Written by AbangNara | March 16th, 2015

Salah seorang artis feveret Abang Nara tak lain tak bukan ialah Lisa Surihani. Sejak dari zaman Lisa single, kahwin dan akan mempunyai anak, Abang Nara memang minat sangat-sangat kat dia. Orangnya baik, comel, cantik dan kelakar. Dulu Abang Nara pernah gak try ngorat Lisa, tapi kena reject on the spot. Walaupun sedih, sokongan Abang Nara kepada Lisa tidak pernah menurun. Hehehe.

lisa

takper kita bagi can kat Yusry

Jadi apabila mendapat jemputan untuk bertemu Lisa Surihani sempena tayangan perdana filem Cicakman 3, memang Abang Nara teruja dibuatnya. Tambah teruja apabila Abang Nara dapat menemuramah Lisa secara ‘one by one’. Fuh!!! Pucuk dicita ulam mendatang.

Tiba masanya, Abang Nara duduk berhadapan dengan Lisa Surihani dan dengan pantasnya bertanyakan beberapa soalan. Walaupun hati ini berdebar-debar, Abang Nara terus bertanya dengan penuh kesempoian. Bila Abang Nara dah sempoi, Lisa lagi lah sempoi. Kami berdua dah macam berborak dah.
lisa surihani

Kelakar-kelakar jawapan yang diberikan oleh Lisa Surihani. Antara soalan Abang Nara ialah tentang kehamilan, tentang watak dalam Cicakman dan juga tentang ketakutannya terhadap cicak. Abang Nara tergelak sakan bila dengar cerita Lisa Surihani tentang tragedinya dengan cicak. Lawak gila.

Tak puas kan tengok video teaser ini? Hehehe. Abang Nara tahu korang nak tahu cerita sepenuhnya. Abang Nara sampai ke hari ini teringat lagi gaya Lisa Surihani bila menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Jangan risau!!! Anda boleh menonton video penuh Lisa Surihani ketika bercerita tentang ketakutannya terhadap cicak dengan melayari laman web ESCAPE.
lisa surihani

Silalah klik di sini dan tonton video penuh Lisa Surihani bercerita tentang rahsianya yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan ramai. Selamat menonton!!!

32 responses to Lisa Surihani Kongsi Rahsia Terbesar Dalam Hidupnya

  1. nara blog sampah says:

    caca marba ayat kau nara..ooo blog sampah rupanya…k bye…

    0

    0
  2. hekeleh.. says:

    tak minat dua ekor cicak ni. NExt!

    0

    0
  3. abc says:

    lisa pakailah tudung… pakai tudung wajib tau. saya nasihat je..

    0

    0
    • zaza says:

      Tdung yg dmksudkn tuhan bkn lah tdung sbnarnya, 2 sbnrnya adlah kiasan shaja.
      Cbe tgk zaman rasul kta dhulu, mna ad kaum wnita pkai tdung.

      0

      0
    • lalala says:

      pkai tudung tu tak wjib..ttup aurat tu yg wajib tuu..

      0

      0
      • abc says:

        ye… mmg tu lah maksud saya. tutup aurat tu wajib.. zaman skrg ni cara nak tutup kepala adalah dgn tudung. xtau la pulak zaman dulu mcm mane.

        0

        0
      • minah jambu rambut kerinting says:

        ape guna nye ada rambot kerinting kalau rambot yg cantek yg Allah kasi kite nk tutop tutopkn..rambot yg cantek itukn ciptaan Allah yg maha kuasa sepatut nye kite bershukur kerana Allah kurniakn kite rambot yg cantek shukurrr alhamdulillah…

        0

        0
        • nona says:

          tolonglah betulkan balik iman ko minah ooi…silap cakap boleh murtad!

          0

          0
        • minah jambu rambut kerinting says:

          ape pulak murtaddd..betol pe ape yg minah jambu cakapkn..minah jambu cakap pasal rambot ciptaan Allah yg maha kuasa …minah jambu bershukurrr sangat2 Allah anugerahkn minah jambu rambot yg cantek..

          0

          0
        • siti says:

          yang cantik itu wajib ditutup wahai saudaraku. bersyukur dengan mengikut segala apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang

          0

          0
  4. k! says:

    hahaha kelakar nye abg nara ni..Zzzz

    0

    0
  5. melati says:

    Cicak menggong…hahaha

    0

    0
  6. walaweh says:

    geli dgr statement nara….

    0

    0
  7. bunga cengkih says:

    Comelnya lisa..salah seorang artis yg naik tp x pernah lupa diri :)

    0

    0
  8. kelolo says:

    she is snobbish..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    derrrrr…ape ke bodo xleh nk tgk video ..”ur browser is incompatible..please use mozilla firefox or exporer?” WTH???

    0

    0
  10. Anonymous says:

    tajuk kemain gempak tp isi tarak..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    ala nak promote filem je…bikin la isu psl takut cicak la…mengkarung la…labi2…ape2 jela lisa oiii

    0

    0
  12. mojo says:

    Cicak lamseluar kot.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    zaza dgn minah jambu rambut kerinting…lebih baik korang mengucap balik…dah terpesong je pemikiran korang…balik baca terjemahan Surah An-Nur : 31. semoga korang dpt hidayah…

    0

    0
  14. Mak Cik Joyah says:

    English berterabor si Nara ni…bukan one by one lah…one to one!

    0

    0
    • Takat tu je.. says:

      Haha…baru nak tegur nara pasal ‘one by one’ dia. Mungkin English nara biasa2 je tapi bahasa korea dia power kot

      0

      0
  15. izs says:

    Citer mengarut,,,, x rugi pun lo x tengok citer ni,,, kite jgk yg rugi tengok citer merapu ni..yg untung diaorang

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Ala…itu kan cara nak promote film. Kalau berlakon dengan ular , tentu la kena cerita takut dengan ular. Lisa tu pelakon. Apa yang dia lakukan adalah lakonan semata2 untuk promosi filem. Takkan depan wartawan nak buat perangai. Mestila kena tunjuk yang best2 , cute2, comel2 je. Ape la abg Nara ni.

    0

    0
  17. yes says:

    omputih pun pndai bt cite labah2,org melayu islam bt cite cicak!!!ish ish..jhat cicak tu..

    0

    0
  18. huda says:

    comeynye si lisa ni, folo die kat instagram memang comel2 gambonye camnela wajah anak diorang..

    0

    0