Written by AbangNara | September 22nd, 2014

Kontroversi yang melanda Shila Amzah sememangnya menjadi perbualan paling hangat antara peminat dunia hiburan sejak minggu lalu. Hari ini penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza turut sama telah memberikan pendapatnya mengenai kemelut yang melanda Shila Amzah dan media Melayu. Hari ini juga, Abang Nara menerima satu email daripada seorang pembaca BeautifulNara yang agak menarik untuk dikongsikan bersama anda semua.

shila amzah

Sekiranya anda peminat Shila Amzah, luahan hati ini juga amat sesuai untuk bacaan anda. Bacalah dengan hati terbuka. Abang Nara tahu anda sayang dengan penyanyi kesayangan anda. Namun janganlah sampai teguran yang baik pun tak diendahkan. Berikut ialah email yang diterima:-

D ibawah adalah tulisan saya buat Shila Amzah. Sekiranya sudi bolehlah jika di post di laman beautifulnara, jika tidak mungkin boleh disampaikan kepadanya.

Sudah lama saya perhatikan Shila Amzah dan para peminatnya. Jujur saya katakan, ya dahulu saya meminati beliau. Shila memang mempunyai bakat yang besar dan dia mampu untuk pergi jauh dalam kerjayanya. Namun begitu, saya mulai kurang gemar dengan dia bukan sahaja akibat gossip2 di media namun kerana saya mengikuti sendiri account twitternya pada masa itu.

Lama kelamaan saya dapat lihat bahawa Shila Amzah kurang matang dalam menangani apa jua hal. Baik tulisan wartawan dalam mana-mana artikel ataupun tulisan daripada peminat yang cuba menegur beliau di twitter.

Sebagai seseorang yang sudah menginjak usia ke 24 tahun dan pernah merancang untuk berkahwin, seharusnya Shila lebih matang dan tangani tulisan-tulisan negatif itu semua dengan lebih tenang. Cara yang betul harus digunakan bukan dengan menyalahkan seratus peratus ke atas orang yang menulis itu. Ambil yang jernih dan positif dari tulisan-tulisan itu dan yang negatif lemparkan sahaja dan dibuang jauh-jauh. Tetapi tidak perlu lah hendak membalas balik dengan kenyataan-kenyataan seperti diri sendiri sesuci kain putih dan orang yang menulis itu sejahat-jahat manusia.

Ingatlah! Cara kita mengangani tohmahan menunjukkan kematangan. Kematangan membuatkan orang respect kepada kita. Dengan perangai Shila yang lebih kepada kebudak-budakkan, tidak mustahil satu hari nanti Shila akan hilang nama. Sayang jika bakat yang ada terbuang begitu sahaja nanti.

Saya juga kurang gemar dengan peminat-peminat fanatik Shila Amzah. Bukannya saya hendak menghentam, namun anda semua seharusnya menaikkan lagi nama artis pujaan anda. Bantu dia untuk terus maju dan maju lagi dengan kerjaya nya. Bukannya ikut sama naik menghentam orang-orang yang menulis tentang dia.

Memang benar bak kata Shila mungkin “Media Melayu” lebih berminat akan kisah peribadinya. Tapi harus diingat, tidak akan datangnya cerita jika tidak dijadikan sendiri oleh tuan empunya badan. Ingatkah Shila bahawa dulu jarang sekali ada gossip tentang dirinya. Namun semuanya berubah sejak drama sebabak Shila yang melarikan diri dari keluarga setelah kecewa dahulu. Lupakah dia? Jikalau tidak ada drama sebabak itu dan Shila terus tenang dalam menangani hal peribadinya tidak mungkin wartawan akan menulis dengan coverage yang begitu besar sekali. Bukan begitu?

Hari ini mungkin Shila di atas, hari ini mungkin Shila disanjung oleh bak kata peminat2nya “Media Cina”, tapi esok lusa? Percaya kata saya bahawa satu hari nanti bukan sahaja media, namun peminat bakat Shila Amzah pun akan mulai jelek dengan sikap dia dan peminat-peminat fanatiknya yang suka menghentam orang lain kembali.

Saya cuma mahu Shila untuk lebih matang, begitu juga dengan peminat-peminatnya kerana bakatnya terlalu besar untik disia-siakan.

Kita tidak akan selamanya di atas. Beringatlah!

