Written by AbangNara | June 7th, 2011

lisa dan yusry

Pening jugak dibuatnya dengan hubungan Yusry KRU dan Lisa Surihani ini. Tak mahu dilabelkan pasangan sedang hangat bercinta, tetapi mengakui yang sedang mengenali hati budi masing-masing. Paling pelik mereka berdua mengakui yang hubungan mereka lebih dari kawan biasa. Bukan ke bercinta namanya itu? Pelik ke tak pelik?

Ya, kami sedang menjalankan perhubungan yang lebih matang. Dengan usia yang sudah lanjut, saya tak mahu orang menggelar kami “pasangan yang hangat bercinta” kerana ia nampak macam budak-budak sedang berkasih pula. Sebab itu saya katakan hubungan kami lebih daripada seorang kawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing di peringkat pertama

Nampaknya selepas ini para artis dah boleh ada ayat lain untuk menafikan gosip percintaan sesama sendiri. Boleh gunakan ayat “Kami tak bercinta tapi kami menjalinkan hubungan matang”. Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada Yusry dan Lisa yang mencipta ayat terbaru ini.  Abang Nara terfikir apakah yang dimaksudkan dengan perhubungan matang itu.

Bukan nak kondem Lisa dan Yusry, tapi tak salah rasanya gunakan perkataan bercinta. Memang perkataan tersebut digunakan oleh orang-orang dewasa. Tak adanya nampak macam budak-budak baru lepas SPM.  Kesian kat Abang Nara yang tengah hangat bercinta dengan isteri sekarang ini. Tak pasal-pasal kami berdua nampak tak matang. Hehehehe.

Apa pun semoga berbahagia kepada Lisa dan Yusry. Dengar cerita kedua-dua belah keluarga pun dah merestui perhubungan anda berdua. Sila kahwin cecepat dan buat anak. Tak sabar nak tengok kecomelan anak anda berdua. Congrats!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 responses to Lisa & Yusry Tak Mahu Dilabel Bercinta Tetapi Mengakui Hubungan Lebih Dari Kawan Biasa

  1. hajar says:

    ape2 jer lah!!

    0

    0
  2. air says:

    gosip…akhirnya taktau la betul x…huhu

    0

    0
  3. Orked says:

    eeeee….xsesuai…yusry x ensem…hahahaha gurau jerk…bende yg baik cepat2kn jerlah…xyah nak sorok2:) smoga bahagia bsma:)

    0

    0
  4. mat says:

    kau ni pun abg nara..die dah cakap taknak kena label pasangan hangat bercinta sebab nampak mcam budak2..dorang dah berumur..mmg tk sesuai lah kan..yang hangat bercinta ni sesuai untuk remaje2 je..kau suke wat statement yang nak menjaatuhkan orang lain..dose..

    0

    0
  5. mat says:

    kau ni pun abg nara..die cakap taknak kene label psangan hangat bercinta sebab nampak macam budak2..dorang dah berumur..mmg tk sesuailah kau nak label macamtu..pasangan hangat bercinta ni mmg sesuai untuk remaje2 je..kau suke wat statement menjatuhkan orang lain kn..dose..bile nak insaf?

    0

    0
  6. ucujb says:

    alah abg nara ni itu pun nak kecoh….maybe….diaorg mmg lom sampai feel bercinta….lagi… tapi baru nak mencari penyesuaian/history….sbb tu mrk kata sdg menjalani hubungan matang…sbb tak semua org dgn mudah..asal jumpa or g tgk wayang jer…terus jatuh cinta…

    0

    0
  7. hangat bercinta says:

    perkataan bercinta mmg x sesuwai utk org yg dah tua kot.. Maybe lebih afdal guna perkataan berkasih sayang kot.. Hehehe… Apela yusry ni, malu tapik mahu..

    0

    0
  8. dislike says:

    yusry high taste..shasha,erra,maya karin and now lisa…

    0

    0
  9. Jiji says:

    bercinta la namanya tuuuuu..haih.

