Written by Bella | March 23rd, 2016

Sejak muncul dalam Mentor Milenia, Fareez Hazwan anak kepada aktor Fauzi Nawawi mendapat perhatian ramai.

Ada juga yang bertanya, adakah juara Mentor Milenia itu tidak mahu berlakon seperti ayahnya? Iyalah, katakan kalau Fareez dan Fauzi bergandingan bersama, mungkin sesebuah drama itu dapat menarik minat penonton, lebih-lebih lagi Fareez cukup seiras dengan Fauzi.

Walaubagaimanapun, menurut ibu tirinya Lisdawati, Fareez sememangnya mempunyai bakat dalam lakonan tetapi buat masa ini beliau masih belum bersedia untuk berlakon dan mahu fokus kepada bidang nyanyian.

Memang ada tawaran daripada pihak luar. Kami ada tanya dia tapi nampaknya dia mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada bidang nyanyian.

Buat Lisdawati beliau menyokong sahaja apa yang Fareez ingin lakukan tetapi beliau juga berharap agar anak tirinya itu tidak mudah lupa diri jika sudah popular nanti.

Sumber Berita : Media Hiburan

9 responses to Lisdawati Beritahu Fareez Hazwan Belum Bersedia Untuk Berlakon

  1. Anonymous says:

    12 barisan manusia di Padang Mahsyar

    PADA suatu hari, Muaz bin Jabal menghadap
    Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah,
    tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah:
    Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian
    datang berbaris-baris.”(Surah an-Naba’, ayat 1.

    Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis
    hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda
    menjawab: “Wahai Muaz, engkau bertanyakan
    kepada aku perkara yang amat besar, bahawa
    umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi
    12 barisan, masing-masing dengan pembawaan
    mereka sendiri.”

    Maka, dinyatakan apakah 12 barisan itu.

    Barisan pertama, diiring dari kubur dengan tidak
    bertangan dan berkaki.

    Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan
    dari sisi Allah Yang Maha Pengasih
    bermaksud: “Mereka itu ialah orang yang ketika
    hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini
    balasannya.”

    Barisan kedua, diiring dari kubur berbentuk babi
    hutan.

    Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha
    Pengasih: “Mereka itu ialah orang yang ketika
    hidupnya meringankan solat, maka inilah
    balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.”

    Barisan ketiga, diiring dari kubur berbentuk keldai,
    perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

    Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat,
    maka inilah balasannya dan tempat kembali
    mereka adalah neraka.

    Barisan keempat, diiring dari kubur dengan
    keadaan darah seperti air pancutan keluar dari
    mulut mereka.

    Mereka ialah orang yang berdusta dalam jual beli,
    maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah
    neraka.

    Barisan kelima, diiring dari kubur dengan bau
    busuk. Ketika itu Allah menurunkan angin
    sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman
    di Padang Mahsyar.

    Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan
    perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi
    tidak pula takut kepada Allah, maka inilah
    balasannya dan tempat kembali mereka adalah
    neraka.”

    Barisan keenam, diiring dari kubur dengan kepala
    mereka terputus dari badan.

    Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu.
    Inilah balasannya dan tempat mereka adalah
    neraka.

    Barisan ketujuh, diiring dari kubur tanpa
    mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka
    mengalir keluar nanah dan darah.

    Mereka ialah orang yang enggan memberi
    kesaksian di atas kebenaran, maka inilah
    balasannya dan tempat kembali mereka adalah
    neraka.

    Barisan kelapan, diiring dari kubur dalam keadaan
    terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

    Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya
    dan tempat kembali mereka adalah neraka.

    Barisan kesembilan, diiring dari kubur dengan
    wajah hitam gelap dan bermata biru sementara
    dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

    Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim
    dengan cara haram, maka inilah balasannya dan
    tempat kembali mereka adalah neraka.

    Barisan ke-10, diiring dari kubur mereka dalam
    keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta.

    Mereka ialah orang yang derhaka kepada orang
    tuanya, maka inilah balasannya dan tempat
    kembali mereka adalah neraka.

    Barisan ke-11, diiring dari kubur mereka dengan
    berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk
    lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan
    lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta
    keluar beraneka kotoran.

    Mereka ialah orang yang minum arak, maka inilah
    balasannya dan tempat kembali mereka adalah
    neraka.

    Barisan ke-12, mereka diiring dari kubur dengan
    wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.
    Mereka melalui titian sirat seperti kilat.

    Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha
    Pengasih memaklumkan:

    “Mereka ialah orang yang beramal salih dan
    banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan
    derhaka, mereka memelihara solat lima waktu,
    ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah
    bertaubat.

    Maka, inilah balasannya dan tempat kembali
    mereka adalah syurga, mendapat keampunan,
    kasih sayang dan keredaan Allah Yang Maha Esa

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      jangan nk ceramah bnyak2 lah huh ! idop umno ! idop jalur gemilang ! idop 1malaysia ! idop pak najib ! lov u pak najib…emuah…!

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Terus terang cakap kalau ikut pakej mmg susah nak pegi la budak ni.

    0

    0
  3. mak jemmsssss says:

    muka sama ngn ayah die..ok le tuhh

    0

    0
  4. anon says:

    Kenapa mak tiri pulak menyebok keluarkan statement…. by the way, kalau dari segi rupa yg lbh krg ayah dia, layak je berlakon, jadi villain. Kalau nak jadi hero kenalah hensem…..TAPI….rosyam nor & shah rukh khan tak hensem langsung, tapi jadi hero jgk wlpn sakit mata nengok..

    0

    0
  5. Tomahawk says:

    dia dah pernah berlakon pun sebelum mentor. drama apa ntah, mak tiri n ayah dia pun berlakon skali, drama tajuk ya solihin kalau tak silap, kat tv2 tak lama dulu. apa nk herannya

    0

    0
  6. Hero kering says:

    Xpe lah xhensem pon so xksah pon..next!

    0

    0
  7. anonym says:

    tah perasan lebih

    0

    0
  8. ku says:

    alahai duk tunjuklah trofi tadika tu..
    nara..next

    0

    0