Written by AbangNara | December 24th, 2014

Ini satu lagi pergaduhan yang semakin hangat. Zed Zaidi vs Adlin Aman Ramli. Kalau kedua-duanya bertinju untuk menentukan kemenangan, sukar nak jangka siapa pemenang. Ok itu sekadar metafora sahaja. Selepas dihentam teruk oleh Adlin kerana kelemahannya memimpin SENIMAN, Zed Zaidi telah tampil mempertahankan dirinya. Iyerlah siapa boleh tahan kena kritik sampai dipanggil ‘bodoh’. Mesti panas hati dibuatnya.

zed zaidi

Selain membalas kritikan Adlin, Zed Zaidi juga turut melemparkan sindiran yang amat pedas sekali. Merah telinga kalau jadi Adlin. Kata Zed:-

Kalau dakwaan dia kononnya saya tidak boleh mengendalikan persatuan dengan baik, kenapa ahli mengundi dan memberi kepercayaan kepada saya sebagai presiden persatuan. Sebelum ini saya pernah memimpin SENIMAN selama satu setengah tahun. Sebanyak 500 program yang saya jalankan untuk menaikan nama Seniman. Kalau setakat 20 tahun jadi ahli SENIMAN tetapi tidak pernah datang mesyuarat ahli dan hanya bila mahu bertanding saja baru datang, tidak perlulah bercakap apa-apa.

Dia hanya juruaudit bukan AJK dan dia tidak tahu apa-apa yang berlaku dalam mesyuarat yang kami adakan pada 15 Oktober lalu. Jika dia seorang profesional sepatutnya mendapatkan penjelesan daripada saya bukan hanya dari sebelah pihak saja. Dia bukan ada kredibiliti dalam persatuan dan tidak tahu tentang hal pentadbiran sesebuah persatuan.

Cuma, apa yang kita nampak mengenai dia hanya dalam lakonan, pengarahan dan sebagai pengkritik. Dia jangan bawa ilmu lakonan dalam pentadbiran persatuan. Sebelum ini, dia pernah menjadi timbalan sebuah persatuan artis tetapi ke mana persatuan itu sekarang. Jika dia tidak tahu tentang pentadbiran persatuan, jangan bercakap apa-apa tentang persatuan. Lebih baik dia tutup mulut.

adllin aman ramlie

Kalau masing-masing nak berbalas kenyataan, memang sampai kiamat pun tak akan selesai. Kenalah dahulukan masalah SENIMAN. Jangan bersikap individualistik sangat. Kalau rasa boleh tolong, pergi jumpa dan tolong. Zed Zaidi pun kenalah terbuka sikit. Selaku presiden, kena pandai delegate. Jangan semua kerja nak buat sendiri. Yang AJK-AJK pun kenalah buat kerja. Jangan duduk goyang kaki je. Malulah SENIMAN asyik timbul kontroversi tapi hasil tak ada apa pun. Tak gitu? Sumber MalaysianDigest.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to Lebih Baik Adlin Tutup Mulut – Zed Zaidi

  1. nok gebuzzz says:

    korang berdua mmg sama2 x empuk,elok dua2 tak yah dok dlm seniman tu lagi,ganti jer ngan org lain…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    si AA tu memang suka kritik orang..perasan bagus sgt..dah ler xder anak cakap banyak sangat..semua org dia nak kritik..menyampah

    0

    0
  3. Faz says:

    ZZ buat media statement pasal VI. VI balas statement. AAR menyibuk dekat twitter. ZZ balas through media.
    Kalau camni la gayanya memang tak kemana la. Apa susah lepak open table face to face kan senang? Semua duk kl kan ke ada yg duduk luar Malaysia yg aku taktau??

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Pasal buku cek je kecoh 1 Malaysia tah hape2 wat malu ank cucu je

    0

    0
  5. peminat fynn jamal says:

    aku rasa zed zaidi memang layak untuk jadi presiden. dia ada idea untuk make sure artis2 kat malaysia nie boleh carik makan kat negeri sendiri. malangnya artis2 malaysia yang kebanyakannya dapat spm pangkat 3 tak sokong tindakan zz. kononnya sama2 cari rezeki yang halal. woii korang pernah dengar tak dasar perlindungan dalam ekonomi? mengehadkan kemasukan barangan dari luar untuk melindungi barangan keluaran tempatan? dr m pon dah lama melancarkan kempen belilah barangan buatan malaysia? keith foo yang korang sanjung tu tak laku pon kt indon walaupun dah lbh 10 thn kat sana. sekali balik malaysia tup2 jadi superstar. kekasih lama dia tyas mirasih pun org malaysia sanjung. blm lagi tunang dia kay raymond. fynn jamal yang berbakat tu memang org tak pandang. cam bodoh jer.

    0

    0
  6. aku says:

    dua dua tutup mulu! dua dua pon tak bagus mana!
    cari org lain la tadbir seniman nie…

    0

    0
  7. Juya says:

    Borrrrrrringgg…. NEXT

    0

    0
  8. Anonymous says:

    aku tak berkenan dengan AAR nie.. kerek semacam je.. yang lagenda arwah ayah tp anak lebih2..

    0

    0
  9. kaput says:

    sama je la ZZ dengan AAR..ada beza ke? dua2 pun tong kosong..

    0

    0
  10. kawan zed says:

    500 program dlm masa setahun setengah…

    Okay,let me rationalize…1.5 thn bersamaan dgn 548 hari…maknanya secara puratanya zed buat 1 program setiap hari for 1.5 years? brapa org staf seniman smpai boleh buat 1 program sehari? Ko biar betik zed….

    0

    0
  11. anon says:

    Adlin tu jealous sb org tak lantik dia jadi presiden seniman. Anak beranak tompel ni kan mmg mulut longkang & perangai tak elok. Manusia ni mmg mcm tu, suka cari kesalahan org, diri sendiri pn belum tentu betol.

    0

    0