Lelaki Juga Perlu Jaga Kecantikan – Ungku Ismail

Hiburan

Lelaki Juga Perlu Jaga Kecantikan – Ungku Ismail

Dilantik sebagai duta produk kecantikan Premium Collegen Bellessa yang baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu, Ungku Ismail bercerita tentang kepentingan seorang lelaki untuk menjaga kecantikan di zaman serba moden ini. Abang Nara bersetuju dengan pendapat Ungku Ismail. Masa zaman muda-muda dulu, Abang Nara memang tak peduli muka berjerawat, berminyak atau berjeragat. Tetapi bila dah meningkat dewasa ini, barulah tahu betapa pentingnya first impression, lebih-lebih lagi sekiranya pekerjaan memerlukan kita bertemu ramai orang.

ungku ismail

Advertisement

Tambah menarik, hanya dengan wajah yang cantik atau kacak, seseorang yang tidak berbakat mampu membina nama di dalam industri hiburan tanah air. Patutlah sejak kebelakangan ini ramai sangat pelakon kayu tetapi dapat pegang watak utama. Mungkin disebabkan kecantikan semata-mata kot. Kata Ungku Ismail:-

Kecantikan bagi lelaki juga penting, apatah lagi bagi mereka yang terlibat dengan dunia ‘showbiz’. Dulu saya tidak setuju dengan kenyataan yang pernah dibuat Maya Karin mengatakan bakat saja tidak cukup. Sebab bagi saya, hakikatnya bakat adalah segala-galanya.

Tapi sebagai orang yang terlibat dalam showbiz, kalau seseorang itu tiada bakat, tapi ada muka yang cantik, dia masih boleh bina nama dalam industri. Sebenarnya, bukan kecantikan tetapi kesihatan juga sangat penting. Saya tidak setuju dengan sesetengah pendapat mengatakan kalau bab jaga kecantikan ini hanya lelaki yang dilabel metroseksual.

Tidak. Selagi kita hidup, kita kena jaga penampilan dan kesihatan diri kita. Jadi, saya mahu menunjukkan pada kaum lelaki, tiba masanya untuk jaga kulit dan penampilan kerana wanita sekarang sudah ramai yang berdikari. Jadi, kita sebagai lelaki perlu menjaga serba serbi tentang diri

ungku ismail

Namun sebagai seorang lelaki, janganlah kita lebih sudu daripada kuah bab-bab menjaga kesihatan ini. Janganlah sampai nak cucuk botox, makan ubat tegangkan kulit atau makan produk putihkan kulit sehingga warna kulit putih melepak mengalahkan perempuan. Ketrampilan tetap kena ada kejantanan. Putih sikit-sikit tak apa. Kalau sampai keluar rumah pun letak make up, itu memang nak kena pelempang. Hehehe. Tak gitu?
ungku ismail

P.S: Bestnya “Pink Campaign’ daripada Best Buy World Malaysia ini. Orang perempuan mesti suka sangat-sangat. Iyerlah, warna pink dan perempuan mana boleh dipisahkan. Banyak diskaun, promosi dan tawaran hebat ditawarkan bersempena “Pink Campaign” ini. Maklumat lanjut  layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...