Written by Bella | June 27th, 2016

Tiba lewat selama 3 jam ke mahkamah bagi prosiding kes beliau memukul seorang pengkid sebelum ini, pelakon Lydiawatai diberi amaran oleh Mahkamah Majistret Ampang baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Lydia tetap ingin mempertahankan dirinya dan memberitahu pihak mahkamah bahawa beliau baharu sahaja menerima maklumat perlu hadir ke mahkamah dalam waktu yang agak singkat.

Peguam yang mewakili Lydia, Fatimah Zahrah Ramli turut memaklumkan kepada mahkamah bahwa tertuduh tidak menyedari mengenai prosiding berkenaan kerana menunggu pegawai penyiasat (IO) menghubunginya sebelum hadir ke mahkamah.

Majistret Haslinda A. Raof turut memberi amaran wang jaminan yang dikenakan terhadapnya sebelum ini sebanyak RM3,300 akan dinaikkan sekiranya Lydia tidak hadir atau lewat pada prosiding akan datang.

Untuk pengetahuan anda, Majistret Haslinda memerintahkan agar waran tangkap dikeluarkan terhadap Lydia selepas beliau gagal hadir  pada perbicaraan yang sepatutnya bermula pada pukul 9 pagi Jumaat lepas.

Haslinda memerintahkan waran tangkap tersebut ditarik balik dan kes berkenaan disambung pada 22 Julai depan.

Sebelum ini, viral di media sosial video Lydia bertindak untuk membelasah seorang pengkid di sebuah hotel terletak di ibu kota. Menurut Lydia, beliau sudah tidak tahan diganggu oleh pengkid berkenaan selama dua tahun yang menipu dan menghatar mesej tidak senonoh kepadanya.

Sumber Berita : mStar Online

4 responses to Lewat 3 jam Ke Mahkamah : Pelakon Lydiawati Diberi Amaran

  1. minah jambu says:

    brutal jugak makcik ni eh hahaha…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Ok jugak dia pukul pengkid tu…biar dia tahu rendah tinggi dunia sikit. Sama mcm pondan jugak. Dah sempurna Allah jadikan lelaki…sibuk nak jadi pompuan. Makhluk2 2 alam ni memang sepatutnya dihapuskan dari muka bumi ni.

    0

    0
  3. vovo says:

    Kelakar pn ada.. dia yg pukul, dia yg post, dia juga yg nk kena saman.. pakai tudung, seluar pendek.. kenalah tanggung, dah akal cetek..

    0

    0
    • noni says:

      bro, bukan dia yang post video tu lah sengal,
      cuba kau di gnggu mcmtu, confirm kau belasah cukup cukup pengkid tu
      jgn ckp sbarangan kalau diri kau ata family kau xkenal ,

      vovo mcm vavi

      0

      0