Written by AbangNara | October 15th, 2010

luahan hati kak engku

Mesti korang ingat para peminat-peminat je yang ada luahan hati kan? Terbaru Raja Azura atau lebih dikenali dengan nama Kak Engku telah menghantar satu surat kepada para media untuk meluahkan isi hatinya berkenaan hal penceraiannya. Seperti yang anda semua sedia maklum, Kak Engku telah sah bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman baru-baru ini.

Menulis surat adalah satu langkah bijak yang diambil oleh Kak Engku. Tak perlu nak buat press conference dan paling penting, tak ada pihak yang bakal terasa. Semua pun mendapat penerangan yang sama dari Kak Engku dari suratnya ini. Ikuti surat Kak Engku di bawah:-

[note]

Maafkan saya kerana sukar untuk dihubungi beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin ini telah menyebabkan ramai menganggap saya sengaja mengelakkan diri, terutama daripada rakan-rakan media, tetapi segala tindakan saya bersebab. Sebagai manusia, saya tentulah ada kelemahan. Saya masih sedih dan belum bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat, apatah lagi berbicara mengenai keadaan saya secara terbuka.

Berikanlah saya masa untuk mengumpul kekuatan diri dan meredakan emosi. Masalah yang saya alami adalah sangat peribadi dan saya amat berharap semua pihak dapat hormati ruang peribadi saya. Sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya maklum akan tuntutan kerja wartawan. Walaupun dihujani dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas, bahkan ada yang tekad sehingga menunggu saya di pejabat, saya tidak marah mahupun kecil hati.

Saya ingin mengesahkan bahawa, kes mahkamah saya telah selesai secara damai dengan persetujuan bersama. Perceraian antara saya dan Adzmin Tan Sri Osman adalah jalan terakhir setelah peluang berunding yang diambil saya akui menemui jalan buntu. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna rumah tangga yang kami bina selama sembilan tahun ini tidak boleh diselamatkan lagi, cuma tiada jalan penyelesaian lain yang ditemui buat masa ini. Saya yakin masih ada peluang untuk memulih dan menyelamatkan rumah tangga ini, kerana ini adalah perceraian kali pertama dan berdasar persetujuan kedua-dua pihak. Saya masih dalam tempoh idah dan kami boleh rujuk semula. Perceraian bukanlah penamatnya.

Kami masih tidak putus asa mencari pendamaian walaupun tidak lagi bergelar suami isteri. Saya terima hakikat bahawa perkara yang berlaku ini menjadikan saya semakin dewasa dalam alam rumahtangga. Perpisahan tidak menjadi penghalang bagi kami untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.

Perceraian bukan kesalahan dari segi agama ataupun undang-undang, malah dihalalkan dalam Islam serta dibenarkan undang-undang mengikut prosedur yang betul. Perceraian ini berlaku secara aman dan tidak perlu dibesar-besarkan demi kebaikan bersama antara saya dan Adzmin. Kami memilih keputusan ini atas dasar memulihkan kerukunan rumahtangga setelah kaedah membaiki dari dalam tidak berhasil. Sampai masanya kami mencuba kaedah membaiki dari luar pula. Seperti yang tertulis dalam Al-Quran, ‘Tasrihun bi ihsan’ yang bermaksud bercerai demi kebaikan.

Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ia mendewasakan saya dalam menempuhi perjalanan hidup menempuhi alam rumah tangga. Peluang untuk rujuk dan kembali menjadi suami isteri masih terbuka kerana perceraian bukanlah penamat. Selagi saya masih bernyawa, perjuangan saya belum selesai.

Kami tetap bersahabat baik dari dulu sampai bila-bila, tempoh idah ini memberi peluang kepada kami untuk berfikir secara rasional. Adzmin masih mengambil berat diri saya dan mengambil tahu akan keperluan saya, seperi nafkah dan lain-lain. Kami tahu silap masing-masing, dan kasih sayang kami tidak pernah luntur.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memahami dan banyak bersabar dengan situasi ini. Harapan saya agar semua pihak sama-sama mendoakan kebahagiaan saya dan Adzmin meskipun kami kini berada dalam bahtera yang berbeza. Mungkin satu hari nanti, siapa tahu, kami akan kembali berkongsi satu bahtera yang sama.

