Written by AbangNara | June 15th, 2012

Abang Nara masa zaman muda remaja memang minat bebenar dengan Linkin Park nie. Masa tue hampir semua kawan-kawan Abang Nara pun memang peminat setia Linkin Park. Kalau keluar album baru je, mesti diorang beli. Dan Abang Nara pasti diorang akan turut membeli album ke 5 Linkin Park “Living Thing” yang akan dilancarkan 26 Jun ini.

linkin park living thing

Agak artistik cover album “Living Thing” ini. Namun itu tidak penting sebab yang penting adalah lagu-lagu yang ada di dalam album ini. Ada 12 lagu kesemuanya dan lagu yang bertajuk “Burn It Down” telah pun disiapkan video klipnya. Agak awesome jugak.

Dan ada berita baik sekiranya anda peminat Linkin Park kerana Warner Music Malaysia sudah pun membuka pre order untuk album Living Thing ini. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana kedai muzik yang ada di Malaysia ini, bagitau tuan punya kedai anda ingin pre order album terbaru Linkin Park, dan anda akan dapat limited edition Linkin Park lanyard untuk dishow off kepada kawan-kawan anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Warner Music Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Linkin Park Lancarkan Album Baru “Living Thing” 26 Jun Ini

  1. pemerhati says:

    taktau nak komen apa.
    cakap first jela. hehe

    FIRST!!!!!

    0

    0
    • gay mencari movie gay utk dijadikn model 7 hari says:

      linkin park rock \m/___\m/.

      agak2 brape umur nara, maaf kalau adik bertanya, sebab nara ckp masa muda remaja dulu minat benar dgn linkin park hehehe

      0

      0
    • Selitone says:

      Bertuah korang… Hidup zaman teknologi dan masih muda… apa sahaja muzik yang dihajati bleh ajer dimuat turun dari laman web. Ari ni keluar lagu, esok dah bleh simpan dalam komputer… dan bleh dengar sampai lebam. JANJI ADA LINE INTERNET.

      Zaman aku, nak dapat sebijik kaset Sepultra contohnya… cukup susah. Hanya kedai tertentu sahaja yang menjual. Ori plak tu… takder free. Nak tengok diaorang live… lagi lar payah. Sampai aku hampir nekad nak ke Indonesia satu masa dahulu kerana Metallica.

      Beruntong korang….

      0

      0
      • blitzenius says:

        nostalgia sangat Selitone, haha. dulu nak jumpa kaset Tool – Aenima pun mustahil tapi DJ radio boleh pasang lagu Tool kat radio macam nak suruh kita beli kat kedai. lagu bajet 6 / 7 minit plak. prog habis la tu.

        0

        0
  2. Finalcross says:

    Harapan supaya album baru kali ini lebih mantap & menarik. Burnt it down dah power. Yeahhh!

    0

    0
  3. […] Abang Nara masa zaman muda remaja memang minat bebenar dengan Linkin Park nie. Masa tue hampir semua kawan-kawan Abang Nara pun memang peminat setia Linkin Park. Kalau keluar album baru je, mesti diorang beli. Dan Abang Nara pasti diorang akan … Continue reading → […]

    0

    0
  4. aku bukan arif alfian says:

    lagu bun it down ok la.. xde la best sgt. tp rase nye album hybrid theory lagi win.rindu time skolah, in the end, paper cut, one step closer. thn 2002 mmg era la. dgn limp bizkit skali. rollin2…

    0

    0
  5. takabasword2 says:

    Diorang pernah angin yg ade band2 yg meniru gaya muzik diorang.Tu yg setiap album mereka,menampilkan genre yg berbeza dari dulu.

    0

    0
  6. Prince Noob says:

    Ramai yg suka banding2kan album LP sekarang dgn album2 lama diorang terutama Hybrid Theory & Meteora. Tapi kebanyakannya mmg macam tu, orang susah nak terima perubahan once band2 ni dah bagi yg terbaek dan all out waktu kemunculan diorang, sama macam band2 lain mcm Metallica, Green Day, Weezer, My Chemical Romance, etc… karya2 lama mereka lebih diingati dan dihargai berbanding karya2 baru

