Lawatan Sambil Belajar Ke Korea Bersama Samsung (Hari Pertama)

Hiburan

Lawatan Sambil Belajar Ke Korea Bersama Samsung (Hari Pertama)

Walaupun Abang Nara belajar di Korea selama 6 tahun, apabila mendapat jemputan ke Korea oleh Samsung, tidaklah dapat diri ini menolak. Teruja, gembira dan bersemangat diri ini dibuatnya. Bila melihat jadual lawatan di sana, lagilah teruja diri ini. Tempat-tempat yang bakal dilawati selama 4 hari 3 malam ini memang menarik sangat-sangat. Hampir semuanya Abang Nara tak pernah pergi. Jom Abang Nara kongsikan pengalaman ketika berada di sana bersama Samsung. Untuk makluman, semua gambar diambil dengan Samsung Galaxy S6.

samsung sea tour

sampai-sampai abam ensem Korea dah ready menyambut

Lawatan sambil belajar ke Korea oleh Samsung ini disertai oleh rakan-rakan media Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina. Senang cerita hampir semua negara Asia Tenggara dibawa untuk merasai sendiri keindahan Korea. Setelah perjalanan lebih kurang 6 jam menaiki Korea Airlines, kami dibawa ke Hotel Shilla yang akan menjadi tempat penginapan kami sepanjang berada di Korea. Hotel Shilla adalah salah satu hotel yang paling ‘top’ di Korea. Memang terbaik penginapan yang disediakan oleh Samsung.

Advertisement
samsung sea tour

muka excited dapat duduk hotel 5 bintang

Selepas meletakkan barang dan membersihkan diri di spa Hotel Shilla, kami bersiap sedia untuk pergi makan tengah hari. Yeah!!! Perut pun dah berbunyi dah. Restoran yang dituju ialah Bistro Seoul yang terletak di Coex, Gangnam. Menariknya Bistro Seoul telah menyediakan makanan halal seperti yang di’request’ oleh Samsung. Berdasarkan informasi yang diterima, kesedaran orang Korea tentang Islam semakin tinggi dan makanan halal juga semakin mudah didapati. Jadi tak ada masalah untuk kita yang beragama Islam untuk melancong ke sana.

seoul

yesss ada ayam. Memang feveret tue

Kenyang perut suka hati. Dah suka hati barulah boleh pergi jalan-jalan. Hehehe. Tempat pertama yang dituju tak lain tak bukan ialah Samsung Innovation Museum yang terletak di Suwon. Perjalanan memakan masa selama 1 jam dari Seoul jadi Abang Nara pun ambil kesempatan untuk tidur terlebih dulu di dalam bas. Ketika sampai Abang Nara agak mamai kerana tak cukup tidur, namun masuk je Samsung Innovation Museum terus segar bugar mata ini. Menarik sangat-sangat informasi yang ada di dalam muzium ini.

samsung

Yeah!!! Sejarah tentang Samsung boleh diketahui dengan begitu terperinci sekali di muzium ini. Salah seorang staff Samsung Innovation Muzeum telah memberikan penerangan yang begitu jelas sekali. Bermula daripada sebuah syarikat pemprosesan makanan dan tekstil, kini Samsung adalah satu syarikat teknologi yang terbesar di dunia. Keupayaan Samsung untuk membuat inovasi terhadap teknologi yang sedia ada memang amat mengkagumkan.

samsung

transformasi logo Samsung

Apa yang paling mencuri perhatian Abang Nara di dalam Samsung Innovation Muzeum ini ialah ‘display’ produk-produk Samsung yang terawal. Menarik tengok televisyen, telefon, peti ais, komputer dan mikrowave yang direka oleh Samsung pada awal pembabitan mereka di dalam bidang teknologi. Kalau dulu Samsung sekadar mengikut apa yang telah dibuat oleh syarikat lain, kini Samsung pula menjadi ikutan dan menjadi trendsetter kepada teknologi terkini.

samsung

antara tv Samsung yang terawal

samsung

mesin basuh terawal Samsung

samsung

laptop pertama Samsung

Kalau anda pencinta teknologi, Abang Nara memang wajibkan anda melawat Samsung Innovation Muzeum ini. Banyak benda yang boleh dipelajari. Selain sejarah Samsung, ada juga sejarah tentang penemuan elektrik, penciptaan telefon yang pertama, teknologi masa depan dan macam-macam lagi. Samsung Innovation Muzeum dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Silalah lawat www.samsunginnovationmuseum.com untuk maklumat lanjut.

samsung

asal usul mesin basuh

samsung

bercahaya Abang Nara di bawah lampu besar nie

samsung

teknologi sekarang dan masa hadapan oleh Samsung

Tamat di Samsung Innovation Muzeum, kami dibawa pula melawat ke Garosu-gil. Garosu-gil ini adalah satu jalan ‘straight’ yang dipenuhi dengan kedai-kedai fesyen, cafe-cafe, kedai-kedai cenderamata dan macam-macam lagi. Garosu-gil terletak di Sinsa-dong, Gangnam. Tempat ini mula popular sejak beberapa tahun kebelakangan sebagai tempat melepak dan shopping. Kedai-kedai pun memang ‘rare’ contohnya seperti LINE Cafe.

samsung

sepanjang jalan ini adalah Garosu-gil

samsung

bahagian bawah LINE Cafe

Hampir 2 jam di Garosu-gil, tibalah masa untuk makan malam di Itaewon. Itaewon turut dikenali sebagai bandar untuk foreigner. Masjid Seoul turut terletak di Itaewon. Makanan halal memang mudah dicari di Itaewon. Selesai makan malam di restoran Wol Hyang, tibalah masa untuk kami ‘explore’ Dongdaemun. Dongdaemun adalah tempat membeli-belah yang dibuka 24 jam. Antara pusat membeli-belah yang popular di sini ialah Doota, AMPM, MaxStyle dan banyak lagi. Sila sediakan duit secukupnya apabila anda ke Dongdaemun. Hehehe.

samsung

samsung

Hampir 2 jam menghabiskan masa di Dongdaemun, maka tamatlah hari pertama Abang Nara dan rakan-rakan di Korea. Fuh!!! Jadual memang padat tetapi amat puas hati. Banyak lagi tempat yang akan di’explore’ pada hari kedua dan ketiga. Nantikan update daripada Abang Nara yang seterusnya. Sekiranya anda pernah ke Korea, kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Mana tahu boleh sharekan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Apa pun, terima kasih kepada Samsung kerana sudi membawa Abang Nara ke Korea untuk lawatan sambil belajar ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...