Lazada Online Revolution Kini Kembali, Diskaun Menggila Sehingga 95%

Hiburan

Lazada Online Revolution Kini Kembali, Diskaun Menggila Sehingga 95%

Tarik nafas anda panjang-panjang. Yang ditunggu-tunggu akhirnya telah tiba. Acara membeli-belah terbesar terbesar tahun ini daripada Lazada iaitu Online Revolution kini kembali lagi. Kalau korang tengok kalendar, tarikh hari ini 11.11.2015. Setiap tahun pada 11.11, Lazada akan membuat promosi besar-besaran dan memberikan diskaun sehingga 95% untuk para penggunanya. Amazing!!!

online revolution

Advertisement

Bila Abang Nara buka laman web Lazada Online Revolution, memang kelabu mata dibuatnya. Mak aih semuanya murah-murah belaka. Antara kategori yang diberi diskaun ialah gadjet, barangan rumah, barangan bayi, kamera, jam tangan, produk kecantikan dan macam-macam lagilah. Kalau ikutkan nafsu membeli, memang kesemuanya Abang Nara nak tekan ‘add to cart’. Fuh!!!

online revolution

Apa yang paling mencuri perhatian Abang Nara ialah jenis-jenis promosi yang dilakukan bersempena dengan Lazada Online Revolution ini. Kalau korang nak betul-betul lakukan penjimatan, sila jangan terlepas “Flash Deals”. Lepas itu kalau nak beli dari luar negara, ada “International Deals” yang bagi free shipping. Lepas itu ada “Spin Wheels” yang memberikan korang peluang untuk mendapat tawaran rahsia. Senang cerita macam-macamlah ada.

online revolution

Setelah berjaya menenangkan diri dan mengawal nafsu, selaku seorang ayah yang bertanggungjawab, kategori pertama yang Abang Nara ushar sudah tentulah kategori bayi. Masa inilah nak cari lampin pakai buang dan juga susu formula murah-murah. Beli terus buat stok setahun. Hehehe.

online revolution

barang baby susah nak dapat diskaun. So inilah peluang untuk beli banyak banyak sekaligus

Sebelum Abang Nara terlupa, satu lagi tips yang Abang Nara nak kongsikan dengan anda semua ialah sentiasa refresh Facebook Lazada Malaysia. Di sini semua informasi yang terbaik akan dikongsikan. Contohnya macam “Flash Sales” terkini, kod voucher yang boleh digunakan dan juga promosi yang tak boleh anda lepaskan. Abang Nara setiap 5 minit memang tekan refresh. Mana tahu ada promosi yang berkenan di hati.

online revolution

contoh voucher code yang dikongsikan di Facebook Lazada Malaysia

Satu lagi tips yang Abang Nara nak kongsikan ialah kalau korang ada smartphone, silalah buat pembelian menerusi applikasi Lazada di smartphone anda. Diskaun yang diberikan menerusi smartphone rata-ratanya lebih tinggi berbanding kalau beli di komputer. Menurut apa yang Abang Nara tahu, 60% daripada pembelian di Lazada kini dilakukan menerusi smartphone. Nasihat Abang Nara, ushar barang di komputer, tapi masa nak beli, terus online guna smartphone korang.

online revolution

Khas untuk pembaca BeautifulNara juga, Lazada Malaysia telah berbesar hati untuk memberikan voucher diskaun khas untuk anda semua bersempena dengan Online Revolution ini. Hanya perlu masukkan kod voucher di bawah dan korang dapat jimatkan RM30. Terbaik kan?

online revolution

Selamat membeli-belah bersempena Online Revolution 11.11 Lazada ini. Peluang ini hanya datang sekali setahun, jadi sila jangan lepaskan peluang ini. Bersegeralah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...