Written by Bella | September 19th, 2016

Tanggal 17 September lepas sepatutnya menjadi tarikh bermakna buat Fara Fauzana apabila beliau mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada hari berkenaan.

Namun, manusia hanya mampu merancang tetapi takdir menentukan segalanya. Siapa sangka Fafau terpaksa membatalkan perkahwinannya bersama jejaka bernama Hafiz atas beberapa alasan peribadi yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Baru-baru ini, Fafau menerusi akaun Instagram miliknya ada memuat naik foto sijil kursus ibadah haji dan pada masa yang sama menulis sesuatu berkaitan dengan kemelut yang sedang beliau hadapi ketika ini.

Ikut tarikh ikut hati ikut sijil dah tiba masanya tapi setiap apa yg kita rancang hanya Allah yang tahu apa yg terbaik untuk kita. Doakan agar Allah izinkan FF utk menjadi tetamu ditahun hadapan agar melengkapi rukun Islam kita.

nota: ramai yg berkata ramai yg bertanya tp siapa la saya untuk menahan semua cuma mohon jgn salahkan sesiapa kerana percaya setiap kata itu juga adalah doa yg terbaik bukan sahaja untuk saya tapi semua. FF ucapkan terima kasih semua for making me a stronger person today. may Allah guide us all. love.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri, kita sebagai manusia harus kekal tabah dan redha dengan setiap ketentuan walaupun kadang kala ia agak memeritkan. Siapa tahu selepas ini mungkin Fafau akan dikurniakan dengan sesuatu yang lebih baik dan dilimpahi kebahagiaan.

19 responses to Luahan Fara Fauzana Di Instagram Curi Perhatian Ramai

  1. zool says:

    Sabar je la ye.. nak buat camne belum sampai masanya

    0

    0
    • Kak Nam says:

      respect sama dia. ada prinsip hidup…biar single tapi hati tak bernanah. yg ko, dah tahu laki tu berbini, masih terghegeh-hegeh. lepas tu cakap..”jodoh”. sedih pompuan cenggitu.

      0

      0
    • Anonymous says:

      untung la..awal2 dpt petanda. cuba dah kawin seminggu dpt tahu itu laki org. tak ke haru kiah.

      0

      0
    • Anonymous says:

      yasss, gunakan kemelut ini dgn menaikan populariti. gunakan peluang ni. dah alang2….teruskan fara. single is awesome.

      0

      0
  2. Org kg says:

    Kalo psl Nikah dorg x Jadi lst mnte,satu jer bnda plng logik yg mmungkinkn prkra 2 brlku which is result saringan ksihatan dr hospital.mna2 psgn yg akn brkhwin time tggu kptusn nielh plng mndebarkn.nowdays mcm2 pykit Boleh trjngkit tnpa Kta Sdr so rjin2kn dri bt Medcl checkup.kalo tgk Fafau bknnya Jnis prmpn yg x educated smpai trdesak Sgt nk decide umum trkh nikah Kalo x thu status Llki 2 even Llki 2 pn mnafikn Sdh brkhwin.apapn be strong for both of them

    0

    0
  3. hana says:

    Sudah2 le Cik Fara Fauzana oiii….orang tanya tak mahu jawab sebab kenapa tak jadi kahwin…Tapi asyik upload status sentap kat sosial media…kasihan sungguh pihak lelaki asyik dihentam tanpa sebab…pihak lelaki dah diam dan menerima hakikat bahawa perkahwinan tak jadi…so? Keputusan terbaik Cik Fara pun sama2 lah diam dan jangan disebut2 lagi hal yang tak kesampaian nih…

    0

    0
    • Anonymous says:

      betul kepada hana setuju sgt

      0

      0
      • mama. says:

        biarlah dia nk luahkan kesedihan. ko dah kenapa? ko x mengalami senang la cakap. last minute pulak dpt tahu. hati mana yg x berkecai dan berkecamuk. lain la hati ko hati gajah dik.

        0

        0
    • akak celah bedah says:

      betul tuh…ni dah ke arah attention seeker dah ni…

      senyap jelaa…takyah laa nak upload ape ape…saja nak buat org tertanye-tanye

      and one more thing…yang dia buat press conference pasal kawin dia pun dah nampak attention seeker dah…nak kawin, kawin jelaa…ni nak buat press conference bagai…poyo siot…dia igt dia extraordinary famous tuh kene buat press conference? aku tak paham betul artis/celebrity buat press conference pasal kawin ni…rilek rilek sudah…

      0

      0
    • Anonymous says:

      kita yg x mengalami x tahu pergolakkan perasaan dia mcm mana sis. baik senyap. takut kena kt batang hidung sendiri. tup..tup laki org. tak frust ke korang?

      0

      0
    • Jiran says:

      biasa just message nya. takde pun rasa dia mencari publisiti.
      maybe she wants to say she is okay. itu je.

      korang pulak yg over2 pehal wei? lorat.

      0

      0
    • minah jambu - safety first says:

      eleh..farah ni dia memang gatal lah ! diam2 suda la mulot tu ! ape menyesal ke cansel hari perkahwinan tu ????

      0

      0
  4. aza says:

    sijil kursus ibadah haji???

    0

    0
  5. akak jual tudung says:

    kejamnya yg mengutuk. org tu sedang jiwa kacau lagi nk kutuk2 pelbagai. kamon lah..be fair. benda ni takes times. ni bukan main2. setiap org ada cara dia nk luahkan. kuatkan semangat fara ya. yg mengutuk tu langau. senang cakap. kena kt batang hidung entah2 diaorang yg terjun gaung dulu.

    #jgnkecamakak

    0

    0
  6. Anonymous says:

    fafau u better than others. rise above the occasions. you are not desperate like adira, siti nurhaliza, maria parida…and others. kipidap..dongibab

    0

    0
  7. See a far.... says:

    Mcm berat sebelah aje
    si fafau aje yg coverline..
    apa hal si “bekas” teman..
    dia pun ada perasanan beb!!
    kalau dah kata reda…
    takya crita lagik…
    perkara pun dah jadi sejarah…
    “jgn pandang belakang”….

    0

    0
  8. Abc says:

    Kita tak tahu apa yang tersirat dalam hatinya. Di luar dia senyum je. Tapi dalam hati sapa yang tahu? Aku rasa bukan mudah fara nak hadapi hal ni. Mungkin dengan baca mesej-mesej sokongan dari peminat dia buat dia rasa kuat. Sapa tahukan. Kita doakan yang baik-baik untuk dia.

    0

    0