Doakanlah kami.

Yang benar,

Raja Azura

[/note]

Kami di BeautifulNara sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Kak Engku. Kalau boleh rujuk kembali lagi bagus. Lagipun anak-anak Kak Engku dan suami semuanya masih kecil-kecil belaka. Mereka masih perlukan kasih sayang dari seorang ayah dan seorang ibu. Buat Kak Engku, semoga tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup. All the best.

P.S: Apo nak jadi penyokong Selangor berbangga dapat belasah penyokong Kelantan hari tue. Manusia oh manusia.

63 responses to Luahan Hati Seorang Insan Bernama Raja Azura @ Kak Engku

  1. nama saya says:

    semoga masih ada jalan untuk mereka hidup bersama, amen….

  2. lursam_azilsa says:

    apa yang terjadi adalah qada’ & qadar…semuanya telah ditetapkan di lahmafuz…semoga kak engku tabah menghadapinya…..

  3. kodok says:

    1st..
    KE.. semoga ada sinar dlm rumah tanggamu. insyaalah jodoh kalian masih ada.aminn

  4. SWEET says:

    SWEET TABIT SPRING KAT RAJA AZURA KERANA TIDAK AIBKAN MANA2 PIHAK. SOAL JODOH AJAL & MAUT DI TANGAN ALLAH. MAKA KITA KENA REDHA DGN KETENTUAN ILAHI. DAN MASIH ADA MASA UNTUK RAJA AZURA & BEKAS SUAMI MERUJUK KEMBALI KERANA RAJA AZURAN MASIH DI DALAM EDAH. MASIH DI DALAM MILIK BEKAS SUAMI LAGI. KAMI DOAKAN SEMOGA ALLAH TEMUKAN JODOH LAGI SEBAGAI SUAMI & ISTERI. BANYAK2KAN BERDOA YE RAJA AZURA.

  5. esei36 says:

    betul kata kak engku perceraian bukan penamat kepada segalanya…..kalau ini jalan yg paling baik demi meleraikan segala kekusutan..ketegangan…sebelum perasaan benci menyelubungi diri dan pasangan. buat kak engku…sentiasa tabah menghadapi dugaan yang memang dah tertulis ini….

  6. kak. i love u.. semoga akak tabah.. aminn… setiap yg berlaku ada hikmahnya…. :)

    p/s : pagi2 salu dgr sore akak tawww…

  7. smg ade jalan penyelesaiannya….. semua kejadia adalah qada’ & qadar Nya……

  8. bukan RITA says:

    sedih rasa membaca luahan hati kak engku…..semoga dia dan suaminya akan rujuk semula…..sy faham perasaan kak engku…klau sy pon tak boleh kehilangan suami saya,,,,,oh tidak tergambar…lebih2 lg pas dah ade anak

  9. mulutpedasberapi says:

    huh alasan standard.mmglah tdir,sapa yg booleh tolak tdir kan qada & qadar tp jwapan standard artis ni yg buat rasa nk tmuntah,kalu masih berbaik tu nape plak sampai decide bercerai??rujuk balik?boleh ke rujuk blik kalau dh sampai thp bercerai.plsss lah artis2 msia yg bercerai,asyik ckp masih berbaik baik lah,tk gado2 lah,ada juga yg ckp masih syang2 lah,kalu mcam tu mcam mana boleh bercerai cik kak cik abang oi??lagi bgus tk bgi jwapan cam ni,tk payah lah nak cakap masih baik,msih syg,dpt diselamatkan,tk payah hipokrit.ckp je dh tkda jodoh,habis ceta,ni ceta macam masih syang,tp syg2 pun bercerai jugak…

    • otayzzz says:

      salam….

      susah la ko ni… ckp btol2 pon salah… ckp pusing pon salah… senang2 ko jelah yg berckp…. jgn sombong… besok dah kene batang idung sendiri…. silap2 ko telan balik ayat2 dlm komen ko ni kang…. takkan la x perasan… Tuhan skrg byr ‘cash’… jaga adab berckp ko.. kang makan diri balik….

