Lenovo A7000 Dilancarkan, Seksi, Berkuasa & Dengan Dolby Atmos

Hiburan

Lenovo A7000 Dilancarkan, Seksi, Berkuasa & Dengan Dolby Atmos

Pergh!!! Seksi beb. Tertarik Abang Nara melihat telefon pintar Lenovo A7000 ini. Nipis, skrin besar, berkuasa dan paling penting buat mereka yang suka melihat video serta mendengar lagu, Lenovo A7000 dilengkapi dengan sokongan Dolby Atmos. Sekali pandang terus rasa nak beli.

lenovo a7000

Advertisement

Lenovo A7000 ini telah dilancarkan pada 12 Mei yang lalu. Ia dilengkapi dengan skrin 5.5? (720), pemproses 1.5 GHz lapan teras Mediatek MT6782m. RAM 2 GB dan muatan dalaman 8 Gigabyte (sokongan kad SD sehingga 32 GB). Lenovo A7000 juga turut dilengkapi dengan kamera belakang 8 Megapixel dan kamera depan 5 Megapixel. Dengan bateri berkapasiti 2900 2900 mAh, Lenovo A7000 adalah telefon pintar kelas pertengahan.

lenovo a7000

Dengan spefikasi yang boleh tahan powernya, Abang Nara ingatkan harga Lenovo A7000 ini akan mencecah ribuan ringgit. Ternyata Abang Nara tersilap. Lenovo A7000 dijual dengan harga RM699 SAHAJA. Murah kan? Lagi best anda boleh mendapatkannya dengan harga RM625 sahaja sekiranya membuat pembelian di LAZADA. Dengan harga serendah ini, Lenovo A7000 ini memang sesuai sangat untuk dijadikan peranti utama mahupun peranti kedua sebagai ‘backup’ plan.lenovo a7000

Sedikit informasi tentang Dolby Atmos. Lenovo A7000 adalah telefon pertama yang membawakan sokongan sistem audio Atmos ini. Kalau telefon biasa, bunyi akan dikeluarkan menerusi 5.1 saluran. Namun dengan Dolby Atmos, bunyi dikeluarkan menerusi 128 saluran sekaligus menjamin kualiti bunyi yang lebih awesome. Dengar lagu dan tengok movie confirm puas hati!!!

lenovo a7000

Jadi tunggu apa lagi? Silalah bersegera ke laman web LAZADA untuk menempah telefon pintar Lenovo A7000 anda hari ini juga. Confirm berbaloi-baloi punya. Selamat membeli!!! Info lanjut boleh dibaca di Amanz.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...