Written by Bella | June 20th, 2016

Hani Mohsin,  pelakon yang cukup hebat sekitar tahun 90 an dan kata orang cukup berkaliber orangnya. Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah 10 tahun beliau meninggal dunia.

Untuk pengetahuan anda, Hani Mohsin menghembuskan nafas terakhir pada 25 Julai 2006 akibat serangan jantung.

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran arwah Hani Mohsin, bekas isterinya Puan Sri Tiara Jacquelina telah menulis sebuah ucapan yang cukup menyentuh hati ramai di akaun Instagramnya.

Didalam luahan Tiara, beliau mengucapkan terima kasih kepada arwah yang membimbing beliau untuk mengenali Islam sewaktu mereka bergelar suami isteri dahulu.

Berikut luahan penuh Tiara :-

Hari ini, 18 Jun, hari lahir seorang insan istimewa, someone I had shared 5 years of my life with. Sayangnya, sudah 10 tahun beliau meninggalkan kami. Dearest Mohsin, I pray you are at peace now, in Heaven, beside your father, mother and brother.

Terimakasih kerana membimbing saya mengenali agama islam, terimakasih untuk persahabatan dan kasih sayang yang pernah kami lalui satu ketika dulu.  Alfatihah untuk Hani Mohsin, terimakasih kepada para peminat yang sentiasa mendoakan beliau. Happy Birthday. #alfatihah #hanimohsin

Netizen yang membaca luahan berkenaan turut menyedekahkan Al-Fatihah buat Hani Mohsin dan pada masa yang sama memuji sifat Tiara yang masih mengekalkan hubungan baik dengan arwah meskipun sudah membawa haluan masing-masing.

Hani Mohsin dan Tiara Jacquelina mendirikan rumah tangga pada 11 September 1993 sebelum bercerai pada 16 Februari 1998.  Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Hani Karmila.

15 responses to Luahan Tiara Jacquelina Sempena Hari Lahir Hani Mohsin Buat Netizen Tersentuh

  1. inheaven says:

    Alfateha…Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya, Amin. Baik kak Tiara…walaupun bukan born muslim…berbeza ngan Chef Wan

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      kenape ngan chef wan ? kenape nk sebut nama chef wan pulak ??? bulan2 puasa ni pon nak cakap2 pasal orang eh ??

      0

      0
      • maya karen says:

        chef wan kan x suka arwah kapel dgn serina. siap gdh2 ank beranak time tu. tp dh x de jdh kan. tp x elok sebut2 chef wan. bnda dh berlalu. lg pn ni page psl tiara. komen psl kebaikan tiara dh la. huhu

        0

        0
        • amoi says:

          haah..aku ingat lagi..chefwan mengamuk bila tahu arwah bercinta dgn serina…mmg kontroversi sungguh la masuk melodi bagai…x slh aku sbb arwah tu duda anak dia tu dara..sekurang2nya arwah hormat chefwan sbg bapak serina..kalau org lain aku rasa dah bwk lari dah…

          0

          0
        • minah jambu terlajak habis says:

          tu kesah lama cuba jangan di ingat2 kan lagi itu kesah..doa kan yg terbaik untok tiara dn anak dia bersama hani..semoga di sayangi Allah selalu..

          0

          0
    • Mama says:

      Adoiii kenapa nk ungkit psl hal nie..mgundang btul posa2 nie..kn chef wan dah jelaskn kenapa masa tu dia mrh..tak slh mse tu dlm tv 3 masuk bual bicara..dia merayu..ank dia muda lg..dia nk suh ank cari ilmu dulu..belakon pon bru sgt masa tu.sbgai bapak wajar la dia larang..dia kata pergi bljr dulu..cari masa dpn..dah settle semua..buat la apa nk buat pon.slh ker seorg bapak yg mbsrkn ank dia slama nie bsikap mcm tu.
      D sbbkn hangat bcinta,serina smpai bgaduh dgn chef wan. Ckp apa pon tak dgr dah masa tu.hati bapak mana tak hancur.
      Slmt hari bapa.tq

      0

      0
  2. nok gebuzzz says:

    Al fatihah…bagusnyer tiara ni,walaupon skrang kaya raya x lupa diri..x nyombong mcm sesetgh retis baru up sikit dah rase diri diva..good luck to u tiara!

    0

    0
  3. cik nona says:

    so sweet . sayangnya jodoh tak panjang . tapi hakikatnya Allah lebih mengetahui . Al-fatihah

    0

    0
  4. aku says:

    eh tiara ni convert ke?
    ingatkan mmg islam dr lahir
    hehe

    0

    0
    • Mohd Syafiq bin Jabaruddin says:

      Masa kecil dia agama Buddha lepas tu dia convert ke agama Kristian dan jadi Muslim lepas kahwin arwah Hani Mohsin.

      0

      0
  5. Anonymous says:

    Saya antara peminat arwah Hani Mohsin dan beliau antara artis yang berpelajaran tinggi. Dulu nengok beliau berlakon rasa tenang jek air muka die, lagi2 die senyum, menggoda abes =) Tempat beliau tiada gantinya di arena seni ni, alfatihah…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Mana gambar ank tiara .dengan mohsin haeni karmila dah besar dah kut.

    0

    0
  7. bola maniss says:

    tv2 pon layan BN ke?? yela paham paham… kikikiki

    0

    0
  8. shahz says:

    Al fatihah utk arwah Hani Mohsin. Teringin jgk nak tgk Hani Karmila skrg. Usia dah 20 thn kot. Maybe Tiara pon x nak dia involve dlm dunia seni.

    0

    0