      wsalam

      • eyda says:

        mulutpedasberapi…ko cakap ikut sedap tekak…ko tulis ikut sedap tgn jer yer….ko x takut mkn diri ker….agak2 la dlm memberi komen…

      • HAHA says:

        ko xkena, blh la ko ckp mcm2… ko pikir artis je yg byk cerai berai.. org bkn artis pun, even pasangan yg dah tua berpuluh2 taun kawin pun ada yg cerai berai.. aduhai.. pelik tull manusia.. jgn nanti tekena btg idung senirik.. masa tu br la ko ingat suma ayat2 standard di atas tu.. huh!

        • jokong mas says:

          terpanggil nak komen sket kpd mulutpedasberapi…jangan cakap mcm org sombong dan takbur..kl tak berumahtanggal lagi, duduk diam.. jangan main sedap mulut nak ckp itu ini ttg masalah rumahtangga org…..kawin dulu baru tau masalah dlm rumahtngga mcm mana..manusia kl tak kena atas batang hidung sendiri memang senang berakap..

        • Qaseh Alya says:

          orang takbur mmg gitu.. bo layan.. kalau dilayan jadik la bodoh tak menggunakan akal bila berkata².

    • cik karma says:

      takziah kat kak engku, tapi memang betul pun kata mulut pedas.

      • x-file says:

        setuju juga kata dr mulut pedas..lg satu..aku ni tak pandai mana,tp aku amik kata dari org yg pandai bagi ceramah lah,dia kata kita ni bercerai je atau ape yang buruk berlaku kita dok salahkan takdir je..allah tak pernah bagi sesuatu yang buruk pada kita..kalau kita berusaha menjaga rumah tangga sebaik mungkin mesti tak kan berlaku,,contohnya kalau ko kawin..pastu ko cakap perkahwinan ni kekal ke tak kekal ke takdir,dan ko tak berusaha jadi isteri yang macam ditetapkan islam,ko ni terkinja2 sana sini,tak tau jaga perbatasan diri dengan bukan muhrim,so kalau terjadi perceraian salah sape??salah takdir?? lg satu contoh..kau nak kawin..tp kau tak nak cari..kau dok umah je..xda usaha.hingga tua ko tak kahwin,bis ko nak salahkan sape??salahkan takdir lah juga seperti biasa.lg contoh yang amat biasa sekali..kami ni dah ditakdirkan miskin..tp xnak usaha ape2..org xblaja tinggi pun ada usaha leh kaya..SALAH takdir juga ka??

        • jeng2 says:

          betul lah tu juga xfile..aku pun biasa dgr ustaz-ustaz beri ceramah ckp mcm tu..bg aku..apa pun kita ni sebagai manusia jangan salahkan takdir shj..semua kesalahan datang dari diri sendiri,tu sebab Allah bagi kita akal,alquran sebagai panduan agar kita dpt jdkan perjalanan hidup kita sempurna,lepastu berdoa dan bertawakal.papepun takziah le pada kak engku.

    • ki says:

      tak baik ckp mcm tue, kan kak engku dah berusaha, dan kena ingat usaha tue dtg dari kedua2 pihak iaitu suami & isteri, kalo salah satu pihak masih tak berubah , takkan nak salahkan kak engku pulak

    • xxx says:

      sama la xde jodoh ke, dh tajdir ke..dua2 maksud sama..n dua2 pn jawapan cliché org bercerai..yg ko sebok sgt nape?

    • Joe says:

      Mungkin anda belum berkahwin, Dan tidak tahu erti perkahwinan, Allah menjadikan kita hidup berpasangan, Bercerai adalh perkara yang paling dibenci, akan tetapi, pabila sesuatu perkara tak boleh di selesaikan, yang terbaik hanyalah berpisah…Betul kata2 Ustaz yang korang cakap, itu kalau kedua2 pihak berkerjasama,

  10. rambu ramba says:

    kesian kat anak2 tu sebab dia bertahan..agaknya dah tak boleh sangat la baru bercerai….jodoh pertemuan di tangan Tuhan….