Sekian.

shila amzah

Apa pendapat anda? Kalau anda peminat Shila Amzah dan mahu meluahkan apa yang terbuku di hati, sila hantarkan email ke hi@beautifulnara.com. Sila tulis dalam bahasa baku dan menggunakan perenggan. Secara jujur, Abang Nara pasti ramai pembaca BeautifulNara yang mahu mendengar pendapat anda dalam hal ini. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

74 responses to Luahan Hati Seorang Pembaca BeautifulNara Untuk Shila Amzah

  1. LisaSha says:

    Harap menjadi pengajaran kepada semua artis di luar sana. Matang dan tenang dalam menghadapi ujian dan dugaan yg mendatang. Menunding jari tidak dapat menyelesaikan apa jua permasalahan.

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku ingat zaman kipas susah nak mati sampai sanggup maki2 org ni wujud zaman siti masa muda je, zaman shila amzah pun masih wujud.. dari keturunan yg sama ke??? dari mak turun ke anak??

      1

      0
      • Julia Jakarta says:

        Malaysia negara Israel Asia ! Konsert nya aja ditaja syarikat judi , ngak tawu malu ,

        Agnez Mo – No 1 in ASIA

        0

        0
        • Anonymous says:

          agnes monica yang berbadan sado itu? menanyi suara ke laut itu??? omg org indon dah dtg!

          anyway compare agnes monica, bagus lagi si rossa!

          konsert ditaja syarikat judi tu ada bukti ke????

          0

          0
        • Wahai julia jakarta,
          Kami di Malaysia ni bukan hidup dlm 1 agama aja. Kami hidup dalam berbilang agama and mixed with other races. And if benda ni betul org luar tak tahu pun sbb benda ni dpt tahu lepas concert shila dah berlangsung. Klau sebelum berlangsung org dah bising kau rasa2 dia still nak buat concert tu? Nah lagi satu takda sapa pun kenal AGNEES MONICA korg tu yg kenal Malaysia dgn indon je. kau try pergi china, korea, jepun ,thailand, filipin yg negara2 asia tu tanya takda nya dorg kenal ke tak. Dorg tak kenal pun. Klau nak ckp pasal lagu coke bottle featuring dgn T.I and timberland tu alahai i bet you yg tgk negara korg je. Org kat US tu sikit pun tak tahu lagu Agnes monica tu. Nak panggil negara kami israel ? Palestine puji Malaysia atas keberanian sbb media malaysia yg byk tlg dorg and bantu reveal the truth about israel. And Malaysia yg plg byk kedepan bantu gaza sampai Negara kami diuji dituduh oleh israel mcm2 . Aku tak bangga pun tapi mana effort negara lain nak bantu saudara2 kita kat sana Malaysia negara yg kecik ni lah yg plg byk bersuara .tak payah nak byk bunyi panggil org negara israel bagai kau tgk julia perez kau tu dulu baru cakap israel ke tak

          0

          0
        • Coreena A says:

          Omah julia ini ngapain? Kok slalu komentar yg buruk2 bila ada brita si Shila. Omah kalo lg mau ngefans Agnes ya udah…minggir! Omah Julia ini kalo lg panas badan karna monopos, makan ubat donk…biar adem…apa udah lma nggak d sentuh ama laki jadi stress gitu? Duh omah jgn ska bikin ribut, jgn ska brantem, minum tuh jamu perapet biar mulut omah ikut rapet ya. Kayak bebek aja si omah…

          0

          0
        • jula juli bintang tiga says:

          Agnez monika?? Stakat suara filter guna mesin tu. Terlompat2 mcm monyet kat zoo indonesia.
          Julia jakarta taw x monyet tu ape? Amek cermin tatap kat cermin tu. Nampak la sekor beruk kt situ

          0

          0
        • diva kertu says:

          Julia jakarta..
          Julia perez korunk tu pun dh mcm yahudi, pkaian ala2 mcm artis bogel jer..
          Video seksual ariel peterpan bertebar smpai negara lain
          Bile berjumpa laki perempuan buat budaya barat cium2 pipi. Bajet omputeh, padahal keturunan jawa surabaya je.
          Skang sape lg israel???

          0

          0
        • Anonymous says:

          agnes monica tu terkenal wehh,bukan kat us..kat korea sekali..pernah ada gosip dia dgn siwon,super junior..