    0

    0
  10. wawa says:

    alaaaaa tkmolaaaa. tolong cari org len, lisa. huhu… tp kalau dh suka nk wt cmner. its just that both of u look OK 2gther but not suit for each other.

    0

    0
  11. min says:

    lisa you crlh org lain…yg xpenah bercinta dgn ramai org..Yusry nie bnyk sgtlh kisah cinta die..huhu

    0

    0
  12. lanz roslee says:

    yusri ni bkan mempunyai hbungan matang,tp hbungan pra matang lagi..da dia ckp peringkat awal lgi.hehe da last stage baru la ckp matang..apa daaaa…..

    0

    0
  13. apple says:

    betul ke saya dgr yusri ni tak straight…pernah ada gossip ngan adam. adam pernah kna inteviu dlm galaksi klu tk silap. tp tk mention la nama yusri. sja tanya. tidak ada niat jahat.

    0

    0
  14. what the? says:

    ayat bodoh.

    ps: hubungan matang? sebelum ini tak matang ke?

    0

    0
  15. yusra says:

    nak unlike LS fb..huh

    0

    0
  16. gadis says:

    erra yg jdi miss malaysia pn kna tnggal lpas 3 thun…klu kwin ngan lisa xsmpai stahun kot nnti…crila lelaki lain lisa coz u very special n kind…do not trust this guy please….he playboy…

    0

    0
  17. Bull says:

    Tak perlu terlalu gedik untuk menilai hubungan orang lain.. Biarlah suka hati dia nak bagi terma apa, sebab itu pilihan dia.. Kita yang bukan dia ni tengok ajelah, tak perlu komen apa-apa.. Bagi lah dia privacy nak hidup aman.. Istilah artis milik masyarakat kira dah tak relevan untuk zaman ini..

    0

    0
  18. Bull says:

    Tak perlu tergedik-gedik untuk memberi penilaian kepada hubungan orang lain.. Terpulang suka hati dia lah nak label kan apa.. Kita yang bukan dia tu jadi pemerhati sudah, tak perlu nak terkinja-kinja ambil tahu hal orang.. Bagi privacy sikit pada mereka.. Terma ‘artis milik masyarakat’ sekarang sudah tidak relevan.. Biar dia menjalani hidup dia dengan aman tanpa orang lain ambil tahu..

    0

    0
  19. saja komen.ikhlas ni. says:

    ala..biarla dorg label hubungan dorg macam mana..

    CINTA YANG PALING AGUNG HANYA UNTUK ALLAH SWT..

    so ngn manusia bawak rilek sudah..kalau dah rezeki, terima seadanya..duda or janda..kaya atau miskin..smua tu jodoh pemberian Allah SWT. semua yang jadi ada hikmah..

    kalau cinta tu sejati xde lambo pun bole jadi..haha

    0

    0
  20. bukan nama sebenar says:

    kesian lisa kalo btol dia nk kawin ngn yusri…kwn kak aku punya jiran doctor dia ckp yusri ni ma*dul…skrg yusri ni dok brubat dgn dia, sbb tu yusri xkesah ceraikn era..ape2pun aku x mau takbur fitnah, aku just ckp ape yg doc tu ckp je.. ape2 harap yusri smbuh drpd pnyakitnya..

    sekian makasih..peace ^_^y

    0

    0
    • rabun says:

      dalam xsedar tertabur jugak benih fitnah ye..heheh..

      0

      0
    • mat says:

      dlm xsedar tabur gk fitnah tu..klu xnk tabur fitnah xya ckp tros..diam je..ko da bukak aib org..kn xelok..kte kne ttp aib org dn allah akn ttp aib kte..ni dok canang cte org..org plak dok canang cte ko..da tau tu diam2 suda..ni da bp rmai y bce komen ko nth..tgunglah dose yea..