  11. ila says:

    kak engku mmg terbaik..hope suami die akan sedar dan balik pada die..amin……..

  12. RiRi says:

    sabar byk2…n b strong…

  13. anak2 tan sri memang x boleh di buat laki banyak lemak malas kerja ,berhabiskan harta mak bapak je..
    tengok jejai pon 2×5..

    last-last x tahan tangung laki becerai pulok..
    apa2 pon aku memang suko kat engko kak engku..

  14. concern says:

    artis x lari…dari kes penceraian…bownk la…yg jd mangsa anak…x hairan la…anak2 skrng pn bkelakuan pelik….lain kali law nak kawin jgn bt besar-besaran..k.bikin malu je.1petanda y x baik…bt ala kadar je la…apa2 pun,renung-renungkanlah…saya menantikan seorang artis contoh yg baik.

  15. cili says:

    bykkan bersabar. amik pengajaran dr apa yg berlaku. setiap kejadian ada himahnya. Setiap AKIBAT mesti berSEBAB.

  16. TOK WAN says:

    Kenyataan Kak Engku bagus. Cakap-cakap orang yang beriman dan faham akan qada dan qadar.

  17. Hajimaru says:

    yg buruk datang dari manusia..yg baik sumanya dari allah..bila benda buruk berlaku kat kita je suma salahkan takdir…muhasabah n cermin diri dulu..termasuklah diri ak gak ni…

  18. emasyira.. says:

    aminnn…

  19. myra says:

    watpe nak menangguk air yg keruh…sblm ni kak engku kata cuba nak selamatkan rumah tangga…gi kaunseling lg..ni dah sah cerai still nak berbincang lg ke..adoyai…

    • ila says:

      kan die dah cakap…die nak bg suami die berfikir n sedar n cari jalan penyelesaian…mungkin masa dia dah berpisah baru die sedar die dah hilang permata yang bersinar..yelah manusia, bila orang tu ada xhargai..bila xada baru tersedar.. harp2 suami akan sedar dan dapat menilai mana satu kaca,,mana permata..tapi andai kata tiada jodoh kak engku masih sayang suami die..tgk dalam whi pun die addressed suami die “bf”..kadang2 die sebut suami..dari situ nampak kakengku mmg nak amik yang jernih buang yang keruh..saya rasa kak engku sgt positive thinking..ppl should support n faham die..jgn terus menghentam die..wahai lelaki fahamilah jiwa setiap wanita..hargai setiap pasangan anda..

  20. Reena says:

    Sabar lah kak engku..ni semua dugaan..kehidupan rumah tangga ni adakalanya complicated. Hanya yg dah berumah tangga jer paham apa yg kak engku hadapi.

  21. ki says:

    kasihan KE, harap KE leh rujuk balik dgn suami nye, lagipun syg rumahtangga yg dibina sudah lama dgn kehadiran cahaya mata, sokong KE yg gunakan saluran yg betul utk pulihkan rumahtangga, lebih baik dr bercerita kpd media krn akan mengeruhkan lg perhubungan

  22. mummy confius says:

    sedihnya baca surat kak engku… moga ada jalan untuk mereka bersatu semula..

  23. shaz says:

    apa yang berlaku pada kita semua memang dah tertulis… mesti ada hikmah disebalik apa yg berlaku skrg… be strong kak engku…

  24. sabahan boy says:

    semoga kak engku tingkatkan kesabaran.kenang kebaikan suami dan rendah diri untuk saling memaafkan. semangat kak engku harus dicontohi olek kita semua. jgn ego jgn diaibkan pasangan kita dan jgn keruhkan keadaan.

  25. noor says:

    Buang yang keruh ambil yang jernih…semuga pasangan ini kembali semula demi anak anak. Kesian mereka masih kecil.

