Written by Bella | October 1st, 2015

Jual beli secara online kini sudah cukup sinonim dengan kita semua,  kadang kala barangan yang dijual jauh lebih murah daripada harga kedai dan sekaligus ia memberikan kemudahan untuk kita semua. Namun, bukan semua orang mempunyai niat yang ikhlas dalam berniaga dan mengambil kesempatan ini untuk mencari mangsa demi manfaat mereka.

Terbaru, seorang kaki tipu di Instagram dengan nama Paris Shopping Heaven telah menggunakan nama selebriti terkenal Rozita Che Wan sebagai umpan untuk memperdaya orang ramai sehingga mencecah jumlah RM 700,000. Individu tersebut cukup  aktif di Instagram dengan menawarkan beg tangan berjenama buatan Eropah.

Sehingga kini sudah lebih daripada 30 orang mangsa tampil untuk membuat laporan polis selepas  suspek yang merupakan seorang lelaki daripada utara tanah air gagal untuk menyerahkan beg  tangan yang dibeli. Malah, beliau juga enggan mengembalikan semula duit yang telah dibayar.

Terkilan dengan apa yang berlaku dan membabitkan namanya, Che Ta sebelum ini telah mendedahkan setiap perkara mengenai kes tesebut di akaun Instagramnya dan meminta agar peminatnya berhati-hati dengan penipu berkenaan.

Saya berada di pihak yang benar dan mahu membantu mangsa teraniaya. Jumlah mangsa diperdaya bukan sedikit. Ramai yang terkena, takkanlah pengguna hendak tipu pula? Jadi saya terpanggil membantu sebab rasanya tindakan memberikan peringatan di Instagram itu wajar.

Jelas Che Ta, segala penipuan yang dilakukan oleh lelaki tersebut terbongkar apabila bebera pelanggan mendedahkan perkara itu kepadanya dimana foto Che Ta turut digunakan sebagai bukti kononya beliau juga pernah membeli produk jualan Paris Shopping Heaven.

Saya dimaklumkan peminat apabila lelaki itu mengunakan gambar saya kononnya pernah berurusan membeli beg berjenama daripadanya. Kalau baca komen memang ramai yang mengadu mereka ditipu pemilik akaun terbabit. Saya tak pernah kena lagi, tetapi nyaris ditipu.

No akaun penipu

Kalau betul dia tidak tipu,jangan takutlah. Tuhan akan sentiasa bersama orang yang benar.

Sebaiknya jangan pernah tertipu dengan harga yang kaw-kaw murah ditawarkan di Instagram.  Kalau ada perasaan was-was mungkin anda boleh Google dahulu nombor akaun ataupun telefon peniaga tersebut  sebelum menjadi mangsa.

Sumber Berita: Harian Metro

Sumber Foto:  Instagram mangsatipu_parisshoppingheaven

17 responses to Lelaki Tipu RM700,000 Jual Beg Berjenama Guna Nama Che Ta

  1. Anonymous says:

    betul ke? terbukti? jgn smpi menabur fitnah Abg Nara.. tu periuk nasik org tu..

    0

    0
    • yong says:

      betul…ni memg penipu..dh masuk harian metro pun psl psh ni penipu online…klau semua nk tau lebuh lnjut n baca sndri cerita dr mangsa psh ni bleh follo ig @kamibencikakitipuonline….rmai dh artis dlm tu yg komen pal penipuan psh ni

      0

      0
    • Bella says:

      Ini perkara betul..kami pun tidak mahu menuduh secara membabi buta sahaja..ada di harian metro hari ini..

      0

      0
    • kakionline says:

      betul la, metro kan ade kuar pasal ni pls la benda semua org tahu la. kat ig dia ni femes sebab menipu duit org je kerjanya, kalau setakat seratus dua takpe ini dah sampai beribu, memang tak boleh terima la. takde makna nak fitnah, dapat dosa je fitnah ni tahu tak. nak tahu lebih lanjut mohon follow kamibencikakitipuonline semua bukti ade kat situ,lain kali before cakap ape2 kaji dlu. takde mase org nak fitnah dia ni, dia sendiri musnahkan periuk nasik dia so padan muka mohon mampus je psh ni fuck psh!