          0

          0
    • Yahudi (Luahan Hati Melayahudi US) says:

      Eleh , Mila tu sampai ke Europe menang ok , Kau ?? Shanghai jer ??
      ASIAN sgt !!
      Yuna pon dah sampai US ok ? Kat Youtube tu byk org especially org Europe and US cover lagu2 dia , penulisan pon bagus , pandai bawa diri , tak macam kau ,
      Fans pon dari kalangan org puteh , tapi you Silah Amsah , setakat rakyat2 komunis yg muka mcm apam penyet , tolong lah , tawu knp Malaysia susah nk menang Miss Universe or Miss World ? Sbb ashik dok hantaq muka penyet ja , yg dpt top 2 pon sbb half white , tu pon still muka Asia kelihatan !!
      Stress !

      0

      0
    • miss ynwa says:

      peminat shila semua kawan2 syada (adik shila) yang belum tumbuh bulu
      thats the answer kakakakah

      0

      0
    • Jihad dalam gosip says:

      Harap2 tak de siapa tahu sbrnye i yang post surat ni..

      Sebagai pejuang dan penjihad dlam industri gosip tanah air..
      Moga melayu terus maju dalam dunia hiburan biarpun ditinggalkan
      dalam ekonomi seiring dengan slogan hidup melayu!! Hidup bumiputera!!

      0

      0
    • ddd says:

      Beria nye siap luahan2 bagai…

      Kite org luar ni tgok bace n lantakkan je…

      Beria nau mcm dpt insentif beribuuu..mhuhu

      0

      0
    • Anonymous says:

      Dh knp asyik liputan shila je pulak ni hai… shila ko suke x skang banyak cite ko kat media melayu? Happy x hari2 ade cerita ko.
      Yg media melayu dh terasa ngn si shila ni xpyh la kluarkn artikel dia terus. Baru dia tahu rasa. Pasni shila mmg patut terima kasih kat media melayu sebb hari2 kluar citer pasal dia skg ni. Even kontroversi nama dia panas blik. Kalo x mnyepi jer,,

      0

      0
    • abg nara saya ada cadangan says:

      Saya ingin mncadangkan supaya shila amzah n peminat2nya DIBOIKOT oleh semua media melayu termasuk media sosial! Abg nara n rotikaya take note! Kurang ajar punya peminat.suka hati ja mencarut n maki hamun kat sini..ya la identiti rahsia..cuba kalau org tau sapa korang..mak bapak pun malu nk mgaku anak kot!

      0

      0
      • ko sape ? says:

        komen ko pun blh thn krg ajar gak .. kalau nak boikot sekali pun .. boikot fan dia dah la .. pedenki ! … maaf ye … cadangan anda d tolak … wakaka .. pasal carut tu .. lg dulu dah pengomen carut pasal siti tu sblm isu shila lg .. ko nih baru join blog ni ke ? haa .. xkn x perasan .. tp aku xde la smp nak komen carut2 nih … just sekadar layan je rentak komen haters .. haha

        0

        0
        • Anonymous says:

          fan shila detected…. pembaca blog tegar kat sini tau la part mencarut2 ni bnyk kat artikel shila amzah dan kpop sahaja. ko xpayah nak bekap cam org bodo. komen kasar banyak, tp part mencarut maki tu mmg jatuh kepada fan shila yang xde ajaran mak bapak.

          0

          0
  2. mak jemah says:

    setuju..kebanyakan artis malaysia kurang matang..dan kurang didikan agama..

    0

    0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      bukan kurang didikan agamaaaaaa dorang sengaja nk cari pasalllllll..

      0

      0
      • Jiwa Kacau says:

        Mereka tidak matang krn TIADA PENDIDIKN AGAMA YG CUKUP wlpn usia sudah menjakau dewasa. Terlalu di manjakan tanpa batas sempadan. Masalah besar bukan ank2 shj tp dr Pendidikan Keibu Bapaan yg tdk mengikut garis panduan beragama. Terlalu mengejar duniawi yg fana ini hingga terlupa yg kekal hnya di akhrat kelak. Bukan utk golongan artis jer tp kita smua. Bertaubat sblm terlambat krn kematian akn menjemput kita bila2 masa shj. Smoga Shila & Kita smua mendpt Pengakhiran yg baik Husnul Khotimah. Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang. Aameen.

        0

        0
        • frinses says:

          klu cukop didikan agama…dia xjadi retis..bapak dia suh jd ustazah ja..

