Written by Bella | May 25th, 2017

Setelah Nelydia Senrose memberitahu isu cukai pendapatannya sudah selesai, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur juga semalam telah membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menarik balik kes terhadap pelakon Nelydia  yang sebelum ini didakwa gagal mengemukakan borang cukai pendapatan.

Ia sekaligus membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Nelydia pada 12 April lepas kerana gagal hadir ke mahkamah.

Majistret P. Sarulatha memutuskan perkara itu selepas peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memaklumkan bahawa Nelydia telahpun membuat pembayaran cukai pendapatan.

Terdahulu, Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

Nelydia dilaporkan gagal mengemukakan borang taksiran bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 dan turut satu lagi tuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Jika sabit kesalahan, Nelydia boleh dihukum mengikut Seksyen 120(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE 

7 responses to LHDN Batalkan Waran Tangkap Terhadap Nelydia Senrose

  1. Anonymous says:

    artis je kena cukai. mcm mana model2 sambilan yg diambil dri luar negara??? byk model2 agensi ambil model. lhdn..sila serbu mereka juga.

    3

    0
  2. Anonymous says:

    kecoh la..yg makan rasuah dah bertahun bila nk keluar waran???

    10

    0
  3. wekkkkkkk says:

    buta Income tax…kalau x tau len kali tanya, jgn buat2 bodh sombong je..jgn main2 ye dgn LHDN ni…dia org kejr tau, bkn x kejar kalau x byr, nasib baik dh byr..lpas tu LHDN dh tarik balik waran tu…kalau x, semua org yg dlm lokp happy sbb si Nelydia nk masuk…last2 tak jadi..kecewa pulak banduan2 tu..

    2

    0
  4. melati says:

    tk semua Artis2 yg ader Duit..!!! artis2 yg tak menonojol mcm Siti & seangkatan dgn nya jew yg bayar cukai teratur….yg jenis2 show Off ni sebenar nya Haprak contoh mcm Neelofa !!! btol kew untung sampai RM50juta..!! sebab tu LHDN kejar sebab nk tanya Btol ker tk ??? kalau tk Btol LHDN cuma anggap Neelofa Gila jew..!! kalau Btol kena lah bayar Cukai..tu yg sebenarnya…!!! kikiki

    0

    1
  5. eh says:

    apsal byk gmbr atas katil pakai baju tido ni

    2

    0
  6. Makjang says:

    Makjang faham le kenapa jejai kejar dia ni pulok…muko fesyen janda dier jugok.harap nak nellydia berhati2 lah…

    0

    0
  7. pakjemah says:

    BADAN SEDAP LAH POMPUAN NI

    0

    0

Leave a Reply to wekkkkkkk - Cancel

Optional