      0

      0
  2. Anonymous says:

    i pernah beli dgn dia..sampai barang on time.wassap je la lmbat reply.pelik jugak .tp klo die tipu kenapa die buat bisness cm biasa.xmcm ig lain y tipu trus tuka nama semua.Hanya Allah y Maha Mengetahui.

    0

    0
    • kakionline says:

      dah dia ketegaq mmg la dia tak nak tukar, dasar bodoh cmtu la. dahla mkn duit org, pastu boleh lg buat urus niaga mcm biasa. awak tu bersyukur la tak kena tipu tau, ape2 boleh rujuk kamibencikakitipuonline, org ni kalau dh jahat nasihat ape pon tak jalan wak. contoh dah depan mata psh tu la. be grateful la awak tak kena, org yg kena pe cer? BERIBU KOT BERIBU,bukan beratus atau berpuluh ye

      0

      0
  3. flygurl says:

    Nora Danish banyak beli ngan PSH niee…PSH pilih bulu ker?

    0

    0
  4. Anonymous says:

    memang penipu dia ni..aku salah seorang mangsa dia..kalu korg nk order jgn sesekali order brg pre-order confirm brg x dpt duit pun lesap..dr bulan 5 aku mintak refund smpi skrg x bagi2..mamat ni siap block aku kat IG..mmg celaka la mamat nih!!!

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Sy pernah kna tipu jga.. Sblm beli sy bsangka baik.. Dia pn ckp dia dianiya.. Dan bjanji xkn tipu.. Skrg dllm proses bersihkan nama.. Bla dh transfer duit,mmg tnyata dia tipu.. Bla brng xdpt,dia ckp mmg dia dh pos.. Bla mnta tracking no,dia xbg smpai sudah.. Last2 bla merayu bagai,dia refund blk.. Dh la lelaki tp bg nma pompuan.. Tolong la jgn percaya dgn ig ni.. Penipu!

    0

    0
  6. fara says:

    Betol…Saya dah kene…..Due dpt brg Jan 2015…..
    End up brg xde mtk refund….Jenuh mtk ckp baik2 cm2 alasan bg..
    Bile ckp kasar maki2 bru dpt balik duit….tu Pon dpt bln 8 baru ni….
    Jgn lah yg lain terpedaya ngn Mira @ Amir ni…..

    0

    0
  7. Sarah says:

    Sekarang pun psh masih aktif menipu orang..

    0

    0
  8. tau takpe says:

    psh mmg penipu, sy pun mangsa, tp saya dpt pujuk dia bagi refund. siapa2 yg kena tipu yg putus asa, minta hari2

    0

    0
  9. Anonymous says:

    nampak dah kedutan di mata che ta…tak dan nk sorok ka???? opsss…gambaq biasa..bkn 360..

    0

    0
  10. amir mira penipu says:

    Mamat ni cakap nama dia amir…pastu mira…pastu makan duit haram.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Saya juga pernah oder barang & barang tak sampai..tapi alhamdulillah dah dapat refund balik…

    0

    0
  12. Benciupdateighari2 says:

    Noradenish yg iklan sgt pasal psh ni..bila kantoi tipu org senyap pulak tong tu..huhh kesian org yg xkaya macam tong kena tipu kaw2

    0

    0
  13. bcomol says:

    ig nie memang penipu, dulu ada beli barang pinggan eta dalam awal tahun. beli utk bagi gift kat kawan, last last mereput sampai nak hujung tahun dah xdpt refund. silakan makan duit haram tu. mmg dia ada buat pengakuan yada yada, tapi still tipu. then masih aktif? kejadahan apekah yang sedang berlaku?

    0

    0