUM NI HOUSEMAN JE PON..BRU SETAHUN KEJE..BELUM LG FULL DOCTOR, APC PON XDE LG..XPAYAH NK TERHEGEH2 PAKAI GELARAN DOKTORLA..BANGGA SGT..PUIIIHHH

    0

    0
    • slash says:

      kalau pergi hospital pon, yang rawat ko tu pon doktor HO jugak. sebab dah mmng diorang DOKTOR. Kementerian kesihatan yg bagi gelaran tu. Ko saper nyah???

      0

      0
    • xxx says:

      hahaha. houseman tu pun doktor la jugak -__- dorang as known as doktor pelatih. ko ni mesti tak tahu kan general knowledge. hahahah. dorang memang doktor even kau pertikaikan dorang houseman. sebab…. dah memang dorang doktor.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Baguih info ko ni ..

      0

      0
    • Mimi says:

      kelakar la komen DOKTOR PAKAR ni, houseman dah memang doktor pun.
      Biar je lah. I tak lah minat lufya sangat, tapi I think she’s a good girl.
      Tengok cara dia reply masa kes ketiak tu dia rilek je,
      lepastu yang I kesian sangat masa kes kerabat tu.

      0

      0
  7. nok gebuzzz says:

    bagus la lufya…org kate biar sendu jgn jadi mcm si ruhainies tu dah la sendu,x abis2 kisah ngan jantan sana sini

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Ketiak basah masok AF dulu…lol

    0

    0
  9. Minamie says:

    Bertuah lufya dapat che hafiz.family che hafiz very humble and down to earth walau kaya raya.pegangan agama pun kuat.harap lufya dapat menyesuaikan diri nanti

    0

    0
  10. ykaash says:

    Asal cerita Lufya keluar.. Asyik benda sama je korang cakap.. Cuba la move on.. Ntah2 apa la.. Perkara da lepas kot.. Hmm.. Apa2 pun.. Tahniah Lufya.. Sama cantik.. sama padan.. Semoga Tuhan memberkati hubungan kalian ya..

    0

    0
  11. cik nin says:

    hekeleh korang ni mcm la ketiak korang tak pernah basah…poyo je ckp org ntah2 ketiak sndri berkolam hahaha

    1

    0
  12. Anonymous says:

    dh nama pun manusia normal laa klu ketiak basah..berpeluh…y ckp ketiak basah ni aku syak spesis beruk sbb beruk ketiak x basah…

    0

    0
  13. kakmona says:

    Ha3.. bila dia kata ada masanya dia call lufya, dia sedang mengikuti kelas agama kan.. terigt aku kat ex supervisor ms prektikel.. a single father.. dia kata “ms aku bcinta dgn ex wife dulu.. asal aku call je tgh solat.. tgh ngaji. Lps kawin langsonggg aku xpnh nmpk dia solat” kih3
    *dia cite camtu kat aku sbb ms tu aku ckp boifren aku baik, bla bla bla. Tu dia bg example ex dia tu.

    0

    0