Luahan Pembaca BeautifulNara Mengenai Maharaja Lawak Mega 2013

Hiburan

Luahan Pembaca BeautifulNara Mengenai Maharaja Lawak Mega 2013

Setiap hari Jumaat adalah hari menonton Maharaja Lawak Mega 2013 untuk Abang Nara dan keluarga. Memang boleh buat gelak, hilang stress dan buat diri ini tersenyum. Walaupun secara jujur kadang-kala ada lawak yang tak menggeletek hati, namun biasalah bukan mudah untuk buat lawak yang bombastik setiap minggu. Dari pandangan Abang Nara, Shiro, Bocey dan Wala memberikan persembahan yang konsisten setiap minggu.
maharaja lawak mega 2013Namun seperti biasa setiap program pasti ada cacat celanya. Mengikut pemerhatian Abang Nara, jumlah pemberian bintang oleh para juri agak kelihatan berat sebelah. Kumpulan-kumpulan popular dan otai diberikan jumlah bintang yang tinggi walaupun persembahan yang ditunjukkan hambar. Hujung minggu lalu, lawak kumpulan Boboi telah menyebabkan salah seorang juri iaitu Nora Danish terasa hati. Kata Nora:-

Ketika Boboi membuat persembahan tersebut, saya serta barisan juri lain terkejut dan wajah kami masing-masing terus berubah. Jujurnya saya tersinggung dengan Boboi. Saya serta juri-juri lain sayangkan mereka tetapi rasanya mereka tidak patut membuat lawak menyindir sedemikian.

Saya rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab kami dipilih. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas. Jujurnya, saya syangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah ‘otai’ dalam industri ini. Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu

maharaja lawak mega 2013

Dan minggu lepas, Abang Nara menerima satu email daripada pembaca BeautifulNara yang meluahkan pendapatnya mengenai Maharaja Lawak Mega 2013. Abang Nara bersetuju dengan “point-point” yang ditulis olehnya. Mungkin ada pembaca BeautifulNara yang mempunyai pendapat sendiri. Boleh kongsikan di ruangan komen. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca luahan hati pembaca BeautifulNara mengenai Maharaja Lawak Mega 2013.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat krew beautifulnara dan readers BN sekalian.

Saya sebenarnye ingin meluahkan pendapat saya berkenaan MaharajalawakMega 2013 yang sedang berlangsung bulan ini.Saya sungguh dukacita dengan program ini sebenarnya. Pada saya program ini sudah membuatkan hati saya tidak gembira dari minggu ke minggu.

Sebab utama saya berkata demikian kerana pada saya mungkin 1 Malaysia sudah tahu bahawa Sepahtu dan Jambu sering sahaja merangkul tangga teratas. Undian demi undian dipancing setiap minggu untuk meletakkan kumpulan pujaan di tangga pertama tetapi apa yang saya lihat minggu demi minggu persembahan Sepahtu dan Jambu seolah-olah sudah kehabisan idea dan lawak yang diutarakan lebih kepada spontan dan sembang kosong.

Jelas kelihatan seolah tiada homework yang dilakukan.mereka merasakan jika mereka tidak bekerja keras sekalipun tidak mengapa kerana mereka mempunyai fans yang ramai berbanding kumpulan lain.

Saya melihat ada sesetengah kumpulan ‘gangster muda’ (bak kata afdlin shauki) tuju kepada peserta baru. Pada saya mereka mempunyai mutu yang jauh lebih baik dari ‘gangster tua’.

Mereka sudah cuba untuk melakukan yang terbaik setiap minggu, saya amat menghormati cara mereka menghiburkan peminat dengan cara yang ‘tidak sambil lewa’ tidak seperti kumpulan otai yang lain.

Saya okay dengan juri yang lain tetapi saya cukup terkilan dengan sikap juri Datuk Yusuf Haslam kerana jujurnya saya katanya beliau tidak layak sama sekali menjadi juri kerana beliau sangat berat sebelah dan rasanya bukan saya seorang yang merasakan demikian.

Adakah adil untuk peserta bawahan yang sudah melakukan terbaik tetapi mendapat hanya satu atau dua bintang sahaja hanya kerana mereka tidak popular seperti peserta nama besar yang lain? Amat menjengkelkan apabila kumpulan yang popular itu lah membuat persembahan ‘biasa-biasa’ saja tetapi mendapat hingga tiga dan empat bintang dari Datuk Yusuf Haslam.

Saya tidak setuju apabila Boboi menggunakan teknik persembahan yang hambar dengan sindiran demi sindiran terhadap artis atu baru-baru ini terhadap astro melalui luahan rasa bahawa mereka ingin segera tarik diri dari Maharajalawakmega. Saya merasakan seperti mereka tidak professional dan amat tidak masuk akal apabila sekali lagi Datuk Yusuf haslam memberikan mereka tiga bintang.

Saya suka mengikuti rancangan ini dan saya berharap pihak astro mampu lakukan sesuatu sebelum saya atau mungkin ramai lagi yang akan mula menjauhkan diri dari menonton rancangan kelolaan astro yang pada saya sebuah rancangan yang bagus. Jangan jadikan ia sebagai rancangan yang merosot jumlah penonton minggu demi minggu.sekian terima kasih dan salam 1 Malaysia.

Advertisement

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...