  26. suri says:

    tak ke bercerai nih beri lagi ruang besar pada org ketiga, lama tuh dah 7 tahun bergolak, nmpk la org ketiga tu puh tak mengalah…ada peluang macam ni, silap2 terus sambar

  27. rara says:

    dier nih budget popular laaaaa!
    camla orang kesah pasal perkahwinan dier!
    siap nak buat press conference bagai
    lepastuh ini pulak
    euwwwww

  28. mawar merah says:

    Berdoa lah banyak2 KE…..hidup mesti diteruskan. Dan saya kagum dengan kekuatan semangat KE menempuh dugaan yang sedang melanda. Anyway all the best untuk KE dan anak2…..setahu saya anak2 belum tahu lagi…..teruskan hidupan harian saperti biasa. Amin

  29. takziah buat kak engku….banyakkan bersabar

  30. ana says:

    sgt bangga dgn KE. walaupun tgk berduka, tp ttp boleh kontrol diri kat Sinar FM…

  31. madam.... says:

    hope k enku sabar dan byk kn doa..jgn menilai or salah kan org pompuan je…k enku bz cr duit utk family.hope lelaki2 di sana faham..btw kalu laki aku gaji 10k pn aku dh benti keje..jg anak je kt rmh

  32. tak disangka-sangka.. apa pun diharapkan kak engku tabah yee…

  33. apa2 ajer says:

    Tapi aku kurang setuju ngan luahan hati Kak Engku nie laa… Dia kata x nak mengaibkan sesiapa kan..? Tapi dia dedahkan jugak bahawasanya suaminya ada affair ngan org lain… Tu dah dikira mengaibkan jugak la kan..? Sepatutnya tk yah dedahkan apa2 pun… Kalau aku jadi laki dia dh tentu aku malu ngan pendedahan ni.. Kata nk settle cara elok2 kan.. Kalau laki dia rujuk balik pas nie, dh tentu para peminat akan ttp kata laki dia mata keranjang kan..? Apa2 ajer laaa…

  34. […] Panas, Luahan Hati Seorang Insan Bernama Raja Azura @ Kak Engku Submitted by selebriti on October 15, 2010 […]

  35. wow..I was looking for this and finally got it from this post. Thank you for making it easier.

  36. aku kosong says:

    eeemmm…ntah la k.engku…sebelum ko tu mulut laser abis biler bercakap…dok kata artis tu la artis nie la…skrang nie kene kat batang hidung sendiri…terkedu ko…

  37. Air Jordan 2 says:

    I am rather under obligation to you as regards posting such stuff.This really take me lot.I remarkably appreciate your work.

  38. Immigration says:

    Excellent post. I was checking constantly this blog and I am impressed! Very helpful information particularly the last part :) I care for such info much. I was looking for this certain information for a very long time. Thank you and best of luck.

  39. you’ve gotten an awesome weblog here! would you wish to make some invite posts on my blog?

  40. Thank you for any other informative site. The place else may just I get that type of info written in such an ideal approach? I’ve a project that I’m simply now operating on, and I have been on the look out for such information.

  41. one good guy says:

    Really great article with very interesting information. You might want to follow up to this topic!?! 2011

  42. Whoah this weblog is excellent i really like reading your posts. Stay up the good paintings! You know, lots of individuals are hunting round for this information, you could aid them greatly.

  43. Bonny Mildon says:

    I’m really enjoying the design and layout of your website. It’s a very easy on the eyes which makes it much more enjoyable for me to come here and visit more often. Did you hire out a designer to create your theme? Great work! Thanks!

  44. Good day! This is kind of off topic but I need some guidance from an established blog. Is it very hard to set up your own blog? I’m not very techincal but I can figure things out pretty quick. I’m thinking about creating my own but I’m not sure where to start. Do you have any points or suggestions? Appreciate it.

  45. Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you relied on the video to make your point. You obviously know what youre talking about, why throw away your intelligence on just posting videos to your blog when you could be giving us something enlightening to read? Cheers!

  46. Does your site have a contact page? I’m having trouble locating it but, I’d like to shoot you an email. I’ve got some creative ideas for your blog you might be interested in hearing. Either way, great blog and I look forward to seeing it improve over time. Thanks!