    0

    0
    • kipas susah mati linkin park says:

      actually music2 karya LP just evolving..
      if semua album nak yg sama, nnti orang ckp pulak; “LP ni asyik wat music yg sama ja. bosan. x kreatif. bla bla bla…”

      kalau dengar betol2 the music, the lyrics, actually LP semakin matang dlm pembikinan music, album..
      album2 terbaru lebih kepada penceritaan..mksud lebih mendalam..kesinambungan muzik lebih awesome..
      and even music utk setiap album LP berlainan, live performance dorg still the best..

      nevertheless, even music dah lain, all the rapping, the whispering, the screaming are still there..

      try korang fahami lirik lagu dorg; “When They Come For Me” ..
      it’s a good lyric..
      dan dlm salah satu line dr lirik tu;
      “Everybody wants the next thing to be just like the first “..
      so mmg akan ada yg compare album2 LP..especially with HT & Meteora..

      apa2 pon, LP music akan terus evolve dan aku tetap fans yg sama..

      – pendapat aku ja..

      0

      0
  7. tarikh album LP Living Thing keluar serentak dgn tarikh album Maroon 5 yang bertajuk Overexposed , beli dua2 la senang . Apapun lagu Payphone skrg top 3 carta billboard dan sedang mengejar top 3 di fly fm , lagu Burn It Down no 26

    0

    0
  8. weiii LP comin bek. teruja teman walau dah tetua ni. nak beli satu pun rasanya dah tak dapat. tak sesuai dah. kalo dulu harus dah serbu kedai muzik yang berdekatan. abang nara sowi yer dek terlalu teruja saya pun hebahkan kat laman saya. thanks atas berita ni dah atas apa yang saya ambil… maaf dah ambil baru nak cakap.

    0

    0
  9. juice says:

    bdk2 skrg senang..album baru nk kuar dh blh tgk klip dan dgr lagunya…zaman2 akak dulu kalau nk dgr kena tggu album release dan sampai kat malaysia dulu pastu belilah cd yg harganya RM49.90 sekeping…cuma satu je korang xde…bile beli cd dpt percuma poster tau…tu yg bestnya…sempatlah jgk dpt poster linkin park ni mase album kedua dia…besar gedabak punya poster…

    0

    0
  10. nice cover art. 2 dari 12 track(burn it down; lies greed misery) dah boleh cari kat internet. so-so only jee. tp adelah lebih berbaloi utk beli album ini dari dld.

    0

    0
  11. ShadowofDeth says:

    Simpan je lah duit tu. Baik beli album baru Rush, Clockwork Angels. Songwriting dan kualiti lagu pun dah memang terjamin. Lagi berbaloi.

    0

    0
  12. zaia says:

    otai2 lama muncul kembali..
    macam bapak2 orang dah dalam video tu tapi nampak power jugak.huhu

    0

    0
  13. Layan pulak aku linkin park

    0

    0
  14. joseph hahn hemsem says:

    Huih. LP memang thorbaik. dulu beli kaset hybrid theory sampai 3kali. sebab dok nyanyi sambil tengok lirik sampai koyak lapanbelas. bile tensyen lirik dah xlawa, kumpul duit blanje, beli lagi. kenangan sungguh.

    0

    0
  15. Kurt Kadir Abdullah says:

    Yang komen sikit… sebab kebanyakannya peminat muzik dan yang ada knowledge…. bukan kaki gosip. Cool.

    0

    0
    • Anonymous says:

      salah, sbb yg suka mengumpat kat sini bdk pompuan bwh umur, mana diorg kenal linkin park sape.

      0

      0
      • hahaha says:

        mestilah..da tentu2 yg bwh umur bajet kiut,bajet comel n bajet hot tu dok dgr kpop je..euww retard sungguh..hahaha

        0

        0
  16. tukang ajar budak says:

    yer..disebabkan aku baya2 nara, mmg ini LP ni kenangan zaman2 muda belia..tp mase tuh aku kt u lagi, duit xder, duk umah sewa pon xder internet, layan lagu kt hitz.fm jer lah…sekarang dh jadi mak org, maka aku rase dh tak seswai nak terhangguk2 layan lagu LP ni..maka aku pon beralih ke bruno mars sahaja….isk…kenangan lalu mengusik kalbu betol…

    0

    0
  17. LP Fans says:

    lagu2 LP dr album Living Things dah masuk YouTube dah pon..
    dah released kt certain country..
    so ade je yg upload..
    ape2 pon memang ade sket2 style lame..
    ade lagu yg fans2 lain ckp mcm new version of “In The End”..
    tajuknye “Lost in the Echo”..

    0

    0