Lisdawati Kini Bertudung, Masih Terima Tawaran Lakonan Menampakkan Rambut

Hiburan

Lisdawati Kini Bertudung, Masih Terima Tawaran Lakonan Menampakkan Rambut

Susah juga jadi pelakon terutamanya buat wanita. Nak pakai tudung pun ada kekangan daripada segi bab tawaran berlakon. Namun usaha Lisdawati untuk menutup aurat seharusnya dipuji. Sekurang-kurangnya Lisdawati sudah ada usaha untuk berubah ke arah kebaikan. Itu yang penting.

lisdawati

Advertisement

Walaupun sudah berimej baru, Lisdawati masih menerima tawaran berlakon yang menampakkan rambut. Kata Lisdawati kepada portal Murai:-

Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat. Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan. Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.

lisdawati

Susah kan jadi pelakon? Abang Nara memang akan menghalang anak Abang Nara menjadi pelakon walaupun mendapat tawaran menjadi hero filem. Tambah Lisda lagi:-

Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh. Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata. Saya mahu orang ramai paham dan bukannya terus menjatuhkan hukuman kepada saya kalau nanti nampak saya berlakon tak pakai tudung kerana saya sendiri tidak mengumumkan saya bertudung atau berhijrah.

lisdawatiPerlahan-lahan berubah pun dah kira okay. Mungkin tahun ini masih terima tawaran yang menampakkan rambut. Tahun depan tak perlu dah. Slow-slow. Yang penting berubah. Apa pun tahniah kepada Lisdawati atas perubahan ini.

P.S: Pasangan romantis pada musim banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...