Written by Bella | March 5th, 2015

Semasa Yusry KRU mengesahkan bahawa isteri tercinta Lisa Surihani sedang mengandung anak mereka yang pertama, peminat industri hiburan tempatan turut merasa teruja kerana akhirnya pasangan ini bakal menimang cahaya mata setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga.

Susulan berita kehamilan tersebut, ada pihak yang menyatakan kemungkinan besar Lisa Surihani sedang mengandungkan bayi kembar. Namun, hanya Yusry sahaja sebelum ini yang memberikan respon mengenai kehamilan tersebut manakala Lisa megambil keputusan untuk berdiam diri.

Terbaru, Lisa akhirnya telah membuka mulut dan menjelaskan seidikit mengenai kehamilannya.

Dia (Yusry) kata ‘Insya-Allah tahun hadapan kita akan menyambut ‘bertiga’ bersempena dengan majlis ulang tahun perkahwinan kami.

Jadi pada saya itu sudah cukup memberi jawapan saya mengandung kembar atau tidak. Apa pun saya tidak mahu banyak berkata tidak, malah mama saya pun tidak suka kerana ini adalah rezeki.

Nanti saya akan cerita lebih lanjut mengenai hal ini. Biar semuanya betul-betul stabil dahulu.

 

Kata orang-orang tua adalah lebih baik untuk tidak terlalu gembira jika kehamilan baru di peringkat awal. Apa-apa pun doakan segalanya berjalan dengan lancar buat Lisa Surihani dan Yusry KRU untuk bergelar ibu dan bapa. Rasanya ramai yang nak lihat Yusry Jr mungkin? Hehe

Sumber Berita: Sinar Harian

10 responses to Lisa Surihani Respon Tentang Kehamilannya

  1. Anonymous says:

    kembar 4

    0

    0
  2. Shukran says:

    X kisah lh kembo ke idak ke..jnji sihat dan smpurna.byk kn amal surah2 tuk bby.yg psti ank msti cntik/genius like her mother.im hepi 4 u lisa n yusry.stiap doa itu psti d mkbulkn Allah dn sdah tba msanya .

    0

    0
  3. Outoftopic says:

    Mana nya citer abg nara tulis psl shila mezah sampai mak die meroyan di twitter.xnampak pn…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dh delete la tu.. Td nmpk gak x sempat nk baca..cari blk dh ghaib pulok

      0

      0
      • Anonymous says:

        yg menulis si Bella…tapi mmg fitnah tak baik laa tulis tajuk mcm tu…aku bukan minat shila amzah pun tapi bila baca terus cakap eeeee tak baik laaa fitnah org mcm ni…

        0

        0
  4. Anonymous says:

    kembar ke idak, ivf ke idak..tu bukan soalnya..
    yg penting rezeki dipelihara sebaiknya.
    setiap kurniaan adalah rezeki /ujian dr allah.
    .

    0

    0
  5. Anonymous says:

    suka ceh ta dah bertudung..termakbul doa aku!

    0

    0
  6. pink says:

    nmpk berisi dh lisa..
    anyway tahniah dan alhamdulillah akhirnya diberi rezeki oleh Allah..
    take care lisa..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    bukan kembar la tu…kalo kembar dh lama tunjuk n kecoh2..retis biasa la…ade yg tnjuk pregnant test pun konon peminat teruja,last2 bukan mngandung pun,sj je nak bagi peminat berteka teki…

    0

    0