      0

      0
    • BOB says:

      dok tor mana tuh..x amanah betul..
      ptutnya benda2 cam2 dibawah etika seorg doktor utk simpan rahsia patient..

      0

      0
  21. i luv lemonate says:

    uih x bek taw fitnah2..bende kte x pasti

    0

    0
  22. zamri zamad says:

    kenal kenal, kalau sesuai,nikah lah yer…….

    0

    0
  23. buahciku says:

    Abg Nara jeles letewwww….! ekekekekekeke :D

    0

    0
  24. Piston Pecah says:

    38 tolak 25… noktah…

    0

    0
  25. neza says:

    bodoh…. ngaku ja lah bercinta.. buruk sangat ka perkataan tu…. ckp matang tp tak matang pun…..stupid..

    0

    0
  26. gadisss says:

    mcm xseswai…………………tp yusry kaye n femes. sape xnk beb

    0

    0
  27. @_@ says:

    cantik la mak lisa

    0

    0
  28. Mass says:

    Kalau lebih dari kawan becinta la tu… Apakan?!! Takut turun saham kali…

    0

    0
  29. Tenda Biru says:

    Biarlah diorg taknak diklasifikasikan sbg “bercinta”..kalo difikirkan secara dlm,mmg btl pun statement lisa..terlalu childish utk nk declare as bercinta..ckuplah sekadar kata berkawan lebih dr biasa,bahasa tu lebih sopan dan terhormat.sesuai dgn usia mereka kan..we as a fan,just doakan yg terbaik dan sentiasa belajar hormati privacy org,sbgaimana kita nk org hormati privacy kita..-jgn jd mcm Abg Nara..:))

    0

    0
  30. moon says:

    aku rasa diorg padan.umur mmg jauh beza tp xderlah jaug sgt kot(lg jauh umur tok ti ngn datuk k).cepat2lh kawin,dpt anak mst comel2 mcm kan?yusry ms baya lisa dulu hensem apa(plg hensem dr edry ng norman) sbb 2 erra terpikat…skng pn dia dh establish dh,senang hidup lisa nnt..tp kalo betul org kat atas ni kata yusry mandul(hrp2 fitnah jer) pn terima jerlah lisa kalo betul cinta korg ikhlas krn Allah…kwn aku ader gak someone special dlm hidup dia tp dia xbg label diorg sbg couple sbb couple kn xboleh dlm islam(kwn aku ni islamik aku paham maksud dia).dia ckp kawan atas landasan islam.kalo betul ader jodoh,smpailah ke jinjang pelamin…aku hrp kwn aku 2 serta lisa n yusry bahagia dgn pilihan msg2..amiiiinnnn….

    0

    0
  31. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    eleh ape nk heran pompan muda kawin ngan jantan tua sikit yg penting duit ! tengok bini saleh yakop yg no 4 tu muda jugak tapi tengok lah saleh yakop dh 50 ! yusri kira tkde lah tua kalau nk di banding kn ngan saleh yakop ! ape2 aje kauorang ni …..yg penting yusri tu hensem n lisa tu jambu……….!!

    0

    0
  32. Pak utih says:

    Yusri dan Lisa sama hebat n ramai peminat… penyatuan ini amat dinantikan oleh peminat n sama2lah kita doakan agar couple ini dilempahi kebahagiaan hendaknya… amin !

    0

    0
  33. Ibn Sina says:

    Zaman menduda Yusri penuhkan dengan kerja2 pengarahan dengan masterpiece cicakman 1 n 2, deadline,HMMW dan Karak…Yusri sempat juga lanjutkan pelajaran dlm bidang filem,video grafik di sebuah universiti swasta di KL…sekarang dia sedar ada kekosongan perlu diisi iaitu teman hidup…Lisa Surihani muncul pada waktu yang tepat untuk dijadikan teman,semangat dan kekuatan mendepani hari2 mendatang…Tahniah Yusri dan Lisa!

    0

    0