          0

          0
        • Jiwa Kacau says:

          Salam @frinses. Wlpn sy tak setuju karier artis yg tak ikut syariaat tp kita jngnlah labelkn semua artis itu tdk berakhlak. Ramai jg artis yg menutup aurat sepenuhnya & tdk bersentuhan. Lg pun dunia hiburan itu luas. Cuma pemilihan shj yg perlu di buat dngn bijak.Qasidah,nasyid,seni lakon nyanyian bukanlah satu cabang Seni Hiburan yg di Haramkan tp jk lari dr syariaat mk jatuh Haram. Ramai jg artis yg brakhlak tp mngkin mrk masih dlm kejahilan.Who knws mungkin hatinya lembut & one fine day mrk dberi hidayah spt kak pah mizz nina&ramai lg dngn Pngakhirn husnul khotimah

          0

          0
        • frinses says:

          wslm…sy stuju kata2 saudari/saudara cuma sy ckp dr segi AGAMA spt saudari/saudara tekankan..ikot2 aurat pompuan meliputi semua termasuk SUARA.xsalah berhibur spt saudari/saudara senaraikan cuma kalau pompuan ttp ada hadnya..sbb tu mizz nina dll artis brenti nyanyi sbb tau dan dah faham hukum yg Allah tetapkan..sbb tu sy ckp,kalau dia cukup ilmu agama dia/keluarga dia xkan pilih jalan utk jd penghibur..tp dh rezeki dia kot situ n semoga Allah tunjuk jalan yg betul utk dia n keluarga dia jgk..

          0

          0
  3. poyos la says:

    biarla dorg nk bgaduh kt laman sosial psl artis bkn dpt apa pun kita yg bukan artis ni..yg kaya artis yg miskin peminat..siti ke shila ke sama jer tanpa peminat dorang x kaya xde org nak beli album masing2..xde org nk gi beli tiket konsert dorang tanpa peminat..
    yg kita kna pertahankn kalu ulamak kena maki kena fitnah diknon……..ni korg melalak pasl artis pe korg dpt?????

    0

    0
  4. Dang hanum says:

    bakat yg tlalu bsar..syg dpsia2 kan..jika sikap artis mcm ni… mgkin pminat pun naik menyampah.. shila dah bsar,blh bpikiran matang.. jika sikap shila tak dpt d ubah,tdak lma shila pasti akn jatuh… berubah,demi kbaikan shila juga.

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    betul tu….kebanyakan artis Malaysia angkuh dgn sikap hipokrit dan kurang ilmu pengetahuan

    0

    0
  6. Kris Jenner says:

    Mak dia pun sama je perangai. Kat instagram kemain macam korg la mangsa keadaan, padahal sendiri create kontroversi. The hell??
    FYI suara kau Shila mmg dari dulu tak sedap. SENGAU and takde wow factor.
    Tak pernah suka kau dari dulu kini dan selamanya….

    Fanatik Shilalat silakan dislike

    0

    0
  7. hj amir says:

    OK..

    bagi aku, itu pendapat si pembaca BN.
    shila amzah adalah manusia juga.
    macam kita juga,kena tegur ..mestilah rasa malu.
    cuba kita kena tegur,
    aku rasa hamuk satu dooniya ini.

    sebenarnya,
    isu yang besar skg,
    shila komen pasal media melayu lambat buat liputan,berbanding media china.
    kemudian keluar pula tajaan judi,
    kemudian dato ct pulak tegur.

    bagi aku,dan kalau aku dato ct,
    aku akan tunggu PC 24 sept ini,
    untuk dengar apa yang akan di jelaskan.
    bila dato ct komen,
    maka keadaan menjadi lagi teruk.

    Dato ct boleh tegur tetapi secara peribadi,
    jika dia benar-benar anggap diri dia seperti kakak kepada shila.
    tak perlu melalui media.
    kat situ dah nampak salah dato ct.

    makin buruk nampak pada shila.
    saya bukan minat shila,
    tapi bangga dengan pencapaian shila.

    tetapi bila ada sedikit nila pada susu,di kacau beramai2 ,sedangan apa salahnya,di luakkan kesan nila itu dari susu,sekurang-kurangya susu itu tidaklah rosak kesemuanya.

    0

    0
  8. shila gedik says:

    dgr lagu dia show kat sana tak ada best mana pon.. biasa jee.. dah lah gedikk..

    0

    0
  9. LISA SURIRUMAH says:

    Shilot ni gedikss.. masih lagi xmatang.. peminat pun lebih sudu dari kuah..

