Written by Bella | June 27th, 2016

Selepas Adibah Noor meninggalkan Suria FM, penyampai radio popular Linda Onn turut melakukan perkara yang sama apabila menamatkan kontraknya selepas enam tahun berkhidmat di stesen radio berkenaan.

Namun, Linda sudah mempunyai perancangan beliau sendiri tetapi masih belum bersedia untuk berkongsi kepada umum.

Kontrak tidak diperbaharui dan saya tiada dalam perancangan mereka. Setakat ini belum ada perancangan untuk ke stesen radio lain lagi. InsyaAllah ada rezeki dan tawaran di tempat lain saya akan ke udara lagi. Tapi dalam masa yang sama saya sudah ada perancangan sesuatu untuk meneruskan minat saya dalam dunia radio. Kalau menjadi nanti akan diberitahu ya.

Siapa yang tidak sedih meninggalkan semua kenangan dan pengalaman bekerja di sesuatu tempat bukan? Itulah yang dirasai oleh Linda kerana beliau menganggap semua di Suria FM sebagai keluarganya juga.

Linda juga sempat berkongsi detik-detik ketika beliau mula-mula menjadi penyampai radio Suria FM dan bagaimana beliau mampu menarik minat pendengar.

Perasaannya bercampur, sedih sebab meninggalkan keluarga di sana kerana sayang sangat dengan mereka. Tambah pula, kami sangat mesra. Pada masa yang sama perasaan ini berkobar-kobar untuk memulakan langkah baru. Ini adalah periuk nasi saya dan langkah saya dalam dunia penyiaran takkan berhenti di sini, insyaAllah.

Antara pengalaman menariknya sewaktu mula-mula masuk Suria FM, pendengarnya lebih kurang hanya 700 ribu tetapi alhamdulillah selepas saya sertai dengan kerjasama team yang ada nilai kekeluargaan yang tinggi, pendengar stesen berjaya mencecah 2.3 juta. Dari kaji selidik segmen saya pun tiada penurunan dan masih kekal lebih 1 juta hingga kini.

Saya bersyukur walaupun tidak sambung kerja di sana tetapi sedikit sebanyak telah menyumbang kepada peningkatan kadar pendengar Suria FM. Itulah kepuasan bagi seorang penyampai radio.

Sudah tiba masanya untuk Linda Onn bertukar angin.  Siapa pendengar setia Linda Onn kat sini?

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 responses to Linda Onn Tamatkan Kontrak Bersama Suria FM Selepas 6 Tahun Berkhidmat

  1. minah jambu says:

    ?

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    tak yah la linda…ko pon dah ada bisnes ,tak penah dgr pon suria fm ni.baik dgr best fm lagi best…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tak minat langsung dia ni.

    0

    0
  4. anuuu says:

    aku ade pngalaman bcakap dgn dia ni masa dia dgn era.fm.. off air.. huk aloh, sombong!!
    sejak dari tu, mmg da x minat dah.. nak jd pnyampai radio ni xleh nak fake sangat..jgn kata tgk senyum, dengar suara pon bole tahu.. huuhuhu..

    0

    0
    • Anonymous says:

      dia kan pernah x puas hati masa 1st time fafau menang..masa dj era ramai2 cabut pegi hot fm pn dengar2 sebab dia

      0

      0
  5. Deqsha says:

    Bagus la kontrak x sambung. Bukannya best pun. Boring la dia ni. Fake sgt. Hilang dia dr industri ni pun x de rugi lah.

    0

    0
  6. Sebok komen says:

    Kalo rating rancangn dia tinggi nape pulak x disambung kontrak?? Musykil sungguh….tp ape2pun den tak minat minah ni hihihiiiii

    0

    0