Written by Bella | January 6th, 2016

Jelita Clarissa dan Anggun Cassandra, bunyi bagi nama bagi anak-anak pasangan Linda Hashim dan Beego ini cukup sedap didengar bukan? Namun,  ada yang menganggap  nama itu agak pelik dan mempersoalkan makna disebalik nama-nama tersebut.

Berbicara mengenai isu ini, Linda menerusi mStar Online berkata nama-nama itu tidak pelik dan sebenarnya membawa maksud yang agak baik.

Bagi saya nama itu tidak pelik dan yang penting mempunyai makna yang baik, kami rasa nama tersebut unik dan berbeza daripada kebanyakkan nama lain.

Anggun dan Jelita itu nama Melayu klasik pilihan suami. Jelita Clarissa membawa maksud jelita yang jelas, manakala Anggun Cassandra membawa maksud anggun yang prihatin.

Buat anak keduanya Anggun, Linda telah memilih nama tersebut daripada beberapa senarai nama yang beliau sudah fikirkan sewaktu  mengandung. Malah, beliau juga mendapatkan nasihat beberapa orang yang terdekat termasuk ibu mertuanya untuk memlih nama yang sesuai.

Sebenarya banyak nama yang difikirkan sesuai. Saya juga minta pendapat daripada ibu mertua dan kawan-kawan rapat.

Suami yang pilih nama awal iaitu Anggun dan nama akhir pula dia serahkan kepada saya untuk pilih.

Asalkan ada maksud yang baik tidak mengapalah, jangan pula nama sedap didengar tetapi tidak membawa apa-apa erti. Nama sebenarnya sedikit sebanyak melambangkan keperibadian seseorang itu juga.

Sumber Berita: mStar Online

22 responses to Linda Hashim Nafi Nama Anak-Anaknya Pelik, Jelas Semuanya Ada Maksud Yang Baik

  1. Anonymous says:

    Bagus entry ni sbb aku dah lama perati trend melayu letak nama ala2 omputih ni. Aku ingatkan ada darah mat salleh, tapi tulen malay rupanye. Malah yg ada darah mat salleh mcm Siti Saleha, Sarimah Ibrahim, Faradhiya, Emma maembong plak yg sah2 salah sorang parents omputih plak nama melayu asli. Aku tgk nama yg biasa2 ni yg selalunye cun2. But yeah, terpulang ler kpd citarasa memasing kan. Cuma kelakar je aku rasa.. nama mat salleh tapi muka melayu ori. Tapi nama Jelita dan Anggun tu cantik. Bunyinya classy dan sofistikated gitu.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Beego tu bapak dia orang putih la.Ada terbaca hari tu.American soldier rasanya tapi tinggalkan dia & mak dia masa kecik lagi.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Ye ke? Tp takde nmpk mcm kacuk mat salleh pun. Bagaimanapun, kalau btul beego tu mix, beego pilih nama Anggun dan Jelita. Nama malay. Wife dia yg fefeeling omputeh.

        0

        0
  2. Anonymous says:

    makcik2 aku campur orang putih masa perang tapi nama melayu habis… Bunga Hati Atuk cakap Flower of My Heart, Harum Bunga Melati, Fragrant Jasmine- tapi pakcik2 semua nama Arab…. sebab mentua atuk yang bagi nama.

    0

    0
  3. izzy says:

    ok je.. xde la pelik mana pun. asalkan x panjang berjela, susah nk eja dan susah nak sebut. as long as maksud dia baik, kalau aku ok je…

    0

    0
  4. amymous says:

    yer ok saje xde npk jelik r pelik pun..benda kecik nk di besar2 kn…asal kan ade maksud baik dh cukup….bkn ltk nama puteri longkang ke..siti jamban ke..tu mmg mental lar….

    0

    0
  5. jelita ke says:

    agak2lah letak nama anak..jelita sangat ke anak kau?anggun sangat ke?jgn nanti bila anak dh besar jelita entah ke mana,anggun pun x tahu kat jelah mana..silap hari bulan memalukan anak2.nama x seindah rupa..klu letak nama aisyah ke ummaira ke..atau yg lebih islamic lg jelas maksud baik nama anak kamu tu

    0

    0
    • cik yan says:

      cantik apa anak dia….dah maknya pun cantik ,sibuk je nama anak orang suka hati dialah nak bagi nama apa ,anak awak nanti bagi lah nama arab ke melayu ke busy body betul!!

      0

      0
      • adohai says:

        tengok mak dia la cantik macam mane.. beego tu dengan hansome lagi.. anak InsyaAllah la ikut cun. adoi ko ni pun…

        0

        0
      • NANA says:

        hahaha…makna reka sendiri sbb nk bg sedap ati sendiri. lps ni nk letak nm rosalinda ke…makna die rose….feeling sgt

        0

        0
    • Belacan says:

      @jelita ke..
      Semua ciptaan Allah itu indah. Tapi kalau ko tak konpiden anak ko nnt cantik, letak lah Siti Hudoh Bebenor ke, Puteri Burok ke. Jgn pertikaikan pasal hal org.

      0

      0
  6. Anonymous says:

    biasanya nama2 mcm tu, org indonesia yg suka guna.

    1

    0
  7. anon says:

    Nak kondem pun kondem lah, nama anak aku pun cassandra.. Wlpn nama mat salleh tapi dengar kemelayuan. Mcm jgk Amanda, sarah, jemima..katrina, Qistina….Arianna

    0

    0
  8. fatimah busung says:

    ANAK PERTAMA : JELITA CLARISSA
    ANAK KEDUA : ANGGUN CASSANDRA

    SO AKU EXPECT NAMA ANAK KETIGA DIA : CANTIK CASSANOVA

    0

    0
  9. lin says:

    kalau i nak anak nama CHINTA… nama ni kalau nak bagi ala2 english tak kisah la…janji maksud baik..org melayu je kecoh lebih..jgn igt nama yg ikut nama nabi tu,, perangai tu elok macam nabi, yg penting didikan mak bapak nanti..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    mancung hidung anak nya bukan macam anak hamis hidung kembang….

    0

    0
  11. kembojabiru says:

    tengok muka anak dia baby dah ada sharp features dagu runcing mata besar hidung mancung. confirm dah besar cun melecun! kak tipah kak jemah sekalian jangan jeles!

    0

    0
  12. Ros says:

    Errr asal aku rasa takut tengok muka Beego kat gmbar first tu? Macam maroh je? Hahahahah

    0

    0
  13. Kemek Suhaiza says:

    hansem gak beego rembesss nokkksss

    0

    0
  14. win says:

    nama indonesia lah nama anak2 dia. cantik je nama tu. indonesia ramai je org nama mcmtu. . kat indonesia dah termasuk nama yg paling ramai dipakai tu. .

    0

    0