    0

    0
  10. belanga says:

    Shila Amzah dengan peminat dia pun sama tak matang dr dulu haritu rapat dgn laki amik gambar syok sendiri bila mamat tu kata takda apa2 unfollow twitter, ig then post benda sedih2. Yang aku nengok kat ig dia byk yg fans2 dia ni pun semua budak2 sekolah je panggil kak sha sibuk back up nak mati, budak2 sekolah je yg bila gaduh back up gila2 mcm tu. Ala si Shila ni pun kat sana nyanyi lagu org je pun tapi buat mcm konsert dia sendiri. Adoii pleasee lah shila tak payah nak cakap melayu ni ME – LAYU sgt . Melayu pantang diusik ckp mcm tak sedar diri sendiri tu melayu.

    0

    0
  11. Lean Fast says:

    Howdy! This is my first comment here so I just wanted to give
    a quick shout out and say I truly enjoy reading through your blog
    posts. Can you recommend any other blogs/websites/forums that go over the same topics?
    Thanks for your time!

    0

    0
  12. Ckit pn x minat ko says:

    Tkpe..anything ayah leh cover suma tuk ko,Shila.
    Dh 24 thun x leh stlle sndri,ptut lh dpt bf pn biol
    cm Johan Asaari.

    0

    0
  13. why bother says:

    Tak habis habis sendiri cari masalah, sendiri buka aib sendiri lepas tu dekat instagram upload gambar dgn caption seolah2 dia lah manusia paling teraniaya dalam dunia. Mak dengan adik die syada pon sama je dalam instagram tu, repost gambor orang kutuk shila dengan caption ala2 malaikat gitu! So daripada mak sampai anak sume x matang okay! Aku x follow pon ig diorang ni cume bile ade kontroversi aku cuba la stalk kan. Nyampah n tak faham sangatttt kenapa ramai yang minat die. Sikit2 kak sha sikit2 love u kak sha phuii

    0

    0
  14. What’s up, this weekend is good in favor of me, as
    this point in time i am reading this fantastic educational piece
    of writing here at my house.

    0

    0
  15. meri says:

    kenapa dagu shila amzah nih runcing lain mcm uolz tgk kt IG dia?

    0

    0
  16. I love what you guys are usually up too. This kind of clever work
    and reporting! Keep up the excellent works guys I’ve added you guys to blogroll.

    0

    0
  17. Anony says:

    Honestly aku malas nak baca sb panjang sngt cume sebaris dua je. Tapi org yg tulis ni aku rase org melayu yg kuat dengki/iri hati dgn kejayaan bangsa sendiri. Nak tulis surat terbuka lah sangat, agaknya dia rase diri dia ni dah perfect kot….menyampah… Aku tak pernah minat dgn shila ni tapi kenapa ramai yg cepat sngt nak kondem dia. Mana2 je artis melayu yg popular sikit, Shila, Yuna….adelah melayu2 yg kutuk. Tak paham sungguh melayu yg kononnya beragama islam tapi berhati busuk, kuat mengata & jealous.

    0

    0
  18. I have been exploring for a little for any high-quality articles or blog posts in this sort of
    house . Exploring in Yahoo I finally stumbled upon this web site.

    Studying this info So i’m satisfied to exhibit that I have a
    very just right uncanny feeling I found out exactly what I needed.
    I such a lot without a doubt will make sure to do not fail to remember this web site and provides it a glance regularly.

    0

    0
  19. After going over a number of the blog articles on your web page,
    I truly appreciate your technique of writing a blog. I saved as a favorite it to my bookmark
    site list and will be checking back soon. Take a look at my web site
    as well and let me know what you think.

    0

    0
  20. hamba Allah says:

    tgk gaya abg nara ni pun nampak mcm berat sebelah dlm melontarkan pendpt dan gosip.
    gosip xkan dpt dibendung dari mulut ke mulut.. cerita pulak makin bertambah dari satu mulut ke satu mulut lain…
    kita tunggula shila menerangkan sglnya..mungkin ada alasan yg kukuh..
    wartawan da memang kejenya nak panaskan issue agar berita itu lebih sensasi.
    org empunya badannya berdiam tapi wartawan yg kecoh2

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Haaaa.. kan shila sendiri yg cakap media melayu hanya suka cite pasal gossip n berita peribadi, why now mangsa keaadaan lak, kan media melayu buat apa yg shila nyatakan…
    gasak le dia nak tulis apa …

    0

    0
  22. Aida says:

    Senang Citer…saya memang tak pernah ambil Pot..sangat kisah Artis Artis kita..saya just go with the flow..Satu..jika Artis boleh pergi jauh..saya turut Bangga..Masaalah kita …minta maaf “Orang Melayu” susah nak lihat orang lain Naik..kalau boleh semua tak senang Hati..dan panas Bontot..”.Ingat senang ke nak sampai Ke tahap Shila sekarang????Orang orang kiter..senang jer nak cari salah dan menjatuhkan orang…sedangkan Shila berhempas pulas kita tak tahu..Apa salahnya kalau tak ada kena mengena dengan kita..kita telan sajer..tak payah nak cari Publisiti Murahan..dan bagi sokongan kepada beliau…anggap kekhilafan beliau sebagai tanda orang yang masih nak menimba Ilmu.

    0

    0
  23. Melati says:

    Buat tk tahu jer Shila…takkan awak tk tahu org2 melayu ni byk busuk hati dan kedekut duit….time makan nk bayar buat2 pegang beg duit..hehehe..tumpukan kan saja kat peminat Cina…Melayu yg ader Class ialah Melayu macam Khairy Jamalludin…( KJ )..

    0

    0
    • Anonymous says:

      melayu xde klas melayu mcm melati.. kipas bontot retis mcm xde maruah..

      0

      0
    • Anonymous says:

      bayar bil buat2 pegi tandas? i’ve never heard such thing, how do u even get the idea? omg mmg melayu xde klas!! just go and wipes shila’s butt k…

      0

      0
      • Melati says:

        Tulis English pun tak betol…oh my English..haprak punya melayu…hahaha

        0

        0
        • Anonymous says:

          which part is incorrect?u are most welcome to correct it meroyan-melati…:)

          shila, seriously i feel pity for you for having this kind of fans. they are the one who is ruining ur career, maybe u should start educating ’em to be mature and smarter in handling bad remarks on yourself.

          stop embarassing yourself melati. stop licking on people’s butt ok. pegi sekolah amik spm dulu k.. tata…

          0

          0
  24. Anon says:

    tak pyah nk luahan sgt la, komen sini je dh cukup.

    0

    0
  25. anti-shilalas says:

    elehhh shila anak amjah ni,poyo jer…yang video ko nangis tehesak2 larik dari family cinta kene halang..ko tu memang tak matang ,so tak payah salahkan orang lain..nok haroooommmmmmm!

    0

    0
    • dikcik says:

      ha kan….poyo sangat teriak sambil nyanyi lagu,,isk macam haram….bapak dia pon poyo…melobi je lebih tp apa pon tarak.

      0

      0
      • anti-shilalas says:

        biase lah dik cik ,harus la buat mcam tu..baru publisiti tu hadoo ,kalau takk..tak jadik retis..lepas putus dgn shrnaz tu haa yg die naik …lepas tu johan,lepas tu tah sape2…d end ,andartu la koooo

        0

        0
  26. wawewo says:

    x minat aku shilalalalalala ank nd lalalalallalala nih..ngade2 lebeh…puiiiiiiiii…

    0

    0
  27. perak man says:

    ada pulak masa nak karang2 bagai. haha. kalo depan2 shila ade nak ckp cmni ke. cuba tulis mcm mana kita ckp depan org tu. ini mcm staus fynn jamal punya stail.nyampahh.

    0

    0
  28. jemah says:

    harap abg nara dan media juga akan bersifat lebih matang

    0

    0
  29. kopi o aes says:

    dulu ceq ada la pollow twitter kak shila nih..
    tp lepaih byk sgt tweet yg xbpe matang..
    ceq unfollow teruih..
    bkn apa.. fans dia pn boleh tahan pedaih gk..
    ceq selamatkn diri ceq dlu…
    deraihhh,…

    0

    0
    • dah unfollow gak says:

      samala. dulu follow. siap tweet kat dia bitau suka betul dgr suara dia kat OIAM. tapi lepas tu dah macam tak waras je. nyemak timeline

      0

      0
  30. Xoooyoyo says:

    Tak habis2 luahan hati, luahan rasa peminat… Ada dia kisah? Dah la tulis panjang berjela2. Baik gunakan bakat n kebolehan utk tulis research. Si Nara ni pun, layan benar tulisan peminat fanatik yang sanggup buat essay untuk retis tercinta,

    0

    0
  31. bilakakjemahmenulis says:

    sejujurnya kesian dengan Shila Amzah. Dan peminat kipas susah mati beliau. Hopefully ni jadi pedoman untuk semua lah.

    0

    0
  32. BlaBlaBla says:

    Bosannya asyik cerita pasal shila ni… NEXTTTTT!!!!!!!!!!!!!!!

    0

    0
  33. didi says:

    Abg nara..mana cite hot ctdk disolek oleh lelaki bkn muslim????.?
    Jgn berat sebelah..

    0

    0